Things that happened in your life, sometimes you want to remember, share and learn from it. This is my way of saying " I've been here ..."
Pages
Labels
Ceritalah
(295)
Me
(192)
diari ibu
(165)
Amar
(77)
Pesanan
(74)
Resipi
(74)
kucing
(73)
Kebun Biasa2
(55)
Rumah Biasa2
(46)
Yg Tersirat/Tersurat
(38)
cerita lama
(21)
Jalan-jalan
(20)
Jodoh
(18)
Cucu
(15)
3R
(14)
Puasa
(11)
Hawa TDS
(10)
Lawak sikit
(9)
PETUA
(7)
Kawan
(6)
Musing
(6)
Raya
(5)
Rumah WM
(5)
Lukislah anakku
(4)
Nature
(4)
ipoh
(4)
Haji
(3)
Migraine and I
(3)
27 October 2013
Ulam free ...
Ulam raja, kacang botor, terung pipit dan pucuk ubi keledek .... ulam2an yg Mama petik keliling Rumah Biasa2 kami.
Ulam2 ni sebenarnya tumbuh sendiri ... kecuali keledek jer tanam, 2 ketul jer ... memang dari awal niat utk pucuknya.
Kalau nak makan ubinya, tak logik, tok rok (kata oghe Kelate) i.e. tak memadai wei kalau semai hanya 2 ketul tu kat tanah cenonet tepi rumah. Hihi ... Mama nak biarkan dia melata sesuka hatinya ... asal jgn kacau pokok avocado, nanas, dan bendi Mama udah!! Pun, Alhamdulillah atas rezeki ulam percuma dari NYA.
Dalam slot bawah sekali di pic kanan tu, yg hujung sekali tu ler pokok avocado. Mama rasa dah 6 bulan usianyanya. Pemberian adik Mama, Anum. Dia semai dari biji ... hari tu dia bawa balik bersekali dgn pokok celagi @ asam jawa yg juga disemai dia dari biji ... dan katanya pokok2 ni dlm 4-5 tahun lagi, dapatlah tengok hasilnya. Itu yg paling awallah ... kalau tak 7-8 tahun yg biasanya! Huhu ... lambatnya.
Dan Khamis lepas, mak Mama pula bawa anak pokok kelapa. Katanya jenis rendah tapi lebat buahnya .... itu kata penjual kat pasar minggu yg Mak kunjungi sebelum ke sini. TQ Mak .... (p.s. tak sempat tanam lagi! Harap hari ni Mak tak datang spotcheck .... sah dia bebel sambil cangkul tanah nak tanamnya ... ngeee)
Labels:
Kebun Biasa2
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment