Petang tadi jiran sebelah beri ubi kayu. Wah! Hujan2 begini sedap pekena ubi kayu rebus cicah kelapa parut gaul gula dan sedikit garam. Rasanya itulah breakfast kami pagi esok! Secawan kopi o panas .... fuhhh!
Ubi kayu ni mengingatkan Mama peristiwa 20 tahun lalu. Masa kami menetap di Kuantan. Masa tu Mama kerja, anak baru 4 orang, kecil2 lagi. Kami ada seorang pembantu rumah, warga Thai berusia 40an yg sangat rajin memasak kuih muih tradisional Thai. Setiap petang ada aje kuih muih yg dia sediakan. Orang biasa susah, tanah sekangkang kera belakang rumah teres kami tu dia tanam pelbagai tanaman dan sayuran spt serai, halia, kunyit, pandan, lengkuas, cili, kacang botol, bendi, betik, sawi, ubi keledek dan ubi kayu,
Suatu hari, dlm pukul 4 pagi, Cik Lah (pembantu kami tu), datang tergesa2 ke bilik kami. Hampir heart attack Mama bila terjaga dek terkejut lihat wajahnya yg memutih dgn bedak sejuk, dahlah cahaya samar2 (hihi ... lucu pulak bila teringatnya). Tak sempat menjerit sebab dia dulu yg menjerit beritahu ada orang kat belakang rumah, cuba kopak pintu belakang. Cik Lah tidur bilik belakang dan dia tersedar bila bunyi sesuatu kat tepi jendela biliknya. Terus buka jendela dan nampak orang berselimut kain pelikat dekat depan pintu belakang tu. Spontan dia sergah orang tu ... dan orang tu pulak siap bagi salam kat dia sambil cakap awalnya bangun!! Tu yg buat dia ketakutan dan kejutkan kami!
Hubby terus bangun dan buka pintu belakang (walaupun Mama jerit jangan, takut orang tu bersenjata ...). Sempat lihat kelibat dia sedang panjat pintu pagar larikan diri. Hubby yg tiba2 naik sheikh, marah lalu dgn beraninya ... terus buka grill, nak kejar orang tu. Tapi Mama sempat pegang ... manalah tahu takut ada yg lain lagi dok menunggu. Mama terus jerit "pencuri! pencuri!" dan semua jiran buka lampu dan pintu ... Tapi, orang tu dah lari dulu, tak dapat dikesan walaupun puas kaum2 lelaki kepung dan cari sekitar kejiranan tu!
Esoknya lapur polis. Polis datang periksa grill yg dah dikopak kuncinya, dan daun pintu yg ada kesan cungkil ... Pastu, polis suruh cabut pokok2 ubi kayu yg merendang tu sebab ianya antara punca dapat lindungi aktiviti mencuri. Senang nak menyorok ... Petang tu juga kami cabut pokok2 ubi tu. Banyak juga hasilnya, beri pada jiran2 ubi dan pucuknya.
Jadi, sapa2 nak tanam ubi kayu tu, tanam kat kebun ajalah. Tepi, belakang rumah ... agak bahaya, takut jadi macam kes Mama tu. Ubi keledek takper, sebab ia menjalar aje. Pokok2 bunga yg rimbunnya tinggi pun, tanam jauh2 sikit dari rumah. Jangan sampai halang pemandangan jendela dan pintu dari jiran sebelah, takut ada nanti yg dok main sorok2 kat situ, tunggu kita tidur lena ... seram bila ingatkan peristiwa tu. Itulah kenangannya berkaitan ubi kayu.
So, beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis ... Jangan sudah terhantuk baru tengadah ... Sudah kalah baru nak berkubu.
Things that happened in your life, sometimes you want to remember, share and learn from it. This is my way of saying " I've been here ..."
Pages
Labels
Ceritalah
(295)
Me
(192)
diari ibu
(165)
Amar
(77)
Pesanan
(74)
Resipi
(74)
kucing
(73)
Kebun Biasa2
(55)
Rumah Biasa2
(46)
Yg Tersirat/Tersurat
(38)
cerita lama
(21)
Jalan-jalan
(20)
Jodoh
(18)
Cucu
(15)
3R
(14)
Puasa
(11)
Hawa TDS
(10)
Lawak sikit
(9)
PETUA
(7)
Kawan
(6)
Musing
(6)
Raya
(5)
Rumah WM
(5)
Lukislah anakku
(4)
Nature
(4)
ipoh
(4)
Haji
(3)
Migraine and I
(3)
14 December 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment