Tiba2 Si PYO meluru masuk dalam rumah ...
Mesti ada sesuatu yg takutkan dia ... tidak memanjang dia di luar sana. Lapar dahaga baru ke dapur dia ...
Ohh! Lembu rupanya .... dua tiga ekor, dok meragut luar pagar (p.s. Mama memang tutup pagar setiap pagi semenjak terserempak 2 - 3 tompok tahi lembu dalam laman ... huhu)
Bila cerita pasal lembu ni, teringat satu peristiwa bulan Sep., 2002 (wah! precisenya ... hehe nilah advantage ada diari).
Ketika itu kami sekeluarga dlm perjalanan pulang ke kampung bila tiba2 suami brek mengejut! Sekumpulan lembu melintas jalan rupanya ... dek hari semakin gelap, memang mustahil nampak lembu2 tu dari jauh. Bila dekat baru perasan. Ketika kami berhenti utk beri jalan lembu2 tu melintaslah tiba2 Anas (12 tahun masa tu) bersuara,
"Woo!!! Bahaya nih! Tuan dia patut pakaikan gelang cam 'pemantul cahaya' pada kaki lembu tu. Baru orang nampak dari jauh bila hari gelap ..."
Mama baru saja nak bersetuju dgn idea dia bila si kakak, KCik berkata,
"Tapi kalau lembu2 tu duduk atas jalan malam2 macamana? Ada nampak!!"
Hughh! Betul jugak ...
"Tampal je kat dahi tu ... "celah si Abe yg memang suka menyakat si adik. Wekkk! juih adiknya ... haha
"Pakai kat telinga cam subang!" celah Angah.
Berbahaslah mereka adik beradik tempat mana paling stategik nak letak pemantul cahaya tu ... sambil Mama dan Ayahnya tercari2 masjid/surau untuk berhenti solat.
Usai solat dan makan malam, kami meneruskan perjalanan. Ketika itulah terdetik hati Mama meneruskan sesi 'brainstorming' bagaimana nak elakkan masaalah lembu berkeliaran dijalanraya dan membahayakan penggunanya. Alhamdulillah ... mereka anak2 yg peka dengan persekitaran keliling mereka ... + drebar pun taklah mengantuk dek riuh anak2 berebut melontar idea dan pendapat mereka ...
"Tuan lembu tu berdosa sebab tak jaga lembu dia dan membahayakan orang lain serta membiarkan lembu mereka meragut sesuka hari ... kalau makan rumput tanah orang dan tuan tanah tu marah dan tak halal ... tuan lembu tu berdosa juga. Kalau jual/makan daging lembu tu ... duit hasil jualan dan daging yg tumbuh dari sumber yg haram, i.e. rumput/tanaman tanah orang lain ... adalah haram!" sempat Ayahnya beri tazkirah tuh ... hihi.
"Kata doh tuan dia berdosa!!" ..... p.s. tak ingat sapa yg kata (^__^)
Gitulah ... dengan anak2, proses pembelajaran boleh berlaku dimana2 saja, setiap ketika ... ajar mereka 'its ok to differ', berbahas cara sihat ... siapa betul, siapa salah bukan tujuannya ... tapi mengambil pengajaran dan iktibar darinya lebih utama ...
Things that happened in your life, sometimes you want to remember, share and learn from it. This is my way of saying " I've been here ..."
Pages
Labels
Ceritalah
(295)
Me
(192)
diari ibu
(165)
Amar
(77)
Pesanan
(74)
Resipi
(74)
kucing
(73)
Kebun Biasa2
(55)
Rumah Biasa2
(46)
Yg Tersirat/Tersurat
(38)
cerita lama
(21)
Jalan-jalan
(20)
Jodoh
(18)
Cucu
(15)
3R
(14)
Puasa
(11)
Hawa TDS
(10)
Lawak sikit
(9)
PETUA
(7)
Kawan
(6)
Musing
(6)
Raya
(5)
Rumah WM
(5)
Lukislah anakku
(4)
Nature
(4)
ipoh
(4)
Haji
(3)
Migraine and I
(3)
No comments:
Post a Comment