Pages

Labels

Ceritalah (295) Me (192) diari ibu (165) Amar (77) Pesanan (74) Resipi (74) kucing (73) Kebun Biasa2 (55) Rumah Biasa2 (46) Yg Tersirat/Tersurat (38) cerita lama (21) Jalan-jalan (20) Jodoh (18) Cucu (15) 3R (14) Puasa (11) Hawa TDS (10) Lawak sikit (9) PETUA (7) Kawan (6) Musing (6) Raya (5) Rumah WM (5) Lukislah anakku (4) Nature (4) ipoh (4) Haji (3) Migraine and I (3)

20 December 2012

Pizza ... buat sendiri




Sehari sebelum keluar keputusan PMR, Muaz cam takder selera nak makan nasi. Dia minta Mama buatkan pizza jer. Mama pun dah lama juga tak makan pizza, jadi ikut ajalah kehendak dia. Nerbes nak tahu result kot!!!
Gambar di atas ialah 3 jenis pizza yg Mama buat semalam. Dengan satu adunan doh, dapat 3 pizza bersaiz sederhana  dgn 3 jenis perisa (toppings). Dari kiri, pizza kosong, dgn sapuan sos tomato dan sos cili utk rasa pedas (terhagit sikit sbb dok ralit tengok final episod Oh La La Couple! hehe. Atau mungkin suhu oven kena reduce sbb takder topping!??). Pastu tabur keju cheddar dan parmessan, tabur daun oregano kering dan serbuk lada hitam! Tak pernah buat sebelu tapi sedap juga 'plain' camni. Both of us like it n definitely masuk menu lain kali!!

Yg tengah tu, perisa ayam. Kat rumah ni, bahagian ayam yg berdaging cam dada ayam, tak laku. Selain masukkan dlm nasi/mee/mihun/sayur goreng atau sup  .. juga guna sbg inti karipap atau pizza. Potong 1 dad daging ayam kecil2, panaskan minyak zaitun, tumis 1 ulas bawang putih yg dicincang halus hingga wangi, masukkan daging ayam, sedkit air, masak hingga daging empok. Tambah garam dan oregano kering sedkit utk rasa. Masak hingga kering kuahnya.

Yg kanan sekali tu, inti daging, sama spt inti ayam, cuma Mama tambah bawang besar cincang semasa tumis serta daun basil kering. Semalam Mama guna lebihan daging burger sebab daging kisar dah habis. Sedap juga, tapi memandangkan daging burger akan keluarkan minyak dari lemak dlmnya, kena toskan daging yg dah masak hingga cam pecah minyak tu terlebih dahulu. Tos minyak tu lebihkurang 15 minit. Taklah berminyak sangat nanti.
p.s. garam tu pada2 ya, just hawa2 masin jer, sbb sos tomato dan keju pun dah masin.

Untuk 'base' pizza tu, Muaz suka yg 'sponggy dan chewy' bukan 'crusty. Resipinya;

Pizza Sponggy Mudah

230 gm gandum
1 sudu teh yis segera
1 sudu teh gula kastor
150 ml air suam + 1 sudu teh minyak zaitun

1. Ayak gandum dan masukkan semua bahan ke alam mangkuk.
(jgn letak yis bersekali dgn garam, asingkan semasa letak agar yis 'tak mati')
2. Gaul hingga jadi doh yg lemut dan sebati.
3. Bulatkan doh dan 'rehatkan' lebihkurang 45 - 60 minit/hingga doh naik 2X ganda.
(tudung bekas dgn plastic melekat)
4. Tumbuk doh dan bahagi 2 atau 3 bahagian.  Canai bulat nipis +/- 1cm tebal.
Letak atas dulang pembakar (sapu dgn lemak sayuran), cucuk dgn garfu dan
'rehatkan' lagi +/-  - 20 minit.
5. Sapu sos tomato dan tabur inti pilihan, hirisan tomato, bawang besar,
lada kapsikum (merah, kuning, hijau), nanas ... ikut suka.
6. Tabur oregano kering, keju - cheddar/mozarella/parmessan.
7. Bakar dlm oven yg telah dipanaskan 200 - 220 C, 25 - 30 minit,
hingga keju cair, kulit pizza garing.

Sekarang kalau rasa nak makan pizza, Mama buat sendiri jer. Selain jimat, inti/toppings tu, kita boleh pelbagaikan  ... ikut suka. Pedas, masam, manis, kari, rendang, veggie ... apa saja. Tak cuba tak tahu, dah cuba ... lagi mahu!!!

No comments: