Bahang piliharaya semakin panas. Yg pastinya ... ia semakin hampir. Ia juga topik panas bukan saja dlm media masa tetapi juga di mana2, terutama dikedai2 kopi. Tak sangka pakcik yg kayuh beca tu begitu pakar bila terdengar huraian dia. Terfikir saya, "Mana Pakcik dapat info ni? Hehe ..." Ia juga mengingatkan saya pada seorang pakcik misteri, pesanannya bersabit hal ini. Ceritanya ...
Suatu hari, awal 80an, ketika saya sedang dalam perjalanan ke tempat latihan praktikal dgn menaiki sebuah teksi (saya berusia 20 tahun waktu itu),
"Kali ni aku nak pangkah pembangkang pulak! Hari tu janji nak bagi aku permit kereta sewa ... sampai hari ni hampeh! Nak jumpa pun susah ... Masa nak ngundi janji macam2 ... Aku nekad doh tak nak undi wakil rakyat tu lagi!!" hambor pakcik pemandu teksi melampiaskan rasa tidak puashati dia kepada penumpang disebelah dia.
"Saya tak setuju ... anak saya dia janji dapat masuk U dapat biasisiwa. Dapat sungguh weh! Dapat subsidi baja dan benih padi lagi. Free! Demo salah isi borang kot" jawab penumpang tersebut.
Ibarat buku bertemu ruas, sepanjang 30 minit perjalanan tu, rancaklah mereka berdua berhujah pasal politik dan perbezaan pendapat/pengalaman mereka masing2.
Disebelah saya ialah seorang tua yg berseban, wajah dia amat bersih dan tenang. Tiba2 dia bersuara, setelah sekian lama berdiam diri,
"Beginilah! Bagi pakcik, tidak kira siapa yg memerintah, kalau tidak kerana Allah dan berlandaskan agama serta sunnah ... sama saja. Kita rakyat pun serupa juga ... memilih bukan kerana Allah, tetapi kerana nak habuan. Sama2 punah!"
Suasana dalam kereta sewa senyap sepi seketika ... jatuh jarum pun dengar rasanya. Saya kecut hati, kagum pun ada, dengan tazkirah tiba2 pakcik tua tu.
"Betullah kata Pak Aji tu. Saya marah sangat ni sebab mereka tak tunai janji, tu yang nak undi lawan dia pulak. Nak 'testing' tengok macamana pulak! Eh! Pak Aji ni dari mana nak ke mana? Rasanya bukan orang sini" kata pemandu kereta sewa.
"Pakcik ni orang musafir ... baru lepas musafir di Terengganu. Hajat nak lihat dan merasa suasana negeri yg digelar Serambi Mekah pulak. Tolong berhenti di masjid yg pertama kita jumpa lepas ni ya! Anak2 fikirlah apa yg pakcik kata tadi ... "
Itulah 'brush' pertama saya dengan politik ditempat awam. Ianya memberi impak yg besar dalam keputusan saya selepas mencapai umur mengundi. Sebelum ni ada dengar ayah dan kawan2 dia cakap, tapi kita budak2 lagi ... tak kisah benda2 gitu. Tak faham pun mengapa mereka kecoh dan semangat sangat bila tiba musim mengundi. Yang saya seronok, lihat orang berlumba2 naikkan bendera dan poster ... macam2 warna dan ragam. Pokok2lah yg kerap jadi mangsa ... masing2 cuba pacakkan bendera setinggi mungkin. Macam ada peraduan ... pondok2 dan markas2 mereka dihias beranika rupa, penuh kreatif disetiap kampung. Kadang2 meriahnya terasa macam pesta hari Keputeraan Sultan, macam ketika sambutan Hari Merdeka pun ada!!! Dan setiap kali datang musim pilihanraya, pasti saya teringatkan Pakcik misteri dan nasihat beliau yg satu itu.
Mengundi tetap mengundi ... ia satu kewajipan. Ia satu tanggungjawab yg akan ditanya diakhirat kelak. Tanggungjawab memilih pucuk pimpinan dan kerajaan yg bakal meneraju negara. Pilihan yg bagaimana anda mahu negara kita ditadbir, demi masa depan anakcucu kita juga ... Siapa pilihan? Anda ada kuasa untuk tentukan. Gunakan!!!
p.s. Kali ni nampak gaya kena pergi sendiri ke tempat mengundi. Suami, buat pertama kali, kena bertugas dipusat mengundi ... huhu. Konfiden tempat mengundi sama mcm yg sebelum2 ni. Tapi, baik semak, tak pasal2 pergi jauh2, nama tiada ... naiya. Jom Semak!! (bukan 'semak' belukar tau, tapi 'semak' periksa!)
No comments:
Post a Comment