Allahyarham Mohamed bin Idris (05.06.1938 - 01.03.2009) (Ya Allah, ampunilah dosa2 ayahku ini & tempatkan rohnya dikalangan org2 yg beriman. Aminn ...) |
Gambar Gemuloh Aboh duduk dikerusi kegemarannya ...
Hari ini genap 3 tahun Aboh pergi meninggalkan kami.
Walaupun 3 tahun telah berlalu, perasaan rindu, sedih & hiba masih kuat terasa.
Inilah insan yg begitu rapat dgnku ... dari kecil hingga dewasa.
Setiap kata2 hikmah & nasihat2nya kusimpan kemas dlm hati.
Aboh, pada kacamataku:-
~ seorang suami yg berhemah, bertanggungjawab & sabar
~ seorang bapa yg amat baik, suka mengusik & berjenaka, prihatin, & memahami
~ seorang datuk yg penyayang & suka melayan cucu2nya
~ seorang guru yg dedikasi juga disayangi dan disegani anak2 didiknya & rakan sejawat.
~ seorang insan yg soleh, jujur, amanah, bertanggungjawab, rajin dan pendiam.
Aboh,
Hanya doa dan ayat2 suci Al-Qur'an sajalah yg dapat kami hadiahkan buat Aboh.
Damailah roh Aboh di sana. Kami di sini sentiasa rindukanmu ....
Al-Fatihah.
(Aboh! Maafkan anakmu ini kerana masih menangisi perpisahan ini setiap kali teringat & rindukan Aboh)
No comments:
Post a Comment