Pages

Labels

Ceritalah (295) Me (192) diari ibu (165) Amar (77) Pesanan (74) Resipi (74) kucing (73) Kebun Biasa2 (55) Rumah Biasa2 (46) Yg Tersirat/Tersurat (38) cerita lama (21) Jalan-jalan (20) Jodoh (18) Cucu (15) 3R (14) Puasa (11) Hawa TDS (10) Lawak sikit (9) PETUA (7) Kawan (6) Musing (6) Raya (5) Rumah WM (5) Lukislah anakku (4) Nature (4) ipoh (4) Haji (3) Migraine and I (3)

29 October 2013

Mama! Dia lambai tu ....

Beberapa hari  lepas, kawan Mama ada 'post' dlm FBnya begini;

Lalu teringatlah Mama satu peristiwa semasa anak ke 4, Anas berusia 3 tahun. Kejadian berlaku sewaktu kami pulang ke kampung, rumah Mak Mama (kami menetap di Kuantan masa tu).
Biasalah, waktu maghrib, masing2 sibuk dgn persediaan untuk solat Maghrib. Tiba2 Anas datang pada Mama dan cakap,
"Mama! Ada orang lambai kat Adik ... kat jendela!"
Eh! Siapa pulak datang maghrib2 ni? Telah Mama dalam hati, lalu keluar ke ruang tamu dgn Anas mengekor dibelakang. Jendela masih terbuka, intai2 takder sapa2 pun!
"Takder pun Dik!" ujar Mama pada Anas.
"Tu ... ada! Dia dok sengih dan lambai2 kat Adik!" sambil tunjuk ke arah jendela yg masih terbuka.
Tiba2 aje bulu roma Mama meremang sebab bila Mama pandang pada jendela yg dia tunjukkan, memang takder apa2 ... hari makin gelap adalah! Nak gi tutup jendela tu, dah takut semacam ....
"Mama! Dia jelir lidah! Tak baik kan?"
"Rupa dia macamana?" Mama beranikan diri tanya, dah cuak dah! Tapi nak kepastian!!!
"Huduh! Hitam, ada bulu2 disemua badan dia. Mata dan lidah merah! Gigi tajam-tajam  .... kuku pun panjang dan tajam Mama! Dia lambai kat Adik, suruh gi dekat dia ... hihi!" Anas ketawa, lucu agaknya lagak makhluk Allah tu ... huhu
Mama terus tarik tangan Anas, masuk bilik  .... seluruh tubuh gementar tak terkira!! Tak tahu pulak siapa yg tutup jendelanya ... tapi lepas dari hari tu, memang Mama akan tutup semua jendela sebelum Maghrib dan pastikan anak2 dah dalam rumah semua .... serta tak biarkan anak2 yg masih kecil sorang2 kat luar sana (dlm rumah pun) ....
Patutlah orang tua2 pesan, jangan berjalan waktu maghrib, nak2 yg ada anak kecik! berhenti bermain, balik rumah semua! syaitan/hantu banyak melata, nanti kena sampuk, sorok kat dia .... beringatlah ya!!
" ..... Bahawa mereka (makhluk halus) boleh melihat kamu, sedangkan kamu tidak boleh melihat mereka ...." al-A'raf ayat 27.
Betul kita tidak boleh melihat mereka dlm bentuk asal (kerana kejadian mereka dari api), tetapi apabila mereka menjelmakan diri menyerupai rupa yg Allah SNW izinkan, i.e. menyerupai makhluk2 tertentu ... ketika itulah manusia boleh melihat mereka!!
Mereka suka ganggu kita, maka hindarilah gangguan mereka dgn memperbanyakkan ibadah seperti;
1. solat2 sunat
2. bacaan Al-Qur'an terutamanya surah al-Baqarah
3. baca ayat Qursi dan 3 Qul sebelum tidur
4. amalkan baca setiap hari, 3X selepas solat Subuh dan 3X selepas solat Maghrib doa 'hindari bahaya' yg pernah Mama sebut dlm N3 ini.
Ingatlah, makhluk halus ini wujud. Menghindarkan diri dari bahaya seharian tidak hanya cukup dgn akal, kemampuan, ilmu dan kewaspadaan sahaja ... tetapi juga disusuli dgn doa, memohon perlindungan dari Allah SNW ... yg mencipta semua mahluk didunia ini.  Maka hanya pada NYA kita memohon, mengharap dan menyerah segala urusan.
Moga bermanafaat N3 kali ini ... Insya Allah.

2 comments:

Puan FH said...
This comment has been removed by the author.
Puan FH said...

Seram sejuk baca entri makcik kali ni.. Huhu..

Macam nani.. Dulu bila terjaga tengah malam. Nani pasang surah al-Baqarah. Baru lena kemudiannya. Sekarang setiap kali nak tidur, nani pasang surah al-Baqarah. Alhamdulillah.. Memang bagus. Tenang dan lena tidurnya..