Pages

Labels

Ceritalah (295) Me (192) diari ibu (165) Amar (77) Pesanan (74) Resipi (74) kucing (73) Kebun Biasa2 (55) Rumah Biasa2 (46) Yg Tersirat/Tersurat (38) cerita lama (21) Jalan-jalan (20) Jodoh (18) Cucu (15) 3R (14) Puasa (11) Hawa TDS (10) Lawak sikit (9) PETUA (7) Kawan (6) Musing (6) Raya (5) Rumah WM (5) Lukislah anakku (4) Nature (4) ipoh (4) Haji (3) Migraine and I (3)

30 October 2014

Kenduri (Bhg. II) - Syukur

Kami dari Kelantan bertolak lepas solat Jumaat (17/10/14) ke Ipoh. Konvoi 2 buah kereta (menantu dan adik). Perjalanan ke Ipoh, penginapan dan urusan semasa di sana,  'smooth sailing'  kata omputeh. Pun, kami diuji dalam perjalanan pulang ke Kelantan.
Kami bertolak dari Ipoh jam 4 ptg, hari Ahad, usai majlis perkahwinan sebelah pengantin perempuan. Terus balik kerana dua anak Mama bersekolah esok harinya. Minta kebenaran tak ke sekolah cuma utk hari Ahad. Lagipun banyak urusan yg perlu dibuat untuk majlis menyambut menantu sebelah kami Sabtu 25/10 nanti  ....
Perjalanan pulang suami ikut sama. Dia bercuti hingga Isnin  .... lega! Kami singgah sebentar di Gerik jam 6 ptg. Isi minyak kereta dan perut. Hujan renyai2 mengiringi perjalanan kami merentasi hutan disepanjang Lebuhraya Timur-Barat. Sebaik melepasi Tasik Banding, dlm kegelapan malam, malang tak berbau. Kedua2 kereta kami tidak dpt mengelak lubang yg agak dalam ditengah2 jalan. Dentuman agak kuat mengiringi sebaik kenderaan kami 'terjun' ke dalamnya. Tayar depan sebelah kiri tiba2 berbunyi semacam  ..... Masakan mahu berhenti ditengah2 hutan tebal, dlm kegelapan malam begini! Takutt!!! .... binatang liar, orang2 yg berniat jahat, dirempoh kenderaan lain kerana gelap dan bahu jalan yg sempit bukanlah kawasan yg sesuai utk berhenti .... BAHAYA!!!
Lalu kami teruskan perjalanan dgn bunyi tayar semakin kuat dan pelik kedengaran dgn setiap km .... dgn kerisauan dan macam2 yg bermain difikiran .... dgn doa2 yg tak henti2 ... dgn harapan cepat2 sampai dikawasan perhentian .... dgn harapan kenderaan menantu (yg baru dibeli, tak sampai seminggu) tiada kerosakkan yg memudaratkan .... dgn pelbagai andaian dan debaran dgn setiap detik perjalanan.
Tidak lama kemudian, kami nampak cahaya yg terang dibahu jalan. Tanpa fikir panjang, kami terus saja berhenti di hadapan mereka. Rupanya van yg membawa 7 orang pengakap terpilih dari sekolah2 seluruh Terengganu dan 2 orang guru + 1 pemandu (mereka dlm perjalanan pulang dari Jambori Pengakap Kebangsaan di Perlis, tak silap Mama), berhenti menolong penumpang sebuah kenderaan yg terjunam ke dalam parit yg agak dalam disebelah kanan jalan. Mereka sedang menunggu ambulan, polis dan 'tow truck' tiba. Alhamdulillah! Lega dan gembira tak terperi kami.

Sungguh tak diduga pertolongan dariNYA. Anak2 pengakap inilah yg bertungkus lumus (dgn bimbingan guru mereka) menolong menukar tayar yg bocor kedua2 kenderaan kami. Bila ambulan, polis dan 'tow truck' sampai, kerja2 tukar tayar dah selesai. (p.s. Syukur juga kerana pemandu kereta hanya cedera ringan dan keluarganya yg lain tidak apa2).
Sebaik selesai semua, guru mereka menolak sedikit upah yg kami hulurkan. Katanya ikhlas menolong, dan akan dicatit sbg aktiviti dan merit kpd anak2 pengakap ini. Juga pengalaman berharga buat mereka. Lalu Mama hulurkan dua bekas kek perkawinan sebagai tanda terima kasih tak terhingga kami. Allah jua yg membalasnya. Tak habis disitu, guru mereka ajak kami konvoi sekali  .... lebih selamat katanya. Bila mereka berhenti di Perhentian Puncak Titiwangsa, kami putuskan utk teruskan perjalanan. Hon pada mereka dan lambai tangan dlm kegelapan dan kedinginan malam  .... terharu seketika.
Alhamdulillah. Kami selamat sampai akhirnya jam 12 mlm. Sebaik memasuki laman Rumah Biasa2 kami, barulah Mama boleh bernafas lega seperti biasa  ....

p.s. Esoknya menantu bawa kereta ke kedai tayar. Alhamdulillah rim ok, tak apa2. Cuma tayar aja yg rosak teruk, kena ganti baru. Dan! Rupanya tayar belakang sebelah kanan pun bocor juga. Terpijak nut, entah bila  .... Memang syukur sangat2 kami tak apa2, kenderaan menantu dan adik pun tak rosak apa2  ....


No comments: