Pages

Labels

Ceritalah (295) Me (192) diari ibu (165) Amar (77) Pesanan (74) Resipi (74) kucing (73) Kebun Biasa2 (55) Rumah Biasa2 (46) Yg Tersirat/Tersurat (38) cerita lama (21) Jalan-jalan (20) Jodoh (18) Cucu (15) 3R (14) Puasa (11) Hawa TDS (10) Lawak sikit (9) PETUA (7) Kawan (6) Musing (6) Raya (5) Rumah WM (5) Lukislah anakku (4) Nature (4) ipoh (4) Haji (3) Migraine and I (3)

09 June 2011

Milo ... 110306

Susahnya nak makan angin bila ada kucing. Kalau ada bibik, boleh tinggal dengan bibik! Tapi dalam kes saya, sayalah bibiknya ... huhu!! Cuti sekolah dah bermula, anak2 mula menagih janji ... Mak dia pun memang nak bercuti jugak ... yelah, asyik terperuk kat rumah.
Sudahnya Milo terpaksa ditinggalkan dengan adik di kampung. Di sini masaalah Milo bermula ...
1) Kampung adik lebih kurang 60 km dari rumah kami tapi `otw' ke destinasi percutian kami. `Advantage' utk kami, `disadvantage' untuk Milo. Sepanjang perjalanan ke sana, Milo `stress' habis. Dgn mata bulat, lidah terjelir & nafas semput2, Milo tak henti2 menjerit nak keluar. Sekejap berdiri dijendela, pastu menyorok bawah `seat' kereta, habis ruang dlm kereta dia jelajah (kecuali `area' drebar - `no entry'). Kami pun turut `stress'!! Hanya bila dah dekat nak sampai baru Milo `relax' sikit, letih agaknya ....
2) Adik & mak saya sukakan kucing, jadi `advantage' lagi utk kami, tapi ... mereka pun ada bela kucing jugak .... dlm 12 ekor!! Milo tak pernah berkongsi kasih sbb dialah satu2nya kucing kesayangan kami, seluruh perhatian hanya pada Milo. Manja & tak pernah dikurung ... `disadvantage' buat Milo.
3) Milo makan kerap dlm kuantiti sedikit dan se awal 6.00 pagi, 2 kali lg sebelum pukul 10.00 pg. Selepas tu dia akan tidur sehingga waktu makan pukul 2.00 ptg. Dan sehingga pukul 10.00 mlm bila dia akan dilepaskan keluar rumah utk aktiviti malamnya, Milo akan makan antara 3 - 4 kali lg. Tapi di rumah adik, waktu makan hanya 2 kali, pagi & mlm! dan pastinya Milo akan dikurung. `Disadvantage' utk Milo 2X!!!!
Kami tiada pilihan, Milo pun. Maka bermulalah `nightmare' bagi Milo tapi percutian yg menyeronokkan buat kami. Maaf Milo!!!
Balik dari bercuti, sebaik namanya dipanggil, Milo me`ngiow' tak berhenti, minta dilepaskan dari kurungan. Di atas kereta dlm perjalanan pulang ke rumah kami, pada mulanya Milo agak agresif jugak, ke hulu hilir dlm dalam kereta, tapi tak lama lepas itu dia hanya duduk & membersihkan badannya sambil sekali sekala meronda kawasan dlm kereta. Yg bagusnya, Milo tak menjerit pun (mungkin juga sebab malam). Dlm masa yg sama, semua orang dah keletihan selepas 4 hari  bercuti ke Dungun & Kuantan & tak sabar2 untuk sampai ke rumah. Terima kasih Milo kerana faham situasi kami & tak banyak kerenah!
Sebaik sampai, kami melepaskan Milo ke kawasan yg tidak asing baginya. Rasanya Milolah yg paling gembira kerana mendapat semula kebebasannya. Seronok tengok dia `happy' berlari & meloncat sana sini ... seolah2 berkata, "Hoorey !! ... saya dah balik. Saya bebas!!".
Pelik ... 2 - 3 hari ni, Milo manja sungguh, tak banyak kerenah & tak lekang dari sisi saya. Mungkinkah Milo takut saya tinggalkan dia lagi ..???

2 comments:

Unknown said...

sblm blk KL sempat bsalaman dgn milo...adoiii! pedih...disbbkan milo adorable cat, xpelah milo...huhuhu~

muhaini said...

Milo: meoww .. soriii