Pages

Labels

Ceritalah (295) Me (192) diari ibu (165) Amar (77) Pesanan (74) Resipi (74) kucing (73) Kebun Biasa2 (55) Rumah Biasa2 (46) Yg Tersirat/Tersurat (38) cerita lama (21) Jalan-jalan (20) Jodoh (18) Cucu (15) 3R (14) Puasa (11) Hawa TDS (10) Lawak sikit (9) PETUA (7) Kawan (6) Musing (6) Raya (5) Rumah WM (5) Lukislah anakku (4) Nature (4) ipoh (4) Haji (3) Migraine and I (3)

09 February 2014

Patah ... tumbuh. Hilang ... berganti.

Bila memandang laman tepi Rumah Biasa2 kami  .... terdetik juga rasa menyesal membuang kesemua rumpun keledek. Dengan musim tengkujuh yg berlalu, panas memanjang kini, kehijauan rumpun keledek amat dirindui. Selain sejuk mata memandang, sejukkan persekitaran   ... boleh juga depa contribute bekalan oksijen sesedut dua!
Semalam  .... penemuan dua putik keledek yg Mama yakin offspring keledek induk yg dulu  ... amat mengembirakan hati Mama. Rupanya ubi yg ditanam dulu telah meng'ubi'kan (haha  ... maaflah DBP kalau perkataan ni tiada dlm kamus ya!) zuriatnya. Wah! Kalau Mama tak buang keledek yg merimbun tu, tentu dlm sebulan dua ni dapat tuai hasilnya.


Pun  ... sesal dulu pendapatan, sesal kemudian, tiada gunakan!!
Apapun, Mama akan biarkan dua putik keledek ni tumbuh  .... melata cam sebelum ni. Kalau dulu tanam sebab nak tuai pucuknya, kali ni  ... InsyaAllah, nak merasa hasil ubinya pula  .... tengoklah. Ada rezeki, menjadi ia  .... yg perlu Mama pastikan ... siram setiap hari aja.

Ini Si Meow Stray  .... gambar amik bln Ogos '12. Tempat kesukaan dia  .... alas kaki tangga utama.
Dah seminggu tidak kelihatan kelibat dia. Sebelum hilang, dia sakit  ... tak mau makan dan minum walaupun disuap! Bernafas pun, dalam dan semput helaannya  ... Masa cuti Raya Cina dia 'last seen here'  ... 'Last contribution' , seekor tikus mati atas tangga belakang buat Mama (p.s. takyah nak imaginasi bagaimana reaksi Mama masa jumpa ya ...)
Telahan Mama, Meow dah tiada  ... entah di mana tempatnya, puas cari kawasan sekitar  ... tak jumpa. Sebelum ni, Meowlah gangster dan 'pemegang' kawasan kami. Mana2 kucing jantan lain yg menghampiri atau mencerobohi  ... dikejarnya dia, tak cukup tanah kucing2 jantan tu lari  .... Mama pernah lihat dengan mata kepala sendiri  .... kesian sungguh kucing yg dikejar tu!! Macam cheetah kejar rusa lagak nya. Hihi  ... Macho dan cool, kata Amar.
Kini, setakat hari ni  ... Mama lihat dah 4 ekor kucing jantan ronda kawasan kami kini. Si Hitam, Si Tompok, Si Debab dan Si Oren  ... Kadang2 dengar dan lihat mereka kelahi  .... masing2 nak jadi hero nih!! Dari sini, sahlah Si Meow dah mati  ... kalau tidak, masakan kucing2 jantan lain begiti berani!!!
Risau juga  ... kan rumah kami ada kucing sunti, Si PYO yg asyik memerhati  ... siapa Si Jagoan nanti!!
Dilema   .... Nak kasi ke tidak Si PYO ni???

No comments: