Pages

Labels

Ceritalah (295) Me (192) diari ibu (165) Amar (77) Pesanan (74) Resipi (74) kucing (73) Kebun Biasa2 (55) Rumah Biasa2 (46) Yg Tersirat/Tersurat (38) cerita lama (21) Jalan-jalan (20) Jodoh (18) Cucu (15) 3R (14) Puasa (11) Hawa TDS (10) Lawak sikit (9) PETUA (7) Kawan (6) Musing (6) Raya (5) Rumah WM (5) Lukislah anakku (4) Nature (4) ipoh (4) Haji (3) Migraine and I (3)

12 November 2012

Rupanya tak sama goreng nasi dgn goreng bihun ...

Sejujurnya semasa Mama baru kawin ... memang tak pandai masak. Masa anak dara sunti bukannya jenis nak masuk ke dapur tolong Mak ... sampai arwah Abah tegur, baru ke dapur. Sebab Mama banyak tanya,  Mak pula jenis buat kerja bak lipas kudung, tak suka diganggu bila buat kerja ... tu yg Mak selalu suruh, "Gi baca buku dah ler. Kejap lagi siap, marilah tolong hidang ..." Skrip yg sama , diulang tayang tiap kali Mama menyibuk di dapur ... hehe. Habis2 Mak suruh kupas bawang halia, tumbuk rempah, kacau gulai di atas dapur ... takpun balikkan ayam/ikan goreng dlm kuali (tu pun asyik dok tanya Mak dah boleh balik ke tidak? ... huhu). Gitulah antara penyebab Mama tak pandai masak (+ malas, tapi sekarang pandai dah!)
.
Mottonya: sabarlah dlm mendidik anak2. Bila mereka banyak bertanya, maknanya mereka mahu tahu, mahu betul2 faham ilmu yg sedang dicurahkan ... 

Ni cerita nasi goreng pertama kali Mama masak selepas kawin:

Suatu hujung minggu suami beritahu, "Masaklah nasi goreng pula pagi ni. Asyik bihun goreng jer tiap minggu. Hari tu B bawa nasi goreng yg isteri dia buat ... sedap sungguh!" Berderau darah Mama! Huh! Rasanya semua isteri akan rasa tercabar bila suami puji masakan orang lain kan!! Begitulah Mama. Lalu dengan penuh semangat, masuk ke dapur goreng nasi buat suami tersayang. Suami siap puji 'sedapnya bau' bila bau tumisan menusuk memenuhi ruang rumah sewa pertama kami yg kecil tu ... Siap hias2 dengan hirisan timun, tomato dan daun bawang lagi ... Masa tengok rupa nasi goreng tu, wajah suami cam ada benda tak kena, tapi dia diam jer. Sebaik suapan pertama ... suami terus komen (dia ni jenis jujur, cakap tak berlapis ...), "Apasal lembik jer nasi goreng ni? Lainlah dgn yg pernah makan ... cuba rasa!" Takyah cerita apa yg berlaku selepasnya ... hahaha. (nak tau jugak? selepas hujan, mendung seharian KL ari tu ... hihi)

Besoknya masa dipejabat, Mama pun mintaklah resipi nasi goreng dari kawan Mama yg memang pakar memasak. Mintak dia ulas step-by-step cara masaknya. Sebab kita baru kawin, taklah malu sangat kan ... Selepas selsesai penerangan barulah Mama sedar di mana silapnya nasi goreng Mama semalam. Patut le, selepas tumis bahan2 tumbuk, masukkan ayam/sotong/udang  ... Mama masukkan air spt nak goreng mihun tu. Dan bila agak2 pekat kuahnya, terus masukkan nasi. Mau tak lembik kawan tu .... harharhar. Itulah ... memasak pun perlukan ilmu, bukan main taruk jer, walaupun ikut resipi. Tak sama rupanya goreng nasi dengan goreng bihun ... huhu!!

p.s. kadang2 kita perlu belajar dari kesilapan dan pengalaman ...

No comments: