Pages

Labels

Ceritalah (295) Me (192) diari ibu (165) Amar (77) Pesanan (74) Resipi (74) kucing (73) Kebun Biasa2 (55) Rumah Biasa2 (46) Yg Tersirat/Tersurat (38) cerita lama (21) Jalan-jalan (20) Jodoh (18) Cucu (15) 3R (14) Puasa (11) Hawa TDS (10) Lawak sikit (9) PETUA (7) Kawan (6) Musing (6) Raya (5) Rumah WM (5) Lukislah anakku (4) Nature (4) ipoh (4) Haji (3) Migraine and I (3)

31 October 2013

Berani kerana benar ...

Semasa Mama bergelar siswa tahun akhir  .... pensyarah matapelajaran 'Management - Production' yg kami panggil 'Sir' seorang graduan baru lulus dari 'oversea'. Masih muda, bujang trang tang tang!! Dek usia dia juga bukanlah jauh sangat dgn kami yg dah nak grad ni ... dia pun selalu lepak dgn boys dari kelas kami. Kami juga kurang segan sili dgn dia, sebab lebih kepada 'Big Brother' hubungan kami sekelas sgn dia ... dalam dan luar kelas. Kat pekan kecil Dungun ni ... waktu itu, tentulah sunyi bagi dia yg pernah dok luarnegara, Amerika!!
Suatu hari, semasa kami belajar subjek 'Production',  salah satu contoh yg diberi oleh penulis buku, a Mat Salleh (lupa tajuk buku  ... huhu) ialah 'Rubber - Production'. Bila meneliti turutan yg diberi, kami dapati penulis telah salah mengenai turutannya ... bila kami maklumkan pada Sir kesilapan tu, Sir nafikan alasan kami. Dia berkeras supaya kami ikut aja apa yg penulis buku tu beri ... dia kan penulis buku berkaitan 'Production & Marketing' tersohor! Takkan kami budak hingusan yg belum grad nak pertikaikannya.
Kami sekelas berkeras dgn pemerhatian kami, memang sah penulis tu salah! Maka bertekaklah kami dengan Sir ... yg berakhir dgn Sir masam mencuka dan 'warning' kami kalau tak ikut teori dlm buku tu, dia takkan bertanggungjawab atasnya ... Hubungan kami sekelas dgn Sir, terjejas seketika ...
Kecewanya kami kala tu tidak terkira. Kami anak Malaysia, yg majoritinya asal dari kampung dan desa. Ada ibu ayah yg menyara keluarga dgn menoreh getah, anak2 menolong bila cuti sekolah/semester ... maka logikkah Sir lebih percaya Mat Salleh yg entah pokok getah pun tak pernah tengoknya, apatah lagi proses pengeluarannya ... dari mula toreh, pungut getahnya, proses hingga jadi getah yg kita export pada depa??!!!
Pun kedegilan kami kerana kami yakin 100% kami benar, akhirnya Sir akur ... bawa perkara itu pada pihak atasan, dan syukur ... 'Rubber - Production' sahaja akan di abaikan dari buku rujukan tu atas dasar ... fakta tidak tepat!
Tak tahulah Mama kalau penulis dimaklumkan mengenai hal ini ... hmmm ... ada masa nak cari buku tu, yg salah harus diperbetulkan kalau cukup bukti dan fakta ... lagipun getah adalah salah satu punca utama ekspot negara kita ... kita lebih pakar pasal proses pengeluarannya kan!!??
p.s. on second thoughts,  tak tahulah kalau penulis amik pemerhatian dari negara lain yg beza proses pengeluarannya atau dia ada maklum nama Malaysia dlmnya ... ishhh, lupa ... cerita 30++ lalu nih ... !!?? Tapi motif utama kat sini ialah kita harus 'Berani kerana benar' dan sebagai pelajar, jangan ikut membabi buta. Kena fikir dan faham ... kena ada rasa nak tahu dlm diri ... bukan hafal sbb nak lulus periksa aja.

1 comment:

Al-Manar said...

I enjoy reading this entry, a glance at your past, reflecting your reaction to what you believed was incorrect.

I hope you do not mind my response in English, the langguage you started blogging. And I wonder what made yyou change to BM. No I enjoy reading in whichever language as long as it is not a mixed (rojak) which I do not tolerate myself to practtice.

This is an unnecessarily long comment. Believe me,it would have been a longer one to you if only you had your email on your Profile page - which I do to allow readers to tell me off in private! So if you wish to do so for my being impertinent, you may email me - in BM, English or eeven Arabic!

Hope you would continue to write.