Semalam hubby cuti rehat (tak rehat mana pun, ke hulu ke hilir urus itu dan ini ... huhu), pagi2 pesan hubby beli ikan sementelah dia nak ke pekan beli suratkhabar.
Walaupun dah pesan jangan beli banyak (he has the knack of buying fresh fishes in bulks ... geram tengok segar katanya) .... dia balik dengan 3 kilo ikan pelbagai jenis (sikit tu ... kalau ikut nak beli semua, katanya bila Mama komen beli banyak sangat untuk 4 beranak jer di rumah nih! .... huhu)
Bukan apa ... Mama tak tahan bab menyiang dan membersih ikan jer ... sakit belakang, pinggang kalau dok berdiri lama2, statik tak ke mana2 ... kalau jalan2, shopping ... ok jer (^__^)
Bila begini, rindu masa2 dok Ipoh dulu. Belilah ikan banyak mana pun, Mama tak kisah ... SEBABNYA: PENJUAL IKAN DI SANA SIAP SIANGKAN SEMUA IKAN YG DIBELI! TAK KIRA KECIK BESAR ... oh! rindunya. Kat sini, sah semua orang pandang semacam (esp. penjual ikan) kalau Mama minta mereka siap siangkan ikan selayang (sardin), kembong, selar tuh ... ikan tenggiri, siakap, merah ... takper! Toksah nak mengada2 ... huhu. Masa dok Kepala Batas pun mereka tak tolong siangkannya ... hanya di Ipoh Mali!!!
Tu yg pertama kali Mama beli ikan kat sana, dok la tunggu, kenapa la lama sangat nak serah ikan yg Mama beli tu. Bila tanya, tunggu siang yg akak tu dulu kata mereka! Bila Mama lihat kiri kanan, semua penjual2 ikan dok menyiang ikan yg dibeli pelanggan ... kecik besar, berderet dlm mangkuk plastik ... Q tunggu giliran ... hihi! Gitulah .. lain padang lain belalang ... kadang2 Mama cakap tak payah siangkan, 2 -3 kali mereka tanya, nak 'comfirm' betul ke makcik pelik ni tak moh ikan dia disiangkan mereka ... haha. Yup! Mama jadi makcik yg pelik ...
Missing that and more (esp foods) when thinking about Ipoh.
Berbalik pada ikan yg dibeli hubby tu ... ikan selayang aka sardin yg banyak sekali. Rebus utk PYO dah pasti, pastu rebus asam garam, nak goreng makan dengan pulut dan kelapa parut ... feberet ni.
Haha ... hanya ini yg tersisa, yg sempat diambil gambarnya. Pulut, kelapa ... semuanya dah jadi sejarah. Walaupun nampak cam biasa2, tak lawa lalu ikan rebus asam goreng nih! Janganlah dipandang pada rupa ... sedapnya tidak terkata, pembuka selera bagi orang lama cam Mama nih ... simple yet licking good kata omputeh!
Nak resepinya ke? Senang jer ... 5 - 6 ekor ikan selayang (kembong, aya buleh jer), 2 - 3 kpg asam gelugor, garam, gula (nisan lg sedapnya) secukup rasa, sedikit air (jgn banyak, hilang manis ikan tu) ... dlm 1/4 cawan jer dan 1/2 sudu teh cuka makan (petua utk lebih sedapkan yg baru dapat dr besan Mama) ... Masukkan semua dlm periuk, tudung dan rebus dgn api sederhana hingga air kering (jgn kering sangat ya). Siap! Makan gitu saja pun sedap juga ...
Things that happened in your life, sometimes you want to remember, share and learn from it. This is my way of saying " I've been here ..."
Pages
Labels
Ceritalah
(295)
Me
(192)
diari ibu
(165)
Amar
(77)
Pesanan
(74)
Resipi
(74)
kucing
(73)
Kebun Biasa2
(55)
Rumah Biasa2
(46)
Yg Tersirat/Tersurat
(38)
cerita lama
(21)
Jalan-jalan
(20)
Jodoh
(18)
Cucu
(15)
3R
(14)
Puasa
(11)
Hawa TDS
(10)
Lawak sikit
(9)
PETUA
(7)
Kawan
(6)
Musing
(6)
Raya
(5)
Rumah WM
(5)
Lukislah anakku
(4)
Nature
(4)
ipoh
(4)
Haji
(3)
Migraine and I
(3)
2 comments:
Kalau nk kejar masa, siap2 bgtau tak perlu siang ikan. Tapi kemudiannya mesti bakul ikan terlepas dan Q utk disiang. Sbb di sini itulah rutinnya. Dh timbang terus pas bakul ikan kt tukang siang ikan.. :)
Kalau blk kelate, mok sokmo rebus ikan cmni & goreng. Nani mkn dgn nasi n cicah budu.. Sedapnya.. Huhu..
Itu antara keistimewaan Ipoh yg tak luput dr ingatan ... Selera oghe Kelate doh nampak gayanya ... Hehe
Post a Comment