Pages

Labels

Ceritalah (295) Me (192) diari ibu (165) Amar (77) Pesanan (74) Resipi (74) kucing (73) Kebun Biasa2 (55) Rumah Biasa2 (46) Yg Tersirat/Tersurat (38) cerita lama (21) Jalan-jalan (20) Jodoh (18) Cucu (15) 3R (14) Puasa (11) Hawa TDS (10) Lawak sikit (9) PETUA (7) Kawan (6) Musing (6) Raya (5) Rumah WM (5) Lukislah anakku (4) Nature (4) ipoh (4) Haji (3) Migraine and I (3)

27 June 2011

KEK COKLAT

Nak kongsi resepi pulak. Resepi ni adalah hasil gabungan beberapa resepi kek coklat.
Akhirnya dapat resepi yg paling senang dibuat & sedap i.e. selepas beberapa kali `trial & error'.
Resepi yg dipaparkan ini telah mendapat kelulusan & pengiktirafan `SEDAP & MENJILAT JARI'.
Siapa lagi kalau bukan `juri' saya, MUAZ & AMAR!!!.
CUBALAH ... kalau tak sedap, salahkan Muaz & Amar!! Hehe ... (^_^)


KEK COKLAT LEMBAP

Bahan A - Ayak bersama.
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh serbuk penaik (baking powder)
3/4 cawan serbuk koko

Bahan B
1 1/2 cawan gula kaster
1/2 cawan gula perang 
*(boleh guna 2 cwn gula kaster jika tiada gula perang)
1 cawan air panas + 1 sudu makan Nescafe
1 cawan yoghurt `natural'/coklat
2 biji telur (3 biji jika saiz kecil)
1 sudu teh esen venilla
1/2 sudu teh garam

Bahan C
1 cawan minyak jagung

1. Panaskan ketuhar, 180o C, gris tin pembakar & alas dgn kertas kek (supaya senang dikeluarkan).
2. Campur semua bahan B ke dalam bekas & kacau hingga larut.
3. Perlahan2 masukkan Bahan A dan Bahan C berselang seli. Kacau rata.
4. Tuang ke dalam tin pembakar & bakar 45 - 50 minit atau hingga masak.
5. Sejukkan dahulu di dalam loyang selama 10 - 15 minit.
5.  Keluarkan dari tin & sejukkan atas redai kek sebelum di hias dengan `topping' kesukaan.


Nota Tambahan:
a) Tanpa `topping' kek ini sedap dimakan bersama aiskrim (vanilla, strawberry, ikut suka!).
b) Nak kukus pun boleh. Pastikan kukusan di panaskan terlebih dahulu dan di alas `aluminium foil'. Kukus selama lebih kurang 11/2 jam. p.s. Saya pun tak cuba lagi ... (~_~')
c) Resepi `topping' kesukaan saya;
1/2 cawan serbuk koko 
1/2 cawan susu pekat 
1 susu makan minyak jagung.
Masak di atas api yg kecil & kacau hingga likat. (Kacau sokmo takut hangit!!). 
Angkat & tuang atas kek. Hias ikut suka!

`BON APPETIT'

2 comments:

Hasbiah said...

Muni, terima kasih banyak. InsyaAllah akan cuba satu hari nanti. Biasalah, resepi bukan main banyak lagi, tapi nak mencuba tu liat sikit, hehe... by the way, congrats on your blogs, enjoy reading it and you've great talents : writing, cooking etc... keep it up, dear!

muhaini said...

T.Kasih banyak2. Cubalah kek tu, gerenti org x caya Yah yg buat, mcm kat kedai ... hehe!!