Pages

Labels

Ceritalah (295) Me (192) diari ibu (165) Amar (77) Pesanan (74) Resipi (74) kucing (73) Kebun Biasa2 (55) Rumah Biasa2 (46) Yg Tersirat/Tersurat (38) cerita lama (21) Jalan-jalan (20) Jodoh (18) Cucu (15) 3R (14) Puasa (11) Hawa TDS (10) Lawak sikit (9) PETUA (7) Kawan (6) Musing (6) Raya (5) Rumah WM (5) Lukislah anakku (4) Nature (4) ipoh (4) Haji (3) Migraine and I (3)

30 June 2011

AWAS ...

Pagi2 dah kena `TAILGATE" ....
Setiap kali hendak keluar ke jalan utama dari kawasan perumahan kami, saya rasa macam keluar dari `pittstop F1'.  Saya sorang ke perasan gitu?? ...
Pemandu2 yg telah sekian lama memecut di jalan utama `expect' kita terus tekan pedal & pecut!!
Weh ... kereta saya kereta lama, bukan Porsche Boxter S atau Ferrari GTS maupun BMW Z4! Tekan pedal terus pecut 100 km/jam dlm sesaat ...
Tau tak! Puas saya tekan pedal ... (tak tau pulak berapa meter tu naik ~ meter rosak!!).
Ada yg Ok, ada yg marah2 ... tak cukup hon, dia `tailgate' & `spotlight' lg...
Maaf! Makcik dah kahwin, dah `warga emas' pun ... huhu!!
Tiba2 teringat peristiwa kejar mengejar 20 tahun yang lalu ...

Saya berada di depan sekali semasa lampu isyarat bertukar hijau.
Kereta belakang terus hon2 & beri `spotlight2' ...
Masa tu saya muda lagi, darah pun muda, pantang di cabar!!
Saya hulur tangan ikut jendela & tunjuk isyarat ...
Ehhh ... bukan isyarat tu!! Isyarat suruh dia lintas ikut atas!!
Apa lagi, dia pun `TAILGATE' saya ... puas saya beri ruang untuk dia melintas, tapi dia `REFUSE!'
Oooo ... nak mainlah tu (fikir dlm hati) & dah mula TAKUT!!
Saya belok kiri, dia belok kiri, saya ambil lorong kanan, dia ke kanan juga.
Jantung saya dah berdegup kencang ... saya pegang `stearing' kuat2 dan memecut ke arah Teluk Cempedak!
Silap ... TC jalan mati lo!! Otak saya ligat berfikir cam mana nak `lose maniac' ni.
Saya belok kanan ke arah Hyatt Hotel, boleh `U-turn' situ ... dia ikut rapat!
Budak perempuan di sebelah & belakang dah nak menangis ( budak praktikal, saya bawa keluar sebab nak belanja, hari akhir praktikal mereka).
Tak boleh jadi ni ... tak selesai kalau dok kejar mengejar begini.
Saya pun memberhentikan kereta di depan sebuah kedai makan (sebab ramai orang kat situ).
Saya masih di dalam kereta, kuat memegang `stearing' dan saya yakin, budak dua orang tu dengar betapa kuatnya jantung saya berdegup!
Dari cermin saya nampak dia keluar kereta, muka merah dan menuju laju ke arah kami!!
Dia ketuk cermin kereta sambil marah2...
Saya turunkan cermin perlahan2 dan tunjuk muka seposen!
`Nasib baik pompuan, kalau lelaki, AKU belasah dah. GILA ke?!!'
`Yg awak marah2 ni kenapa? Dah bagi jalan, kenapa tak lintas? Tadi macam tak nyempat2!'
'Ooo .. berani jawab yer! Dah lama bawa kereta?'
`Weh ... kita lesen PJ la..'
`Keluar! Keluar!' gertak pemuda itu.
`Woi ... apa ni? Dgn pompuan berani lah. Apa hal EO? EO ok? ... mamat ni ada kasi susah ke?' 
`Nasib baik ada orang tolong. `No next time OK'!! Huh!!' dengus pemuda tu sambil cepat2 berlalu.
Terketar2 saya keluar dari kereta, `Terima kasih Tengku! Panjang cerita ..'
'Moh masuk kedai ... `relax' dan cerita kat saya. Jgn risau, saya dah suruh orang saya ambil no. kereta mamat tu. Jom ...saya belanja hari ni!' pelawa Tengku yg baik hati.
Terima kasih Tengku kerana selamatkan keadaan. Tapi ... hari tu selera saya KO terus!!
( Nota: Tengku, kerabat Di Raja Phg selalu berurusan dgn saya semasa saya EO di Pej. Kew. Phg dulu)  
Hari tu riuh kat pejabat pasal peristiwa kejar mengejar tu!!
Balik rumah cerita kat hubby, kena marah!! Huhu ... berani sangat!


Pengajaran:
1) Jgn provokasi pemandu lelaki, lebih2 lagi yg muda!
2) Berhenti di tempat orang ramai. Lebih baik lagi, Balai Polis.
3) Mengalah lebih selamat!
4) Banyakkan bersabar semasa memandu. Ingat orang tersayang!

2 comments:

Granny Hani said...

Hani dah follow blog muni ni. sikit tak tau muni ada blog.nasib baik lah cari resipi kek..hehehe..

muhaini said...

Hani, dah lama sis tlg buka blog, tp x reti. Ni dok tgh belajar ... sila tunjuk ajar deh!