Ehhh! ... anak2 mesti heran. Bila pulak Mama mereka yg dah 20 tahun berhenti kerja, tiba2 kerja. Ada ofis lagi ... Wah! Loaded lah Mama sekarang ni, takyah ler masukkan duit kat Mama lagi. Yea!!!
Dah! Jangan dok hepi2 ye. Memang Mama dah ada kerja tetap sekarang ni. Tapi hari Ahad jer. Ofis? Ada ... tu ha, meja makan cenonit kita tu. Sapa majikan? Berapa gaji? Ada bonus ke tahun ni?
Majikan ... Ayahnya
Gaji ... takder
Bonus ... tak mimpikannya!!!!
Hehe ... sebenarnya, Mama ni cuma penyimpan akaun aje. Akaun perbelanjaan bina Rumah Biasa2 kami tu ha. Mama yg insistnya, bolehlah nampak rega nak buat sebijik rumah ni. So far, dah habis dalam RM180K. Tinggal kerja2 letrik aje, anggaran RM20K semuanya. Grill RM5K ... pagar, biar dulu (huhu ... tgk ada belen tak fulus tu). Campur kos tanah, adalah dlm RM250 semuanya. Jangan tak tau, dah ada orang mintak beli, sanggup bayar RM400!! Wah! Patutlah kaya pemaju perumahan ya. Beli barang biasa2, secara borong, untung berlipat ganda! Hmmm ... sapa2 ada tanah, binalah rumah sendiri. Untung sangat, kualiti terjamin, hati pun puas.
Sebelum mula kerja, of coz mesti sarapan dulu. Pagi ni, rebus lebihan ubi kayu yg jiran beri + teh panas. Sementara kain dok memusing dlm mesin basuh tu, update blog dulu. Baru masuk ofis. Hehe ... boss sendiri, ikut suka hatilah kan!!
Gambar fail dan buku akaun yg Mama jaga. Buku nota Angry Birds tu, Amar punya. Dia taknak guna, Mama manafaatkannya. Hehe ... Dan Mama baru dapat kerja baru. Jaga akaun rumah juga. Kali ni, dua biji rumah Abang Ipar, sedang dalam pembinaan. Rumah kami dah nak siap, ganti jaga rumah dia pulak. Taklah boring sangat, otak pun bergerak ... Juga kerja hari Ahad Mama. Mengapa hari Ahad jer? (agak2 aje ini pertanyaan anak2 Mama ... ) Sebab, hari Sabtu kami lawat tapak rumah, bayar upah, tanya tukang barang2 yg perlu order, urus keperluan barang yg tukang suruh order, bayar hutang kedai tempat kami amik barang2 tu minggu sebelumnya, amik gambar (tugas Mama juga) ..... pastu, baru balik ziarahi kedua2 mak. Petang .... baru balik PMas.
Jadi ... hari Ahad, Mama pun masuk ofislah. Updte akaun, rekod dan simpan bil2 tu, kira duit baki ... betulke dgn baki awal dan belanja semalam ... Itu ajelah. Petang, hubby balik kerja, lapur kat dia (dia tak tanya pun, Mama jer yg buat2 sibuk .. huhu). Simpan dlm beg, hari Sabtu dan Ahad berikutnya pulak baru buka. Walaupun takder gaji, elaun, bonus ... Mama enjoy buatnya. It makes me feel important, satisfied and I still got a job at my age!! Haha ...
the project that will keep hubby and Mama fully occupied till end of next year. InsyaAllah. Alhamdulillah. |
No comments:
Post a Comment