Pages

Labels

Ceritalah (295) Me (192) diari ibu (165) Amar (77) Pesanan (74) Resipi (74) kucing (73) Kebun Biasa2 (55) Rumah Biasa2 (46) Yg Tersirat/Tersurat (38) cerita lama (21) Jalan-jalan (20) Jodoh (18) Cucu (15) 3R (14) Puasa (11) Hawa TDS (10) Lawak sikit (9) PETUA (7) Kawan (6) Musing (6) Raya (5) Rumah WM (5) Lukislah anakku (4) Nature (4) ipoh (4) Haji (3) Migraine and I (3)

08 December 2014

PYO putus hubungan dgn anak-anaknya

Semenjak PYO putuskan untuk tidak menyusukan anak-anaknya lebihkurang 2 bulan lepas, dia buat pusingan 360 o dalam hungungannya dengan anak-anaknya. PYO memutuskan terus hubungan ibu-anak dengan anak-anaknya
Dulu, KOPI (kucing kami masa di Pasir Mas) walaupun putus susu dengan anak-anaknya, dia masih mesra dan berbaik, bermain dengan mereka.
Tapi PYO .... huhu, 'buang' terus anak-anaknya yg 5 ekor tu.
24 jam di atas rumah, boleh bilang jari dlm seminggu dia turun ke tanah.
Kalau anak-anaknya mendekati ... dia mendengus, marah, dan 'tampar' mereka jika masih tidak hiraukan amaran dia.
Kesian pulak tengok ... anak-anak yg kini 6 bulan usia, masih mahu main-main, mesra dgn PYO ... tapi PYO sebaliknya ...
DINGIN se dingin dinginnya ... langsung lihat anak-anaknya sebagai musuh!!! Tak boleh mereka dekati lansung!!!
Memang Mama rasa PYO kejam sangat! Ya lah, sebelum ni dia seekor ibu yg teramat penyayang .... sampai kurus kering badan asyik menyusukan anak-anaknya. Tak lekang jauh ... makan pun hanya bila lapar sangat ... Sampai habis luruh bulu ekornya yg lebat tu ... tak sempat nak urus diri sendiri. Kalau anak-anaknya yg tengah nakal menjauh sikit ... riuhlah dia mengiaow memanggil, memarahi anak-anaknya. Memang Mama bagi 100% markah, A  +++ pada PYO bab jaga anak-anak nih.
Jadi bila dia 'ignore' terus dan jadi tersangat 'mean' pada anak-anaknya, Mama 'frust' sangat. Banyak kali jugalah Mama marah PYO bila dia 'mengamuk' kat anak-anak dia bila mereka mahu mendekati, mahu bergurau dengan dia.
Lalu Mama google lah ... mencari jawapan. Rupanya beginilah kucing ... cara siibu mengajar anaknya berdikari setelah banyak ilmu kehidupan diajarnya kepada mereka ... (itu Mama perasan ... macam orang jgk, lucu tengok PYO leteri anak-anaknya masa mereka kecik).
Now total cut-off, no more motherly-child bond, the kittens is now 100% on their own at around 10 - 12 weeks old  (p.s. Mama yg takeover now ... huhu)
Kesian kan ... tapi itulah realiti kehidupan haiwan. Tak mustahil PYO dan anak jantannya dapat anak lain kelak!! Tapi 6 is enough ... nak 'kasi' (neutured) kesian pulak .... tapi daripada membiak tanpa jagaan sempurna (sebab ramai sangat) dan ganggu jiran tetangga ... 'kasi' ajalah pilihannya. Dilema ...

No comments: