Pages

Labels

Ceritalah (295) Me (192) diari ibu (165) Amar (77) Pesanan (74) Resipi (74) kucing (73) Kebun Biasa2 (55) Rumah Biasa2 (46) Yg Tersirat/Tersurat (38) cerita lama (21) Jalan-jalan (20) Jodoh (18) Cucu (15) 3R (14) Puasa (11) Hawa TDS (10) Lawak sikit (9) PETUA (7) Kawan (6) Musing (6) Raya (5) Rumah WM (5) Lukislah anakku (4) Nature (4) ipoh (4) Haji (3) Migraine and I (3)

04 May 2018

Gembiranya bila jumpa kawan2 lama ...

28 April 2018 ... hari gembira bg yg terpilih Penamaan Calun PRU14. Pun ... penentuan yg terpilih tu siapakah pilihan pengundi?? Rabu depan penentuannya. Dekat dah ...
Dan bagi para ibu seperti Mama, gembira jugak. Sebab2 anak2 balik mengundi ... cuti lama, sampai Ahad. Macam raya dah suasana ... for sure!! Kena stock barang dapur awal ... malas nak redah jam ... anak2 dah berkira2 stok untuk puasa yg nak dibawa. Nise, sambal daging, ike kering, budu ... itu antaranya. Panjang pulak intro ... hehe
Berbalik cerita hari 28/4/18 ... Mama hadiri 2 majlis Walimatulurus kawan zaman sekolah menengah dulu. Dah janji dlm Whatsapp grup, jumpa pukul 12 di majlis pertama, dan berarak dari situ ke majlis ke 2. Bertolak dari Rumah Biasa2 se awal 10.30 pagi dan dgn bantuan 'Google Maps' 100% (bukan kempen deh), kami berjaya elak jalan2 yg ditutup dan yg sesak (kerana hari Penamaan Calun PRU 14 tu) dan sampai di destinasi pertama sebagaimana yg dijanjikan. Seronoknya kami dapat jumpa kawan2 lama zaman sekolah. Diusia begini persahabatan terasa lebih erat dan bermakna. Bila berjumpa, Dato', Datin Sri, Datin, Tengku, Dr., Prof., YB., ... status nenek lagi ... hilang, lupa, tiada beza. Macam 'back to year 1977 ... happy, carefree, sporting and full of laughter' ... itu gambarannya kami ZSClass'77 bila jumpa ... setiap kali ... skrip yg sama. Dan setiap kali berjumpa, pasti ada buahtangan dari kawan2 yg baru balik dari makan angin, ziarah, umrah. Hari tu Mama dapat 4 ... seronoknya.
Ini antara gambar2 kenangan kami hari tu ...
Kenduri pertama, puteri Roslina;



Kenduri ke 2. Majlis sambut menantu putera Azizah;


Mama pula bawa anak2 lada/terung ... yg Mama cerita dlm N3 lepas.


Wajah gembira rakan2 dapat anak lada/terung yg Mama bawa ... 'sold-out' sekelip mata. Hadoi!! ... tak makan saman dah nenek2 ni. Majlis kenduri kawan pun boleh jadi pesta agih mengagih .... haha.
p.s. dah minta maaf dgn tuan tanah banyak2 sebelum bersurai 😅😅😅


Till next time dear friends.
InsyaAllah ....

No comments: