Pages

Labels

Ceritalah (295) Me (192) diari ibu (165) Amar (77) Pesanan (74) Resipi (74) kucing (73) Kebun Biasa2 (55) Rumah Biasa2 (46) Yg Tersirat/Tersurat (38) cerita lama (21) Jalan-jalan (20) Jodoh (18) Cucu (15) 3R (14) Puasa (11) Hawa TDS (10) Lawak sikit (9) PETUA (7) Kawan (6) Musing (6) Raya (5) Rumah WM (5) Lukislah anakku (4) Nature (4) ipoh (4) Haji (3) Migraine and I (3)

01 December 2014

Amar ... berkhatan

Bersunat, berkhatan  ... juga sinonim dgn musim cuti sekolah, selain dari kenduri kendara. Dan atas permintaannya, Amar sibongsu Mama akhirnya selamat disunatkan 24/11 lalu ... Alhamdulillah!
(Ayahnya sepatut balik ke P malam tu. Tapi memutuskan utk sambung cuti sehari lagi memandangkan Amar beriya2 sangat mahu bersunat awal cuti sekolah kerana dia beralasan, bulan Disember nanti mahu ke KL  ... mahu ke sana sini sebelum sekolah buka semula ... mahu warwarkan pada teman2 baiknya yg dia sudah bersunat juga, macam mereka!  .... Gerak hati dan permintaannya itulah yg membolehkan Ayahnya berada disisi ibunya keesokan pagi disaat Allah SNW menjemput ibunya, ibu mertua Mama, nenek Amar ... pergi selama2nya. Allahu Akbar. Al Fatihah!)

Bersunat ni, seperti anak-anak juga ... 5 anak lelaki ... 5 peel, suasana dan cerita yg berbeza. 
Abe - anak pertama
DiKuantan ... beramai2  .... siap dgn kompang, kumpulan silat, kenduri dan bunga manggar ... meriahnya. Waktu balik tu, masing2 pegang setin air bergas sejuk yg dah terbuka .... malam tu, mengangis sakitlah jawabnya ... ubat tahan sakit pun dah tak guna! (>_<)
Angah (arwah) ... cuti sekolah, dikampung neneknya.
5 minit sebelum Tok Mudin sampai, sepupunya yg nakal bisikkan sesuatu ditelinganya. Apalagi .... sebaik nampak Tok Mudin sampai, dia berpaut dikaki datuknya tak lepas2 sambil menangis tak mahu sunat guna GERGAJI!! Puas dipujuk semua, tak dihiraukan jugak. Songkok, sampin melayang entah ke mana. Sepupunya? ... cabut dikejar ibunya yg ada bersama! Hanya keesokannya baru sunat ... tak maklum siapa2 ... keluarga kami aja! (-__-')
Anas ... no 3, paling manja. Di Pasir Puteh, klinik swasta kawan Ayahnya. Kemain sebelum sunat canang kat kawan2, datanglah ziarah dia nanti bila dia dah jadi LELAKI!! Hihi ... doktor belum pun sentuh pun lagi, dia meraung sakit, beradoi bagai lagi! Yg Mama tunggu diluar dah kecut hati ... proses sunat yg patut sebentar, berjam jadinya .. dek dramatik sangat anak Mama yg satu ni. Doktor dah stress la bila pesakit asyik berADOI tiap kali sentuh!!! ADOI!!!
... p.s. masa suami tanya kawannya nak sunatkan Amar diklinik dia, dia cakap dia tak buat! Tapi kawan Mama cakap anak dia nak sunat kat situ minggu ni???  (O_O)
Muaz ... di Ipoh, hospital swasta. Ramainya ... kena tunggu lama. Tapi, as usual ... Mr Cool Mama ni relax aje. Takder maasalah masa sunatnya ... yg lepas tu aja. Dek tak dapat maklumat tepat, luka tak sembuh2 dan bengkak. Dah kena rujuk balik ke sana. Mujur tak apa ... Dia yg paling lama nak sembuh dan kena pantangnya. (-.-')
Amar ... siap bercakap dan ketawa masa Tok Mudin dok sunat dia. Bila Mama tanya ??? Geli katanya. Dia yg ke 3 malam tu. Mujur yg 2 sebelum dia ok., tak macam abang no 3 dia ... tidak tak tahula ....
Dah masuk hari ke 6 dah. Dah boleh pakai seluar ... Alhamdulillah!
"Ayah! Nanti dimasjid, Adik dah boleh dok depan dengan orang dewasa kan!!" (^___^)

No comments: