Setelah sejuk sebentar kerana raya ... momentum kerja2 ke atas Rumah Biasa2 kami rancak kembali. Dari foto2 di atas, jelas kelihatan jubin ruang tamu dan ruang famili telah siap dipasang, jendela dan pintu telah dihantar dan ketika Mama menaip N3 ni, mungkin kerja2 memasangnya sedang rancak dibuat. (p.s. Semalam, kami ke KB ... beli jubin ruang makan, beranda dan tangga. Kami masih belum putuskan samaada nak pasang jubin atau tidak pada 'porch' ... tengok kewangan dulu (huhu ...) sebab yg tu boleh pasang kedian hari. ) 'Septic tank' dan yg berkaitannya juga sudah siap, tinggal kemasan saja. Lega ... bolehlah uruskan tuntutan progress 85% pinjaman perumahan. Dek index fulus sedang menurun pantas, tu yg fikir 3, 4 X nak pasang jubin kat 'porch' buat masa sekarang ...
Pagi tadi, kedai tempat Mama 'order' kabinet dapur call ... dah siap dan akan pergi pasang Rabu ni. Cepatnya!! Kata 3 bulan baru siap, dalam bulan 12 ni baru boleh pasang! Fulus lagi, dan Big Boss tak tahu lagi tu ... hehe!! Jendela, pintu bila siap dipasang, kena bayar ler ... adalaa dlm 6K gak! Dan bila dah siap pasang, kerja2 mengecat/shellec pintu/jendela tu perlukan $$$ juga + upahnya. Lepas tu, pasang cermin lak .
... OH MY BANK ACCOUNT!!! agaknya itulah yg bermain diminda Hubby Mama sekarang ni .. ciannya ... huhu. Yg bermain diminda Mama? Membayangkan betapa cantiknya (perasan .. ) Rumah Biasa2 kami bila siap semuanya. Membayangkan langsir serba baru ... sofa dan meja makan baru ... ikut hati, semua nak baru. Pun akur, realitinya ... mungkin bukan begitu ... huhu!! Lambatnya besday ke 55 ...
No comments:
Post a Comment