Amar ... cita2 dia sebelum ni ... askar
... semenjak drama Korea 'Good Doctor' ( pasal seorang pemuda austistik yg jadi 'pediatic surgeon') ...
"Mama! Adik nak jadi doktorlah!" (^_^)
'Master of Study' (pasal misi ex-student sebuah sekolah yg terkenal dgn budak2 nakal dan bodoh utk pastikan 5 pelajar berjaya masuki Universiti yg paling berprestij bg elak sekolah tu ditutup) ... buatkan Muaz dan Amar tahu pentingnya latihtubi dan peta minda ... serta benarnya pepatah 'Belakang parang diasah lagikan tajam'!
Mama suka 'The Human Condition' ... ia bagai terkena hidung sendiri kerana misi2 yg mereka perlu hadapi ... seperti hidup seminggu tanpa hp/internet/tv ... boleh ke?! Misi hidup tanpa sampah, air, duit, elektrik, kereta ... wah! Ia buat Mama berfikir, betapa kita ambil benda2 gini 'for granted' ... bersyukurkah kita dgn nikmat yg ada??!!
Itulah ... ada pengaruh tv ni. Negatif atau positif, terletak pada kita utk tentukannya. Ya! ... takleh nak elak dari nonton tv ... tengok, tengok juga ... tapi yg penting bimbing diri dan anak2 agar yg baik jadikan teladan, yg buruk jadikan sempadan ... Ketahui rancangan yg mereka suka, tengok sama2 ... sambil2 tu tanya pendapat Amar dan Muaz pada akhirnya ... kadang2 suprised dgn sinopsis mereka ... tambahlah rempah ratus garam gulanya ... buat pedoman (cam nak masak jer Mama nih ... hihi)
p.s. bila tang babak cam kiss2 dlm drama tu, cepat2 Mama tutup mata Amar dan perintah Muaz tutup mata ... haha! Itu masa Mama ada, InsyaAllah ... bila belakang kita pun, hendaknya spontan mereka tutup mata bila ada adengan2 yg patut disensor tp tv sekarang main borong tayang semua ... huhu
p.s.s. tarian2 yg provokatif, dn pakaian2 seksi @seksa mata (xkira Korea, Hindi, omputeh ...) pun sama ... Mama larang mereka saksikannya. Terpaksa didik mereka mana yg elok dan mana yg tidak ... itu jer yg dapat dibuat dlm zaman langit terbuka nih! Mereka kena belajar tapis sendiri ... menakutkan!!
Things that happened in your life, sometimes you want to remember, share and learn from it. This is my way of saying " I've been here ..."
Pages
Labels
Ceritalah
(295)
Me
(192)
diari ibu
(165)
Amar
(77)
Pesanan
(74)
Resipi
(74)
kucing
(73)
Kebun Biasa2
(55)
Rumah Biasa2
(46)
Yg Tersirat/Tersurat
(38)
cerita lama
(21)
Jalan-jalan
(20)
Jodoh
(18)
Cucu
(15)
3R
(14)
Puasa
(11)
Hawa TDS
(10)
Lawak sikit
(9)
PETUA
(7)
Kawan
(6)
Musing
(6)
Raya
(5)
Rumah WM
(5)
Lukislah anakku
(4)
Nature
(4)
ipoh
(4)
Haji
(3)
Migraine and I
(3)
No comments:
Post a Comment