Pages

Labels

Ceritalah (295) Me (192) diari ibu (165) Amar (77) Pesanan (74) Resipi (74) kucing (73) Kebun Biasa2 (55) Rumah Biasa2 (46) Yg Tersirat/Tersurat (38) cerita lama (21) Jalan-jalan (20) Jodoh (18) Cucu (15) 3R (14) Puasa (11) Hawa TDS (10) Lawak sikit (9) PETUA (7) Kawan (6) Musing (6) Raya (5) Rumah WM (5) Lukislah anakku (4) Nature (4) ipoh (4) Haji (3) Migraine and I (3)

26 June 2011

Kita orang SEDERHANA!! ...

Semalam Amar balik dari bermain di rumah jiran,
"Mama .. Adik dah balik!" & meletakkan sesuatu atas meja.
"Eh ... Cik Su beri ke `cococrunch' ni?"
"Adik mintak .. Adik cakap `cococrunch' yg Mama beli tak sedap!". 
Huhu ... (~_~')

Pernahkan ANDA alami adegan seperti di atas?
Pernah ya!!
Saya? 
Dah banyak kali dah (sebut ala Mail dlm Upin Ipin)
Lagi ramai anak, lagi banyaklah adegan `dimalukan' dan `rasa nak ghaibkan diri masa tu jugak'!!
Biasanya berlaku ketika usia mereka sebaya Amar, 
antara 6 - 9 tahun:

Along & Angah pergi bermain rumah jiran, pastu bawa balik sepinggan mihun goreng.
Besoknya, saya ucap terima kasih kat jiran.
Dia beritahu Si Along cakap " Sedapnya bau ... Mama tak pernah masak macam ni!..." 
Oh! Anak2 ku ... 
(-_-')

Si Anas ( yang rajin me`momen') tu lagi `best!
Masa beratur nak beli sate kat pasar tani (Kuantan).
"Anas nak sate ayam ke sate daging?"
"Mama!! ... tak nak sate ayam. Anas nak sate AYE ...!!"
(T__T)

Muaz?
Di depan sebuah restoran `pizza' yg ternama,
"Ayoh ... tak payahlah makan kat sini. 
Mahal ... membazir. Kita bukan orang kaya,
kita kan orang sederhana ..."

Ketahuilah, Anak Kita Adalah Diri Kita.
Sedikit sebanyak anak kita mewarisi sifat, perangai dan perwatakan kita.
'Di mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi'
Selain didikan kita, mereka juga belajar dari apa yang mereka lihat dan dengar disekeliling mereka.
Kanak-kanak ketika usia begini jujur dan ikhlas dengan perasaan mereka.
Maka, pupuklah sebaik mungkin kerana mereka adalah waris dan penyambung zuriat kita.
Pilih antara `Tanam Padi' atau `Tanam Lalang'?

Firman Allah:
"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata,
'Kami beriman', sedang mereka tidak diuji?"
(Al-Ankabut:2)
Firman Allah lagi:
"Selamatkanlah dirimu dan ahli keluargamu dari api neraka..."
(At-Tahrim:6)

2 comments:

Wan Meiji said...

huhuhu...sorry mama. he3~

muhaini said...

tk buat Abe & adik2 kerana menyerikan hidup mama & ayah. LOL..