Pages

Labels

Ceritalah (295) Me (192) diari ibu (165) Amar (77) Pesanan (74) Resipi (74) kucing (73) Kebun Biasa2 (55) Rumah Biasa2 (46) Yg Tersirat/Tersurat (38) cerita lama (21) Jalan-jalan (20) Jodoh (18) Cucu (15) 3R (14) Puasa (11) Hawa TDS (10) Lawak sikit (9) PETUA (7) Kawan (6) Musing (6) Raya (5) Rumah WM (5) Lukislah anakku (4) Nature (4) ipoh (4) Haji (3) Migraine and I (3)

05 November 2012

Jaundice, Muaz dan Kismis Doa ...

Membaca blog Ibundo mengenai cucunya yg baru berusia 5 bulan yg habis lebam2 kesan tusukan jarum, teringat Mama peristiwa 15 tahun lalu ... ketika melahirkan anak ke 5 Mama, Muaz. Hari ke 2 kami dipindahkan ke Wad Neonatal kerana 'jaundice' Muaz agak ketara (bacaan 'bilurubin'** agak tinggi)Pada mulanya dia diberikan 'phototherapy' biasa sahaja dibilik kami, tapi keesokan harinya (hari ke 3) doktor pakar datang, lihat bacaan 'bilirubin', nampak amat marah dan arahkan doktor bertugas pindahkan Muaz ke bilik 'intensive phototherapy', berjauhan dari Mama. Mulai dari saat itulah Mama lihat tangan dan kaki Muaz akan ada saja kesan tusukan jarum baru setiap hari. Mula2 tangan kanan, dah takder tempat, beralih ke tangan kiri. Dah penuh kat situ, beralih ke kaki kanan, kemudian kiri. Selama ditahan, hampir setiap pagi dan petang Mama dengar tangisan kesakitan Muaz dibilik rawatan (waktu mereka cucuk nak ambil sampel darah, ukur kadar 'bilirubin'). Memang pilu yg amat bila dengarnya ... hanya luahkan pada Ayahnya bila dia datang ziarahi kami tengahari dan petangnya, dengan cucuran airmata.
Doktor bertugas cuma beritahu Mama bacaan 'jaundice' naik dan perlu rawatan 'intensive'. Dia ingat Mama tak faham apa yg doktor pakar cakap (doktor pakar tu omputeh, jadi dia marahkan dan cakap dgn mereka dlm bahasa omputeh) bahawa bacaan 'bilirubin' Muaz yg telah mencecah 335 mmol/L itu amat bahaya pada bayi baru lahir yg boleh akibatkan kecacatan pada pendengaran dan otak, mungkin kekal .... 
Luruh jantung Mama bila ziarahi Muaz hari tu. Ada 4 lampu biru yg sedang menyuluhnya (atas, bawah, kiri, kanan). Muaz sedang menangis ... dah hampir tiada suaranya. Mungkin kepanasan, kesakitan kena cucuk dan dahaga. Mama terus susukan Muaz sampai dia terlena (walaupun misi larang beri susu badan!) ... sebelum letakkan dia kembali ke katil rawatannya dan pulang ke bilik berendam airmata dan doakan tiada kesan sampingan ke atasnya.
Begitulah Mama, ulangalik ke bilik rawatan, susukan Muaz. Balik ke bilik, menangis. Hari ke 4, bacaan turun 240 mmol/L. Hari ke 5, dah 211 ... dah tinggal 1 lampu je. Alhamdulillah ... berkat rawatan dan doa semua, hari ke 6, bacaan turn ke 100 mmol/L  dan kami dibenarkan pulang hari itu.
Sejujurnya, sejak itu kami risau jika 'jaundice' akut itu telah memberi kesan pada kecerdasan otaknya. Syukurlah tidak!  Kini Muaz dah berusia 15 tahun, sedang menunggu keputusan PMRnya. Alhamdulillah ... dia pelajar yg OK, antara harapan sekolahnya utk 'score' (bukan niat memuji, cuma nak maklum bahawa  otak dia ok ...). Alhamdulillah atas kurniaan NYA. Dan Mama juga berasakan mungkin ada kaitannya juga dengan kegemaran dia makan kismis se awal usia 2 tahun. Masa tu adik ipar dari KL bawakan dua botol kismis doa buat anak2 kami. Muaz amat sukainya ... lalu kami pesan sedozen lagi. Habis! Lalu kami beli sendiri kismis doa untuknya. Entah berapa dozen yg dah dimakan Muaz selepas itu ... kadang2 sebotol, tak sampai 2 hari dia makan. Suka sangat ... Semenjak itu, memang Mama akan stok kismis doa kat rumah. Sekarang Amar pun dah join sama ...(^_^)
Tak salah kalau Mama rumuskan bahawa kesan dia memakan kismis doa inilah yg telah mencambahkan kembali sel2 otak yg mungkin telah rosak masa dia kena 'jaundice' dulu dan mungkin memberi kesan sebagaimana murid2 hafazan yg memang amalkan makan kismis doa ni setiap hari, yg terbukti baik sekali untuk otak (cerdaskan minda, kuatkan daya ingatan/hafalan dan kurangkan penyakit lupa) . Lagipun, amal kismis sebagai kudapan lebih sihat dari makanan2 ringan kan ...

Nota:

** Bacaan normal kadar 'Bilirubin' bagi bayi baru lahir;

Usia bayi                                Bacaan Bilirubin
< 24 jam                                 < 103 mmol/L
< 48 jam                                 < 170 mmol/L
3 - 5 hari                                 < 205 mmol/L
7 hari                                       < 170 mmol/L

sumber: http://www.webmd.com/digestive-disorders/bilirubin-15434?page=3

No comments: