Resah Amar kerana cuti sekolah kali ni tidak nampak ura2 nak gi jalan mana2 ... banyak sangat ini dan itu kali ni, tak dapat kami nak janji lagi. Lalu Ahad lepas kami ke KB (itu je the best we can do for him for the time being ... sori dik), makan dan ronda2. Kami ke Parkson yg terletak bersebelahan stesyen bas KB, sebab tak pernah lagi ke sini.
Amarlah paling suka sebab tak duga akan jumpa hadiah yg dia mahu, yg Mama janji kalau dia cemerlang periksa akhir lalu. Gembira kerana ia sesuatu yg baru dan pernah jadi hobi abang2nya juga suatu ketika dulu .... kereta TAMIYA!
TAMIYA pertama Amar yg siap dipasang |
Dan ini pula trek 3R TAMIYA Amar ... hihi ... kitarsemula kotak2 tisu dan cornflakes. Nak beli yg ori, hmmm ... faham2 ajelah reganya. Walaupun kedai tu sedia trek 3 lorong secara percuma, takkan nak ke KB setiap kali nak mainnya? Pun trek ni kira oklah prestasinya .. dah masuk hari ke 4 Amar main kereta TAMIYA tu atasnya ... still standing albeit minor repairs here and there. Kotak nipis, mudahlah kopaknya ... dilekat dan sambung guna stappler dan cellotape jer ... kira oklah tu!
(p.s. ada abangnya janji nak beli trek .... jgn lupa ya!!)
Test-drive pertama ... |
No comments:
Post a Comment