Pages

Labels

Ceritalah (295) Me (192) diari ibu (165) Amar (77) Pesanan (74) Resipi (74) kucing (73) Kebun Biasa2 (55) Rumah Biasa2 (46) Yg Tersirat/Tersurat (38) cerita lama (21) Jalan-jalan (20) Jodoh (18) Cucu (15) 3R (14) Puasa (11) Hawa TDS (10) Lawak sikit (9) PETUA (7) Kawan (6) Musing (6) Raya (5) Rumah WM (5) Lukislah anakku (4) Nature (4) ipoh (4) Haji (3) Migraine and I (3)

20 December 2013

Betik dah berbuah ...

Musim hujan, aktiviti tanam menanam terhenti  ... yg ada pun banyak yg mati. Tomato, bendi, cili ... sejuk dan overdose air barangkali!
Menyiram pun tak perlu lagi  ... air hujan free ... hihi
Pun yg ditanam dalam pasu, masih berdiri ...
Yg baru disemai pun, dah bercambah kini ...
Mama jenguk setiap pagi dan petang hari, terapi minda lah kira ni
Memang cuti akhir tahun 2013 kali ni agak 'sejuk' ... tak ad destinasi pelancongan luar negeri kali ni ... Ayahnya 'busy'!
Anak2 ajak juga pergi, naik bas tanpa hubby ... tp Mama kesian pulak nak tinggalkan PYO sendiri dgn Ayahnya ...
Alasan jer tu ... (cinta orang tua, ginilah ...)
Opps! Dah lari tajuk  ... hahaha
Sebenarnya nak cerita perihal betik yg ditanam,kalau tak silap 5 bulan lalu sudah, dah berbuah! Seronok sungguh bila apa yg ditanam mengeluarkan hasil kan? Hasil titik peluh (berpeluhlah sangat ...) sendiri tu. Teruja! Tiap2 hari jenguk  ... Tapi dlm masa yg sama, Mama juga dok musykil ... dapatkah pokok2 yg kecik dan renek ni menampung buah2 yg makin bertambah dan membesar tu?
Apakah Mama perlu bantu dgn kurangkan jumlah buahnya? Buntu  .. sebab Mama dah lihat pokok betik jiran sebelah yg sarat dgn buah, lagi besar dan tinggi dari pokok2 Mama ni tumbang ke tanah!!
Satu lagi  ... rasanya betik ni kalau jenis yg berbuah panjang  yg saudara kami beri hari tu... (lupa pulak betik mana yg Mama semai dulu) ... ada dlm 2 kaki panjangnya, woh! mau rapat ke tanah buah tu!. Nampak gaya kena tunggu dan lihat lah baru tahu  ... Moga dapat merasa hasil betik pertama Mama tanam sendiri  ... sabar! sabar! (^__^) 

2 comments:

Al-Manar said...

Betiklah pokok yang kami mahu tapi tak pernah berjaya. Banyak yang tumbuh dari benih tapi tak mahu membesar. Satu dua yang naik ialah yang tumbuh dsendiri dicelah batu dan tempat yang kita tak mahu dia membesar. Hairan apa petuanya

muhaini said...

As-Salam Pakcik dari Al-Manar, Alhamduliilah pokok2 betik yg disemai dan tanam dikeliling rumah menjadi. Tiada petua pun, main tanam jer. Mungkin kebetulan cuaca dan keadaan tanah yg sesuai ketika tu. Cubalah lagi, InsyaAllah jadi kalau ada rezeki, sebab tengok cili yg Makcik tanam tu elok menjadi ... :-)