Datin yg ku kenali
Dia ada segala2nya .... suami yg kaya, hensem dan loving n caring. Anak2 yg dekat dan cucu2 yg comel2 sangat! Dia anggun, peramah dan pandai bergaul. Sesekali ke KL, Mama pasti bertandang ke rumahnya. Masa turun KL hari tu, Mama temankan doter ke Jakel, survey2 kain utk baju kawin. Datin dapat tahu agenda kami, terus datang dgn doter dia ... Akhirnya niat survey2 kami jadi shopping terus ... Datin nak tolong kami rupanya, dan sebaik staff nampak dia, kami terus diberi layanan VIP. Hampir 4 jam kami dilayani dgn 1st class treatment. Alhamdulillah, rezeki Mama dapat kenal isteri, adik dan adik ipar pemilik Jakel tu ... dapat harga diskaun yg berbaloi dgn mutu kain yg dibeli. Harga VIP! Bila dah habis shopping baru terasa lapar ... tak lunch lagi. Datin ajak kami makan kat tempat yg sedap di Jln TAR. Mulanya Mama ingat pasti kat restoren mewah ... setaraf dgn status Datinnya. MasyaAllah .... meleset jauh tanggapan Mama. Dgn yakin dan laju, dia bawa kami makan kat salah satu dari gerai2 makanan yg berderet dilorong belakang antara bangunan2 besar tu ... Kalau dek tak kerana pergi dgn dia, Mama pun tak tahu adanya gerai makanan yg murah dan sedap sungguh tu. Masakan kampung yg cukup rasa dan rempahnya. Doter Mama yg selalu ke Jln TAR pun tak tahu kewujudannya. Yg pasti, dia akan ajak kawan2nya makan disini lepas ni. Hari tu, doter Mama belanja sebagai tanda terima kasih kami yg tak seberapa. Siapa sangka dgn status, gaya dan pakaian mahalnya, dia dan doternya sanggup duduk dan makan digerai kecil ditempat sebegitu! Dan, mungkin juga dia pelanggan tetap gerai tu sebab makcik kedai tu sapa dia dgn namanya, penuh mesra. Siap tanya, kami yg bersamanya ni siapa! Datin yg saya kenali sebagai KJ saja .... moga bertambah murah rezekinya dan bahagia dunia akhirat.
Rumah - November, minggu ke 3
90% kerja2 memasang jendela dan pintu serta kerja2 memasang kemasan jubin dah siap. Harapan untuk dudukinya bulan Disember ini makin menjadi kenyataan. Tapi dek cuti yg agak kerap bulan ni, kerja2 penilaian oleh pihak yg beri pinjam duit agak lewat. Ini bermakna duit progress pun akan lewat ... huhu. Kantung Rumah Biasa2 kami dah nak kering pun .... moga dapat top-up lekas agar kurang sikit kedut kat dahi hubby Mama tu. Ye lah, takut tukang lari ke rumah lain .... naiya!!! InsyaAllah dak ... kena positif. Ingat kita apa yg kita fikirkan !!! Pintu hadapan rumah kami ....
Things that happened in your life, sometimes you want to remember, share and learn from it. This is my way of saying " I've been here ..."
Pages
Labels
Ceritalah
(295)
Me
(192)
diari ibu
(165)
Amar
(77)
Pesanan
(74)
Resipi
(74)
kucing
(73)
Kebun Biasa2
(55)
Rumah Biasa2
(46)
Yg Tersirat/Tersurat
(38)
cerita lama
(21)
Jalan-jalan
(20)
Jodoh
(18)
Cucu
(15)
3R
(14)
Puasa
(11)
Hawa TDS
(10)
Lawak sikit
(9)
PETUA
(7)
Kawan
(6)
Musing
(6)
Raya
(5)
Rumah WM
(5)
Lukislah anakku
(4)
Nature
(4)
ipoh
(4)
Haji
(3)
Migraine and I
(3)
25 November 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment