Ya ... ia lumrah bila cuti sekolah: KENDURI KAWIN!!!
Sabtu lalu ialah kenduri kawin pertama Mama sempena cuti sekolah akhir tahun 2012, kenduri kawin anak lelaki sepupu Mama yg tinggal di Kg. Wakaf Lichong dgn pasangannya dari Kg.Keruak. Kampung ini terletak di Hulu Besut, Terengganu, kira2 35 km dari pekan Jertih. Walaupun jauh dipendalaman, perjalanan ke sana amatlah selesa kerana dihubungi jalaraya yg elok. Kami ke sana dalam konvoi lebihkurang 20 buah kereta. Alhamdulillah majlis berjalan lancar dan cuaca pun elok walaupun jalan ke rumah pengantin perempuan agak becak kerana hujan lebat malam sebelumnya. Apapun Mama berasa sungguh tenang berada sini, jauh dari kesibukan dan bunyi bising kenderaan ... suasana yg nyaman serta redup kerana dikelilingi pokok buah2an dan tumbuhan2 yg merimbun disekitarnya. Kehijauan yg menyamankan dan menenangkan minda. Berikut adalah antara koleksi foto2 yg Mama rasa menarik utk dikongsi bersama .....
Antara suasana perjalanan ke sana ... |
rombongan kami ... |
So sweet ... pasangan pengantin, Farid & Yanie Moga kekal bahagia ke akhir hayat |
Pinggan Mama ... sayur labu air, rebung goreng pedas dan kerabu pucuk paku yg sungguh 'fresh' dan ranggup ... |
Pohon2 durian yg sarat dgn buah ... pokok2 dokong pun! Kena datang semula nih ... |
Otw balik, pokok rambutan tumbang dilaluan kami ... kalau tak hujan, dah turun dah ... tolong. Tolong kutip rambutan2 tu (^_^) |
No comments:
Post a Comment