Pages

Labels

Ceritalah (295) Me (192) diari ibu (165) Amar (77) Pesanan (74) Resipi (74) kucing (73) Kebun Biasa2 (55) Rumah Biasa2 (46) Yg Tersirat/Tersurat (38) cerita lama (21) Jalan-jalan (20) Jodoh (18) Cucu (15) 3R (14) Puasa (11) Hawa TDS (10) Lawak sikit (9) PETUA (7) Kawan (6) Musing (6) Raya (5) Rumah WM (5) Lukislah anakku (4) Nature (4) ipoh (4) Haji (3) Migraine and I (3)

28 June 2011

Biar ada pengganti ...

Isteri ke 2, A, kawan saya. Isteri pertama, B, kawan kawan saya. Bak kata omputeh `It's complicated".
Bila fikir secara rasional, tak lah se `complicated' mana. Tapi, naluri wanita amat sensitif bab2 begini.
Saya dapat tahu dari A madunya sakit. Kanser dah `stage' 4. Tiap2 hari makan ubat lebih dari 10 jenis.
Saya tanya, "A gi ziarah ke?"
"Tak! B masih marahkan dia kerana merampas suaminya" lesu A jawab.
"Hubby yg cerita ya?" usul saya lagi.
A angguk. "Hubby cakap dia tak dapat datang jumpa saya sekerap dulu lg. B perlukan perhatian dia. Anak2 pun akan marah kalau ayah masih ke rumah A walhal B sakit!"
Saya kesiankan mereka bertiga. Inilah antara dilema orang bermadu/berpoligami. Bila situasi menjadi begini, biasanya salah satu pihak akan menjadi mangsa, pasti ada hati yg terluka.
A beritahu, walaupun dia faham B sakit, tapi dia kadang2 kecil hati sebab suami tidak adil dalam giliran. Dia tetap perlukan seorang bernama suami. Dia cakap, B harus faham dan ingatkan suami agar tidak mengabaikan giliran. Lagipun B ada anak2 yang sudah besar untuk menjaga dia semasa suami tiada. A kata, dia tidaklah kejam, cukuplah jika 2 hari dalam seminggu suami berada disisinya. Dia ingin merasa melayan dan memasak untuk suami!

Teringat saya cerita `Stepmom' (1998) lakunan Julia Roberts, Susan Sarandon & Ed Harris. Cerita mengenai bagaimana  seorang ibu yang cuba sedaya upaya untuk membuatkan anak2nya membenci bakal isteri (yg lebih muda & bekerjaya) bekas suaminya. Bagaimana dia berlawan dengan perasaan marah (kerana bekas suami akan kahwin lg), cemburu (kerana bakal isteri suami muda, cantik & berkerjaya) dan takut (anak2 akan menyukai wanita ini lebih dr dirinya), hinggalah dia mengetahui bahawa dia menghidapi kanser peringkat akhir. Ketika ini, dia sedar bahawa apabila dia tiada nanti, tentulah dia mahukan anak2nya dijagai oleh seorang yg dia kenali & percayai. Maka dari sini dia belajar untuk menerima takdir & mengenali wanita baru dlm hidup suaminya, yg juga bakal emak tiri anak2nya. Bak kata pepatah, `Tak kenal maka tak cinta'. Akhirnya, dia pasrah bahawa pilihan bekas suaminya adalah tepat untuk menggantinya nanti dan menerima keadaan seadanya.

Alangkah indahnya sekiranya B dapat menerima A setelah sekian lama. Lagipun B sakit, maka tentunya dia perlukan banyak rehat. Molek benar jika B benarkan anak-anaknya yang masih bersekolah (A adalah guru mereka sebelum jadi ibu tiri mereka) rapat dengan A. A (masih muda lg, lewat 30an) dapat membawa mereka berjalan2 dan bersiar2, dalam masa yg sama menghilangkan sunyi A (yg tidak mempunyai anak). B (50an) dapat berehat & tenangkan hati kerana anak2 ada guru/ibu tiri yg menyayangi mereka. Kalau apa-apa berlaku kelak, anak-anak sudah ada tempat menumpang kasih! B perlu tahu hakikat ini dan A harus sedia memikulnya.
Tapi ... siapakah yg akan memberitahu mereka semua ini?
Saya? Kawan saya? Suami saya kepada suami A?
Maaf ... saya tiada jawapan!!
(-_-')

Berkata Imam Ghazali r.a., bermula sabar atas kesusahan beristeri dan kesakitannya yg disakiti oleh isteri itu adalah setengah dari syarat kahwin. 

Sabda Nabi s.a.w. bahawa; `Barangsiapa suami yg bersabar di atas kelakuan & sakit serta kepayahan yg dilakukan kepadanya oleh isteri & anak2nya, maka Allah berikan kepadanya pahala sebagaimana pahala Nabi Ayub a.s. dan barangsiapa pula isteri2 yg bersabar apa yg dilakukan oleh suaminya, maka Allah berikan kepadanya pahala Asiah isteri Firaun'.

Dan dalam satu riwayat, sabda Nabi s.a.w. maksudnya,"Orang yg baik di antara kamu ialah orang yg baik perangainya kpd isterinya. Akulah orang yg paling baik terhadap isteriku."




5 comments:

Unknown said...

like

muhaini said...

Miza, tq.

Hasbiah said...
This comment has been removed by the author.
Hasbiah said...

Cerita saudara saya yang bermadu (isteri kedua) pula saya kagumi, kerana boleh berkongsi bilik dengan madu (tinggal bertiga) semasa mengerjakan fardhu haji. Baru-baru ni sekali lagi pergi umrah dan tinggal bersama. Tapi madunya memang sejak dari awal lagi memilih dia sebagai isteri kedua suaminya. Dalam hati, tertanya-tanya juga, boleh kah kita buangkan perasaan yg satu itu?

muhaini said...

Yah, itulah nama manisnya madu ... bila semua pihak faham agama, segalanya akan lancar. Tapi bg yg masih lemah like me, `easier said than done' ... mintak2 jauh!! hehe ..