Isteri Pak Mat adalah seorang yg amat garang. Setiap hari ada saja perbuatan atau kata2 Pak Mat yg menjadi punca Mak Kiah marah. Ada saja yg tak kena, ada saja benda yg membuatkan Mak Kiah berleter dan marah2. Kalau Pak Mat beli ikan, ada saja yg tak kena dgn ikan tu ... kecik la ... sikit la ... Kalau Pat Mat lewat balik, kena soalsiasat mengalahkan FBI. Kalau Pat Mat tak tolong tengokkan anak2 buat kerja sekolah ... pasang telingalah Pak Mat sampai waktu nak tidur pun. Begitulah dari mula2 kawin sampai dah beranak cucu.
Satu hari Pak Mat yg tak pernah sakit, telah ditimpa sakit yg agak berat. Berhari2 Pak Mat tak dapat pergi kerja dan terlantar di tempat tidur. Pak Mat walaupun sakit, gembira sangat. Senyuman sentiasa dibibir setiap kali orang datang berziarah. Anak2 yg tidak lagi tinggal bersama2 pun heran ... "Kalau tahu macam ni, Ayah nak sakit hari2!". Rupa2nya ... sejak Pak Mat sakit, Mak Kiah telah berubah laku 100%, U-turn gitu.
Pak Mat dilayan ibarat raja. Makan bersuap, apa saja yg Pak Mat rungutkan ... Mak Kiah cepat2 turuti. Mat Kiah sentiasa disisi Pak Mat ... tak lekang. Suara Mak Kiah penuh sopan dan lemah lembut. Memang Pak Mat bahagia ... Tetapi sebaik Pat Mat sihat, Mak Kiah kembali kepada perangai asalnya. Suka marah2 dan membebel ...
Ajal maut jodoh pertemuan ditangan Allah.snw. Tak lama selepas itu Mak Kiah tiba2 jatuh sakit dan meninggal dunia. Pak Mat memuji2 arwah isterinya yg walaupun garang, tak pernah abaikan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri dan ibu. Dan apa yg Pak Mat ulang2 beritahu sesiapa yg ziarahinya?
Dia teramat rindu utk mendengar suara bebelan dan marah2 isterinya ....
Lalu mengingatkan saya kepada nukilan oleh Allahyarham Yasmin Ahmad dlm U-Tube 'Funeral'. Antara petikan kata2 yg mengesankan saya ...
" ... In the end (when the one you love passed away), its these small things that you remember, little imperfections (their snoring, their leave everywhere things, their 'earthquake' sneezing ... etc) that make them perfect for you ... "
Daripada Abdullah bin Abbas r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Dua nikmat yg ramai manusia terpedaya dengannya;
sihat dan kelapangan."
(HR Al-Bukhari)
Pesanan:
Selagi ada masa sihat dan masa lapang ..
~ hargailah ibubapa, pasangan, anak2 ... zahirkan
~ hubungilah, ziarahilah rakan2 lama, sanak saudara yg ingin ditemui
Jgn kita menyesal kelak ... bila mereka telah tiada!
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahhuakbar
Allah humma solli ala Saiyyidina Muhammad
No comments:
Post a Comment