Semalam ...
Kami bawa Amar jumpa doktor lain pula, setelah batuk lelahnya tak kebah2 semenjak lepas raya korban lalu. Juga kerana ubat dari doktor ke 2 dah habis dan tiada tanda2 batuk lelahnya semakin baik. Yang risaukan kami ialah bila dia mengadu sakit dada sebelah kiri. Ini doktor yg ke 3. Mengapa tukar2 doktor? Sebenarnya Amar pernah batuk lelah awal bulan Okt., dan doktor ke 2 adalah doktor yg kami jumpa setelah ubat dari doktor pertama habis dan tiada kesan. Ada keserasian! Tetapi kali ini, tak juga kebah2 ... tu yg kami putuskan jumpa doktor ke 3 pula!! Bukannya memilih doktor, tapi ... kami mencari keserasian ubat, dan kesemua doktor sependapat dia ada tanda2 lelah! Bermakna juga ... dah 9 jenis ubat dia telan (termasuk doktor ke 3 ini), yg semuanya berlainan. Dan batuk lelahnya juga macam statik aje ... bertahan!! Yang peliknya, tidur dia amat nyenyak sekali (... pun Alhamdulillah), tiada lansung gangguan dari batuk lelahnya ... seperti disiang hari. Asyik berdehem2, batuk bunyi macam angsa (kata Muaz) ... sentiasa keletihan. Yg. pasti;
~ Pantang makan minum, sudah!
~ Aktiviti fizikal ... zero!
~ Rehat ... banyak!
~ Kucing ... memang no-entry sejak dia sakit!
~ Habuk debu ... lama dah tak menyapu rumah, cuma mop aje!
~ Penyaman udara? Takder pun ...
Kini pasrah ... biarlah batuk lelahnya pergi sendiri. Pun begitu, Mama tak berdiam diri, sedang beri dia makan satu produk multivitamin khas untuk kanak2 yg ada masaalah asma dan bronkitis ... muga berkesan. InsyaAllah! Juga baru mula semalam ....
Antara aktiviti kegemaran dua beradik ni ...
Dan semalam ...
Mama berdonut lagi. Kali ni, selain donut bantal ... tambah donut sosej lak. Kebetulan ada lebihan hari tu, Mama potong dua dan belah dua sosej tu (sebab sosej tu sikit, kan berebut pulak dua beradik tu ... bila belah dua, dapat banyak sikit!) Kalau nak resipi yg Mama guna, silalah ke sini. Saja nak tayang proses donut yg buat semalam ... hehe.
p.s. lain kali nak bubuh inti sardin atau kacang merah pulak! Doh donut ni amat versatile ... boleh pelbagaikan rupa, dan rasa ... ikut selera tuannya. Kalau ikutkan Amar, semestinya curah sos coklat atasnya dan tabur chocolate rice banyak2 ... yummy!! (^_^)
Semalam juga Hari Lahir adik Mama yg berada nun di Jepun sekarang ni ... yg sedang berkursus hingga Disember ni. Mama pun hantarlah sms Selamat Hari Lahir untuknya ... dari kami disini. Dan budak 2 orang tu pun sibuklah suruh Mama beritahu Mak Langnya yg mereka akan e-mailkan beberapa contoh gambar barangan yg mereka mahu Mak Lang belikan sementelah dia berada di sana. Barangan yg made in Japan ... specially untuk mereka. One @ ... no share2. ... p.s. if you're reading this my dear Sis .. hehe!
2 comments:
Moga Amar sihat sepenuhnya.. Jaga diri baik2 ye Amar.. Kirim salam kt semua..
Amar: K.Nani, Alhamdulillah dah beransur baik. Mama janji kalu Adik sihat dpt gi jalan2 cuti sekolah ni ... :)
Post a Comment