Pages

Labels

Ceritalah (295) Me (192) diari ibu (165) Amar (77) Pesanan (74) Resipi (74) kucing (73) Kebun Biasa2 (55) Rumah Biasa2 (46) Yg Tersirat/Tersurat (38) cerita lama (21) Jalan-jalan (20) Jodoh (18) Cucu (15) 3R (14) Puasa (11) Hawa TDS (10) Lawak sikit (9) PETUA (7) Kawan (6) Musing (6) Raya (5) Rumah WM (5) Lukislah anakku (4) Nature (4) ipoh (4) Haji (3) Migraine and I (3)

20 June 2011

Ladybird yg buat ...

Pada usia 4 tahun, Amar memang `cute' (semua ibu akan kata gitu ... hehe) tetapi perasaan ingin tahu, suka mencuba dan meniru kerapkali menjerumuskan dia ke dalam masalah.

Ladybird yang buat  ..!!
Suatu hari Amar telah menyebabkan tali sandal kakaknya putus. Cepat-cepat dia letak sandal tersebut ditempatnya. Bila kakaknya bertanya siapa yang putuskan tali sandalnya,
"Ladybird yang buat ...!!" jawab Amar. 
"Siapa..???" tanya kakaknya sekali lagi. 
"Betul ... adik nampak Ladybird yang buat!!" bersungguh-sungguh dia menjawab.

Semut merah yang gigit ..!!
Sambil menangis Amar menghulurkan jari tangannya yang berdarah, luka macam kena benda tajam.
Selepas membersih dan membalut lukanya, saya juga dapati sebahagian rambutnya juga seperti kena cukur.
Lalu saya bertanya kepadanya macamana boleh luka dan siapa yang cukur rambutnya. 
Spontan dia menjawab, "Semut merah yang gigit ..."
Bila saya tanya sekali lagi untuk kepastian, jawapannya tetap sama,
"Semut merah yg gigit!!".
Di biliknya saya jumpa pisau cukur (kepunyaan ayahnya) beserta rambut bertaburan di atas katil...
Pernah alami kejadian seperti ini?
Hehe ...kerana takut dimarahi, Amar telah memberikan alasan yang amat lucu dan tak masuk akal. Pada pandangan kanak-kanak di usia 3 - 5 tahun, `ladybird' dan `semut merah' adalah dua serangga yg ganas pada rupa dan amat tajam giginya.

Bukan niat mereka untuk berbohong ataupun menipu, tetapi hanya bertujuan untuk memberikan penjelasan kepada bagaimana perkara itu berlaku. Kanak-kanak di usia ini tidak dapat membezakan antara realiti dan khayalan. Bagi mereka, yang penting kita tidak marahkan mereka. Kalau kita marahkan mereka kerana berbohong pun, mereka tetap akan beri alasan yang sama, lebih kuat mempertahankan alasan mereka!!. 

Pada insiden pertama, kami cuma ketawa kerana lucu mendengar alasan beliau, tapi bila ianya berlaku lagi, dan membahayakan dirinya, pada Amar saya katakan dengan tegas,
"Mama tak kisah siapa yang gigit rambut Adik, semut merah ke, Ladybird ke, apa ke. Allah tak suka orang berbohong dan ambil barang orang tanpa izin. Berdosa!! Ayah dan Mama pun tak suka." 

Beritahulah mereka kesalahan mereka dengan jelas dan tegas dan tanpa memalukan mereka. Insyaallah mereka akan faham dan ingat. Seperti orang dewasa, kanak-kanak pun ada perasaan malu dan maruah. 
Dan jika pada suatu hari mereka cakap perkataan &%##!! (tuut...). Ingatlah, mereke hanya meniru apa yang mereka dengar ... dari kita orang dewasa, kawan, TV!! Beritahu mereka, "Cakap benda tak elok, maknanya tak bersyukur dengan nikmat mulut yang Allah beri!".

Firman Allah: "Sesungguhnya harta benda dan anak-anakmu itu hanyalah menjadi ujian, dan disisi Allah jualah pahala yang besar". (At-Taghabun:15)


No comments: