Ceita lucu kali ni, sumbernya dari kawan kpd kawan kpd kawan, kawan suami (berapa punya banyak kawan daa ...)
Al-kisah dalam sebuah negeri, dikatakan semua kaum lelaki di negeri itu takutkan bini.
Maka risaulah Al-Sultan yang memerintah kerana memikirkan keselamatan negara.
Apa tidaknya, jika ditakdirkan negara itu diserang musuh, sementara menanti para2 pejuang mendapat `lampu hijau' dari bini dulu baru boleh pergi berjuang, alamatnya .....
Maka, Sultan yang bijaksana ini pun mengeluarkan titah supaya semua para lelaki datang ke istana untuk mencari penyelesaian.
Maka berkumpullah kaum lelaki dinegeri itu. Semua hadir kerana isteri mana tidak bangga suami dipanggil Sultan ke istana.
Tanpa membuang masa, Sultan pun bertitah,
"Beta mahu kamu semua berkumpul ke dalam 2 kumpulan.
Yang sebelah kanan Beta, mereka2 yang takutkan bini dan yang sebelah kiri, adalah sebaliknya!"
Maka berduyun2lah mereka ke sebelah kanan Sultan hingga hanya tinggal seorang sahaja yang berada di sebelah kiri Baginda.
Semua kehairanan, termasuk Sultan (dalam hati ... "masih ada harapan negeriku ini")
Maka Sultan pun bertitah, "Sila datang mengadap Beta, Beta mahu bertanyakan sesuatu kepada kamu!"
"Eh! Kalau Tuanku nak bertanya dengan hamba, Tuankulah yang datang ke mari!!" jawab lelaki tersebut.
Semua terkejut dengan jawapan `berani mati' lelaki tersebut. "Waahh!" dan "Ooohh!" kedengaran dari semua yang hadir, kagum dengan keberanian lelaki tersebut, lebih-lebih lagi Sultan (dalam hati ... "berani betul `mangkuk ayun' ni!").
Maka, Sultan pun mencemar Duli turun dari takhta Baginda, dan apabila sampai ke tempat lelaki tersebut, Baginda terus bertanya,
"Wahai hamba Beta yang berani, Beta perintahkan kamu memberitahu semua yang hadir apakah gerangan rahsia keberanian kamu agar dapat menjadi contoh dan teladan kepada semua."
Dengan penuh tulus ikhlas, lelaki tersebut menjawab,
"Bini hamba pesan, jangan bergerak kemana2 selagi tidak mendapat izin dia Tuanku. Ampun Tuanku!"
kua kua kua .....
Things that happened in your life, sometimes you want to remember, share and learn from it. This is my way of saying " I've been here ..."
Pages
Labels
Ceritalah
(295)
Me
(192)
diari ibu
(165)
Amar
(77)
Pesanan
(74)
Resipi
(74)
kucing
(73)
Kebun Biasa2
(55)
Rumah Biasa2
(46)
Yg Tersirat/Tersurat
(38)
cerita lama
(21)
Jalan-jalan
(20)
Jodoh
(18)
Cucu
(15)
3R
(14)
Puasa
(11)
Hawa TDS
(10)
Lawak sikit
(9)
PETUA
(7)
Kawan
(6)
Musing
(6)
Raya
(5)
Rumah WM
(5)
Lukislah anakku
(4)
Nature
(4)
ipoh
(4)
Haji
(3)
Migraine and I
(3)
2 comments:
lawak2... hahahaha
Miss FHT
jgn percaya dah ... hehe
Post a Comment