Pages

Labels

Ceritalah (295) Me (192) diari ibu (165) Amar (77) Pesanan (74) Resipi (74) kucing (73) Kebun Biasa2 (55) Rumah Biasa2 (46) Yg Tersirat/Tersurat (38) cerita lama (21) Jalan-jalan (20) Jodoh (18) Cucu (15) 3R (14) Puasa (11) Hawa TDS (10) Lawak sikit (9) PETUA (7) Kawan (6) Musing (6) Raya (5) Rumah WM (5) Lukislah anakku (4) Nature (4) ipoh (4) Haji (3) Migraine and I (3)

01 November 2012

Kenangan Ipoh ...Amar, Auntie Ammar dan Beauty

Auntie Ammar

Auntie Ammar ialah jiran kami semasa kami menetap diIpoh tahun 2006 - 2008. Dia berusia 80an dan tinggal bersendirian (suaminya dah lama meninggal). Anak perempuannya, Manjit setiap pagi & petang (semasa pergi & balik dari kerja) akan singgah ziarahi ibunya. Hujung minggu Manjit akan datang bersama anak perempuan tunggalnya, Navin. Biasanya mereka akan seharian di sini. Kadang2, Sarjit (anak lelaki bongsu Auntie Ammar, seorang peguam & duda) akan datang & bermalam 2 - 3 hari, selebihnya dia di Taiping. Cuti sekolah/umum menyaksikan anakcucu Auntie Ammar dari Johor, Selangor juga Australia balik ziarahi dia. Dan pastinya Auntie Ammar akan sentiasa senyum & ceria diwaktu2 begini. Dihari2 biasa,  Beauty (anjing yg Manjit jumpa ditempat kerjanya), kucing2 kami Borem & Potam serta sikecil Amarlah yg akan jadi peneman & penghibur Auntie.

Auntie Ammar dan Amar (ketika itu berusia 4 tahun) memang klik dari awal pertemuan. Auntie seronok sebab nama dia sama dgn nama Amar. Katanya 'Amar' bermakna 'kekal abadi' dlm bahasa Sikh. Setiap pagi, Auntie akan keluar ke laman depan rumahnya. Baca suratkhabar sambil lihat Amar main dan layan Beauty, Borem & Potam. Kadang2 Auntie datang rumah, bawa mainan & buku2 lama anakcucunya utk diberi pada Amar. Selalu nasihati Amar dan Muaz supaya hormat orang tua, ibubapa. Ingat Tuhan Allah, katanya. Setiap kali Mama tolong bawa dia ke bank/klinik, pasti ada coklat/biskut dibelikan untuk Amar. Kalau Amar tak sihat, dia pun turut risau. Ketika anakcucunya mula2 datang ziarahinya, Amarlah yg diperkenalkan pada mereka. Mereka pun teruja nak kenal Amar sebab Auntie selalu berceritakan perihal Amar pada mereka. Dan setiapkali mereka datang ziarah selepas tu, Amar pun turut tempias dapat buahtangan dari mereka.

Beauty

Beauty ialah anjing jalanan yg amat penakut, sedang sarat mengandung dan selalu dipukul orang kerana mencuri makanan. Kerana kesiankannya dan tidak tahan melihat Beauty diperlakukan sedemikian rupa, Manjit (yg memang sukakan binatang) telah membawa Beauty pulang, buat peneman ibunya yg tinggal sorang. Semasa dirumah Auntie, Beauty tlh melahirkan 12 ekor anak, semua hitam macam dia kecuali seekor berwarna coklat tua. Comel sungguh anak2 dia, tetapi manalah larat Auntie yg sudah berumur jaga Beauty + 12 ekor anak2 nya. Maka, demi masa depan mereka, Manjit hantar mereka untuk 'adoption'. Beauty yg kehilangan anak2 mula kerinduan. Dalam masa yg sama, Borem & Potam, 2 ekor anak kucing yg ditinggalkan ibu mereka didepan pintu rumah kami, yg tengah lasak asyik masuki rumah Auntie melalui jaringan pagar. Mengingati pepatah Ibarat anjing dgn kucing, kami tentulah risau kalau2 Beauty akan gigit anak2 kucing 2 ekor tu bila mereka asyik tersasar (tanpa disedari kami) ke dalam kawasan rumah Auntie. Rupanya, naluri kasih ibu & rasa rindu pada anak2nya menyaksikan Beauty tidak mengapakan2 Borem & Potam, tetapi hanya memerhatikan mereka berkeliaran & bermain keliling dia, sambil sekali sekali memarahi mereka dgn manja (jika mereka dah 'over' sangat! kacau ekor dan gigit2 dia ... hehe).

Manakala Amar pula, setiap pagi, pasti akan keluar ke laman dgn sarapan paginya (roti, sosej, biskut ... apa saja). Jika Auntie seronok melayan Amar pagi & petang. Beauty pula seronok dapat 'treats' dari Amar pagi dan petang (biasanya apa saja yg Amar makan, Beauty pasti akan merasa sama). Sayangnya Beauty pada Amar dizahirkan dgn melompat2 gembira, dan lari berpusing2 saat melihat Amar muncul. Jika Amar lambat keluar, Beauty akan panggil dgn salakan manja atau macam menangis. Kalau Amar dibuli Muaz atau Anas (sengaja hendak buat Beauty marah), Beauty akan menyalak2 garang, seakan2 mahu melompat pagar pemisah menyelamatkan Amarnya. Begitulah akrabnya Beauty dan Amar ... Bila Auntie Ammar meninggal dunia kerana sakit tua (Apr. 2008), Beautylah yg menjaga rumah tu ... Setiap pagi dan petang, Manjit akan singgah beri makanan pada Beauty, sambil lihat keadaan rumah yg ditinggalkan, juga mengambil bil/surat2. Suatu pagi, Manjit terserempak Amar sedang memberi separuh sosejnya pada Beauty. Sambil ketawa, Manjit kata, "Patutlah Beauty buat tak tahu jer setiap pagi dia hantar makanan, rupanya breakfast yg Amar beri lagi sedap! Kat belakang rumah tu kdg2 ada makanan tak bersentuh, dia simpan jer .." Kami sama2 tertawa dan Mama baru perasan Beauty akan ambil makanan yg Manjit bawa, gonggong dan bawanya ke belakang. Kemudian terus datang semula ke depan dgn lidah terjelir2, lari berpusing2 dan melompat2 girang depan Amar ... samaada mintak makanan lagi atau ucap terimakasih, Wallahhualam. 

p.s. rumah Auntie tu dah dijual dan Beauty sekarang tinggal dgn Manjit bersama2 dgn 2 ekor anjing dan 2 ekor kucing Manjit!! Potam dan Borem kami tinggalkan atas permintaan Manjit dan Makcik Dah sebelah rumah yg juga tinggal sendirian. Buat peneman dia, katanya. Potam dan mati tahun lepas, dilanggar kereta ... manakala Borem sekarang menetap dgn keluarga Cikgu Aziz (bersara) dan isteri, jiran sebelah rumah Auntie,  setelah Makcik Dah pindah tinggal dgn anaknya.
  

No comments: