Ada sebabnya Mama mahu pokok2 kamunting cina ni merimbun sebanyak2nya ... Ia memori semasa menetap di Pasir Mas. Alkisahnya, hanya dibulan2 terakhir di sana baru Mama sedar kewujudan mereka. Subhanallah, Masyaallah ... makhluk Allah yg pada mulanya Mama ingat sang lebah yg menghisap madu2 bunga kamunting cina ... tapi bila diperhati 'lebah2' tu, rupa2nya burung2 kecil, teramat kecil ... hampir tak percaya Mama ada burung2 sekecil itu dinegara kita.
(p.s. dah cuba berkali2 nak masukkan video yg Mama ambil guna hp Mama tu dlm blog ni, tapi tak dapat. Mungkin ilmu tak cukup lagi, mungkin sebab 'line tenet' yg ala2 biskut Chipsmore gitu ... ibarat menunggu buah tak jatuh Mama, tercongok depan PC, pastu cuba dgn Tab pulak, pun 2 X 5, kecewa sungguh. Dah lama Mama pasang hasrat nak 'share' video yg satu ni ... InsyaAllah akan usahakan) ... dan satu lagi, kalaulah boleh 'slowmo' video tu, pasti nampak jelas nampak burung2 tu .. yg memang teramat kecil tapi laju pergerakkannya.
Dan puaslah Mama 'google', nak tahu jenis burung cenonet tu .... yg dapat Mama telah, mungkin spesis 'Flowerpecker'. Tapi yg ni memang kecil sangat ... agak Mama dlm 5 - 6 cm je panjangnya. Tu yg tanam bunga kamunting cina banyak2 ni ... mengharap agar ianya dapat 'menarik' burung2 kecil ni ... seronok lihat makhluk ciptaan Allah SNW yg tak kisahkan kita dok ambil video mereka ... Dan setiap awal pagi dan senja, Mama pasti tak kecewa ... waktu itulah mereka datangnya.

Oh ya ... bunga kamunting cina rupanya berguna untuk merawat kencing manis dan leukemia!! Untuk maklumat lanjut, boleh singgah sini. Sebenar semasa nak buat N3 ni, puaslah Mama dok cuba ingat nama bunga yg satu ni, tapi memori Mama dah crash agaknya, tak mau ingat dia ... lalu 'google' lagi dan akhirnya dapat juga nama bunga ni ... (-_-') ... Kamunting Cina, dan juga blog Dedaun Alam ni.
No comments:
Post a Comment