Musim periksa akhir tahun dah bermula ...
Seperti biasa, Mama yg lebih sudu dari kuahnya ... huhu
Si hero dua orang tu ... as usual ...
Esok nak periksa, malam baru serius sikit ... sikit jer
Cam semalam, Mr. Cool studi ntah sampai jam berapa
Masa Mama nak masuk tidur jam 12 tu, dia masih di meja ...
Dan Amar, jam 5 pagi ni dah bangun ... unusual!!
Bila intai, rupanya dok mentalaah .... buku penuh meja!!
Hihi ... nak tergelak ada, nak membebel pun ya
.... tu lah, suruh studi awal2 tak mau, pandai pula bangun pagi2 tu ...
Sebaik masuk subuh, solatlah dia dan fuhh! Lamanya doa ... (^__^')
Itulah gelagat hero2 Mama ... musim periksa. Script sama!!
Dek dah penghujung tahun ... Amar beritahu tak payahlah Mama beli kasut satu lagi ganti yg koyak tu ... Adik cukup satu!
Memandang hujan selalu kat sini, dan Amar suka tinggalkan kasut sekolah yg satu tu di bawah ...
Probabiliti basah dek tempias bila hujan ribut ... 100%
Puas diingatkan oleh Muaz, yg angkat kasut dia naik ke atas (Mr. Cool yg teliti dan organize) ... Amar adalah yg sebaliknya!
Tapi Mama taklah risau sangat ... sebab memang ada caranya utk cepatkan proses keringkan kasut bila lambat kering dimusim hujan. Nak tahu, jenguklah N3 Mama kat sini.
Btw ini antara amalan Mama sebelum/semasa anak2 periksa. Agar dapat jawab soalan dgn tenang dan mudah;
Sebelum:
- Dapatkan salinan jadual peperiksaan
Semasa:
1. Doakan agar anak2 diberi ketenangan hati dan kefasihan ketika menjawab soalan2.
2. Buat solat hajat dan baca Yaasin ketika anak2 sedang hadapi peperiksaan.
3. Baca Syahadah 3X, Al-Fatihah 10X, 3 Qul 1X, Al-Insyirah 1X dan Selawat 10X dan niatlah dalam hati agar Allah SNW permudahkan anak2 jawab soalan dgn tenang, yakin, lancar dan tepat.
4. Doakan anak2 agar berjaya, maafkan dan redha pada mereka dan halalkan makan minum mereka.
p.s peluk dan cium mereka + kata2 semangat sebelum mereka ke sekolah. "Doa ibu bapa bagi anak2nya ibarat doa seorang nabi bagi umatnya." (HR: ad-Dailami)
Things that happened in your life, sometimes you want to remember, share and learn from it. This is my way of saying " I've been here ..."
Pages
Labels
Ceritalah
(295)
Me
(192)
diari ibu
(165)
Amar
(77)
Pesanan
(74)
Resipi
(74)
kucing
(73)
Kebun Biasa2
(55)
Rumah Biasa2
(46)
Yg Tersirat/Tersurat
(38)
cerita lama
(21)
Jalan-jalan
(20)
Jodoh
(18)
Cucu
(15)
3R
(14)
Puasa
(11)
Hawa TDS
(10)
Lawak sikit
(9)
PETUA
(7)
Kawan
(6)
Musing
(6)
Raya
(5)
Rumah WM
(5)
Lukislah anakku
(4)
Nature
(4)
ipoh
(4)
Haji
(3)
Migraine and I
(3)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment