Pages

Labels

Ceritalah (295) Me (192) diari ibu (165) Amar (77) Pesanan (74) Resipi (74) kucing (73) Kebun Biasa2 (55) Rumah Biasa2 (46) Yg Tersirat/Tersurat (38) cerita lama (21) Jalan-jalan (20) Jodoh (18) Cucu (15) 3R (14) Puasa (11) Hawa TDS (10) Lawak sikit (9) PETUA (7) Kawan (6) Musing (6) Raya (5) Rumah WM (5) Lukislah anakku (4) Nature (4) ipoh (4) Haji (3) Migraine and I (3)

13 March 2012

3 Resipi Marathon semalam

Haa ... inilah hasil 'Marathon Tarikh Luput' semalam (p.s. janji mesti dikota).
Nampak sedapkan? ... memang sedappp. Hehe ... masuk bakul angkat sendiri.
Sekarang nak kongsi resipinya.

Banana & Apple Cinnamon Muffin, Puding Karamel Roti
dan Kek Lapis Keju Marie
KEK LAPIS KEJU MARIE
Resepi asal saya ambil dari http://dzanariah.blogspot.com/ Mac 2011 dan saya (spt biasa) suaikan dgn bahan2 yg saya ada. Ini versi saya ~

Bahan A : 
1 bungkus biskut Marie (perisa ikut suka - saya guna yg biasa & kopi)
1 cawan susu segar - panaskan
(p.s. lebihan susu lepas celup biskut2 saya gunakan utk puding karamel roti .. sayang nak buang)

Bahan B:
250gm cream cheese (saya guna Philadelphia)
3/4 cawan susu pekat manis (resepi asal guna gula + susu segar)

1. Satukan cream cheese & susu pekat manis. Pukul hingga sebati & ketepikan.
2. Panaskan susu segar & padamkan api.
3. Celup biskut ke dalam susu panas (1 saat je tau, nanti lembik lak).
4. Susun dalam bekas (lebih elok yg ada tudung). Buat hingga dasar bekas penuh.
5. Ratakan adunan cream cheese. Kemudian ulangi proses 3 - 5 hingga habis.
6. Pastikan adunan cream cheese jadi lapisan akhir. Tabur atasnya dgn biskut Marie yg dihancurkan.
7. Tutup bekas dan simpan di dalam peti sejuk selama 6 jam sebelum dihidang.

BANANA & APPLE CINNAMON MUFFIN
Resepi ini saya ambil dari http://mokwonik.blogspot.com/ (lupa pula posting bila ..).

Bahan2nya:
3 biji pisang masak ranum - dilenyek
2 biji epal merah - kupas, buang empulur & potong kiub kecil2/cincang
125ml minyak jagung
100gm gula kaster
2 biji telur
250gm tepung gandum*
1 sk baking powder*
1/2 sk bicarbonate of soda*
(* ayak bersama)
1/2 sk garam
1/2 sk cinnamon powder

1. Panaskan oven 200 C. Sediakan cawan mufin secukupnya.
2. Dalam bekas, letakkan bahan2 ayak, gula & serbuk cinnamon.
3. Dalam bekas berlainan, tuang minyak jagung & telur. Pukul sebati.
4. Tuang adunan minyak & telur ke dalam campuran gula & gandum tadi. Kacau sebati.
5. Masukkan pisang lenyek dan cincangan epal tadi. Kaupbalikkan hingga rata.
6. Tuang adunan ke dalam cawan2 mufin (anggaran 3/4 penuh).
7. Bakar selama 20 - 25 minit.
(utk dapatkan mufin yg 'naik merekah', guna suhu 200 C utk 10 minit pertama. Kemudian turunkan suhu kepada 180 C hingga masak)
8. Bila masak, biarkan di dalam dulang pembakar angg. 10 minit. Kemudian alihkan ke redai kek & biarkan sejuk.

~ saya guna 1/2 sukatan bagi semua bahan sbb saya hanya ada 1 biji pisang & 1 biji epal. Serbuk cinnamon saya guna secubit je sbb tak suka baunya (ambil rasa). Gula juga saya kurangkan sedikit.

PUDING KARAMEL ROTI 

Bahan A:
2 sudu besar gula + 1 sudu besar air - masak dgn api perlahan hingga hangus.
(saya masak terus dalam acuan puding yg saya guna untuk kukus)

Bahan B:
4 biji telur
1/2 cawan gula
4 cawan susu cair
1 sudu kecil esen vanilla
3 - 4 keping roti
1 sudu besar tepung jagung (jika tak guna roti)

1. Rendam roti di dalam susu hingga kembang. Kemudian ramas/blender hingga halus.
2. Pukul gula dan telur hingga sebati. Masukkan tepung jagung (campur sedikir air agar tak berketul) dan esen vanilla. Kacau sebati.
3. Tuang adunan roti & susu ke dalam 3 dan kacau biar sebati.
4. Tuang ke dalam acuan yg telah dimasukkan gula hangus tadi.
5. Kukus hingga masak (45 minit - 1 jam) ~ tutup acuan dgn kertas aluminium agar tidak dimasuki air kukusan.

Panjang pulak N3 kali ni. Al-maklumlah 3 resipi .... apa2pun,
"Belum Cuba Belum Tahu, Dah Cuba ... Sentiasa Mahu"
(^_^)

No comments: