Pages

Labels

Ceritalah (295) Me (192) diari ibu (165) Amar (77) Pesanan (74) Resipi (74) kucing (73) Kebun Biasa2 (55) Rumah Biasa2 (46) Yg Tersirat/Tersurat (38) cerita lama (21) Jalan-jalan (20) Jodoh (18) Cucu (15) 3R (14) Puasa (11) Hawa TDS (10) Lawak sikit (9) PETUA (7) Kawan (6) Musing (6) Raya (5) Rumah WM (5) Lukislah anakku (4) Nature (4) ipoh (4) Haji (3) Migraine and I (3)

18 February 2014

Cara Menangani Remaja Bermasaalah ... dari tv Siam

Masa kami mula2 pindah Kelantan (circa 1995/6), masa tu takder ASTRO lagi ... tv rumah kami selalu berebut 'channels' dgn tv siam. Kadang2 yg mereka punya lebih jelas dari tv 1, 2, 3 ... kita.
Tv mereka pun lebihkurang sama jer cam tv kita ... bersiaran pasal senaman pagi, motivasi, berita, ceramah agama dan cam yg selamat pagi malaysia ... dari 2 - 3 stesyen berbeza. Tak faham apa pun  ... dah bahasanya Siam!
Pun satu pagi tu ... terjumpa satu stesyen yg guna bahasa melayu (dialek campur siam, kelantan) ... Tv 9 Siam, Rancangan Klinik Tauhid oleh Dr. Nik Abdul Razak, dari Hospital Yala, yg menyentuh cara2 menangani remaja bermasaalah  ...
Pun dek Mama terserempak 'channel' tu secara kebetulan, dah separuh jalan pun siarannya  ... hanya sempat lihat dan dapat ilmu sebanyak 6 cara ini sahaja. Walaupun sikit, Mama rasa perlu kongsi sebab ada relevennya apa yg diperkatan oleh Dr. tu  ... jom semak!

Bila berhadapan dengan remaja2 bermasaalah  ....
1) Jangan menegur mereka ditempat awam tetapi secara 'one-to-one' .... remaja maupun kanak2, mereka ada maruah dan harga diri. Hormati mereka untuk dihormati oleh mereka kembali.
2) Puji kelakuan baik mereka (ditempat awam tak per) masa mereka buatnya dan puji dgn ikhlas bukan menyindir/memperlekehkan perlakuan baik mereka.
3) Tegur kelakuan mereka yg tak elok tu, bukannya serang diri remaja tu  ... kelakuannya bukan dirinya. Contoh: "Mu ni degil!" ... salah. Sepatutnya, "Perangai suka ponteng sekolah tu tak elok!"
4) Beri panduan/nasihat apa yg harus dilakukan bukan tegor sahaja sebab remaja ni ibarat duduk atas jambatan (tengah2 antara kanak2 - dewasa). Mereka masih perlukan panduan kepada apa yg telah berlaku (lepas), sedang berlaku (sekarang) dan yang bakal berlaku, akibat (akan datang). Impak dan implikasi kepada perbuatan mereka  ..
5) Tanya pendapat dan bincang kalau dia buat salah, apa hukuman yg sepatutnya dia terima.
6) Puji sebelum/selepas beri nasihat  ... sebelum, kerana dia datang. Selepas, kerana dia mendengar.

Semuga bermanafaat. InsyaAllah  ....

2 comments:

Al-Manar said...

Dari pengalaman saya memang tepat betul apa yang di seput Ustaz itu tentang menunjuk ajar budak budak. Kepada saya tumpuannya adalah cucu cucu dan kanak kanak yang datang belajar di Almanar. Yang penting sekali adalah kesabaran kita berbincang dengan kereka yang bukan sebaya kita lagi.

muhaini said...

Kadang2 perlu letak diri kita jika ditempat mereka ... Belajar dr pengalaman kita dulu yg juga melalui proses keremajaan era kita, era mereka ... Berbeza tapi lebihkurang masaalahnya.