Tapi muda2 Kopi dah bergelar ibu.
Hari Isnin, Mama nampak perut dia cam dah 'jatuh'.
Tanda2 waktu bersalin dah dekat ... Semalam, pagi2 Kopi resah jer
Tak nak makan minum, asyik nak manja2 dan mengiau2 ...
Mama tak sedap hati dah! Bila Kopi mula mengiau2 nyaring ( cam sakit jer ...)
Dan asyik gesel2 kat Mama, Mama gosok2 perut dia, terasa cam dah sampai masa.
Tiba2 Mama nampak macam 'bubble' keluar dari punggung dia ... hampir menjerit Mama!!!
Takkan Kopi nak terberanak kat sini (ruang tamu) kot!!!
Kelamkabut Mama cuba nak angkat dia ke tempat yg Mama dah sediakan.
Tapi Kopi 'reject' dan terus tuju ke bawah sinki dapur ...
Kelamkabut Mama sekali lagi sediakan suratkhabar lama sbg alas.
Lepas tu Mama ke ruang tamu ... berdebar sakan. Rasa cam nak dapat cucu lak (hehehe ...)
Dalam hati doa tak putus2 Kopi dan anak2 yg bakal dilahirkan selamat ...
Tepat pukul 9.15 pagi semalam, Kopi bergelar ibu ... anak pertama keluar.
Tapi masih kritikal kerana kucing biasanya beranak antara 2 - 6 ekor!!!
Jadi antara waktu itu hingga pukul 12.30 tgh, Mama ulangalik jenguk takut ada komplikasi.
Alhamdulillah, setiap kali keluar anak baru, semua ok. Pandai Kopi urus dirinya dan anaknya.
Pukul 1.00, 4 ekor semuanya. Elok sedang menyusu ... so sweet!!
Pukul 2.00 petang ... masih 4 ekor tu lagi. Kopi nyenyak tidur. Keletihan!!
MasyaAllah ... Subhanallah ...
DianugerahNYA naluri keibuan kepada setiap makhluk (tak kira manusia atau haiwan).
Pandainya Kopi menjaga anak2nya ...
Kopi ... Tahniah! |
1 comment:
Teringat Amber nak beranak bln 1 lepas.. Hmpir sme dgn Kopi. Dan paling panik, 1 petang tu... Cecair jernih keluar ats lantai mse Amber baring.. Adik2 duk jerit dan ulang2 sebut air ketuban pecah... Huhu.. Kami tggu smpai pukul 11 pm. Tak beranak2 lagi. Subuh esok Nani turun bawah. Dh ada 4 ekor yg comey..
Post a Comment