Pages

Labels

Ceritalah (295) Me (192) diari ibu (165) Amar (77) Pesanan (74) Resipi (74) kucing (73) Kebun Biasa2 (55) Rumah Biasa2 (46) Yg Tersirat/Tersurat (38) cerita lama (21) Jalan-jalan (20) Jodoh (18) Cucu (15) 3R (14) Puasa (11) Hawa TDS (10) Lawak sikit (9) PETUA (7) Kawan (6) Musing (6) Raya (5) Rumah WM (5) Lukislah anakku (4) Nature (4) ipoh (4) Haji (3) Migraine and I (3)

19 June 2011

ABOH

"Kalau dapat No.1, Aboh beli basikal!" 
Aku belajar berusaha tangga kejayaan. Tiada perkara mudah dlm dunia ini. Untuk dapatkan sesuatu mesti berusaha dan  alangkah manisnya apabila berjaya.

"Suka tak basikal ni?"
Saat ini aku belajar janji mesti ditunaikan.Ya ... aku berjaya dapat no.1 dlm peperiksaan akhir Darjah 3 dan Aboh mengotakan janjinya. Akulah budak yang paling bahagia ketika itu.

"Gatih kuat sikit, Aboh kat belakea ni .."
Aku belajar percaya pada diri sendiri. Itulah kata2mu semasa kau mengajar aku menaiki basikal pertama ku, padahal ketika itu kau telahpun berhenti memegang belakang basikalku dan hanya memberi dorongan dari jauh. Bila ku dengar sayup jauh suaramu, aku terus hilang imbangan dan jatuh. Tapi selepas mencuba berkali2 kali, dgn semangat `boleh'mu, aku akhirnya berjaya dalam hari yg sama ...

"Semaye dulu2 ..."
Aku belajar utamakan ibadah dan solat awal waktu ketika berusia 11 tahun. Masih terngiang2 suara Aboh mengingatkan kami supaya solat sambil memulas telinga aku dan adik ke 2 ku kerana masih leka merakam nyanyian kami pada saat azan magrib berkumandang.  Semasa kami sedang solat, adik ke 3 yg nakal telah memainkan semula perakam suara yg turut merakam suara Aboh memarahi kami ala lagu `Ayam dipaleh ..' (yg sedang kami dendangkan ketika itu). Rasanya solat kami tak kusyuk ketika itu kerana menahan ketawa ..

"Nah ... diari untuk Nor"
Aku belajar menulis dan mencurahkan segala rahsia dan pengalaman suka dukaku pada sebuah diari di hari lahir ku ke 12. Cara berkesan untuk mencurah perasaan tanpa prejudis dan juga menjadi seperti Aboh, mempunyai sebuah diari diri!! (sehingga kini aku masih setia menulis diari ... seperti Aboh, hingga akhir hayat nya)

"Tu bas dah mari, sapa tepat hok Aboh oyak sokmo2 tu, turun!"
Aku berlajar berdikari & tabah pada usia 13 tahun. Pengalaman pertama menaiki bas seorang diri dari Machang ke K.Bharu. Takutnya aku ketika itu usah cerita, nak menangis pun ada, tetapi aku kuatkan semangat. (Patutlah Aboh tak hantar dengan kereta tetapi dengan bas semasa setiap kali menghantar aku ke asrama, rupanya dia sedang mengajar ku berdikari!).


"Nor, Aboh & Mok hadiahkan cincin `pengikat kebebasan' sempena hari lahir ke 21. Ingat, kita org perempuan Islam, org Melayu ..bukan omputeh yg dpt kebebasan bila 21"
Aku belajar had kebebasan sebagai seorang perempuan Islam Melayu. 

"Beringatlah ... KL tu ramai buaya, buaya darat!!"
Aku belajar erti kasih seorang ayah!!.. Aku mula mengerti betapa hebat kerisauan seorang bapa takkala melepaskan buat pertama kali, anak perempuannya merantau mencari rezeki, jauh dari radar jagaan dan pantauannya. 
Begitulah juga pada saat aku akan bergelar seorang isteri, melepaskan aku dari jagaan dan kasih sayangmu kepada lelaki lain. 
Dan pada kali pertama dan setiap kali aku akan bergelar ibu, doamu tidak pernah putus.

Aboh, 
Nor harap Nor telah menjadi seorang anak yang baik semasa hayatmu. 
Semoga Allah ampunkan semua dosa Aboh 
dan  tempatkan roh Aboh disisi orang-orang yang beriman.
Semoga Aboh bahagia dan damai di sana.
Terima kasih untuk segala-galanya. Nor sayang Aboh.

(sesiapa yg baca blog ini, dapatlah kiranya sedekahkan Al-Fatihah buat arwah ayah saya. Terima kasih)

4 comments:

Unknown said...

Al-Fatihah
menyentuh perasaan T_T

raihan said...

Al-Fatihah.tersentuh perasaan bila habis baca.Tang dpt cincin tu,sukanye kalau dpt mcm Muni.Hadiah b'day yg penuh simbolik.Bijak sungguh cara parent Muni nk mengingat2kan dn menasihati anak daro yg sudah dewasa dgn mnghadiahkan sebentuk cincin.tengok cincin d jari,teringat nasihat aboh dn mok.betul tak Muni?Bagi Han rasa kurang sngt.dua2 ayoh dn mok dah berpuluh tahun mninggalkn kami.tak ada pluang lansung nk mrayakn hari ibu atau bapa(mklum dulu mana ada hari ibu,hari bapa)mcm kwan2 selalu buat; mnghadiah ssuatu utk ibu ayah.makan besar d restoren.Tapi pujuk hati ni, masih blum terlewat utk brbkti pd mereka slagi hayat masih ada,Ayat-Ayat Al-Quran tak putus2 d hadiahkn utk mreka brdua.Al-Fatihah

muhaini said...

Miza,
t.kasih. tanda kasih tu kdg2 dlm pelbagai bentuk bukan hanya ucapan ..

muhaini said...

Han, t,kasih. Jgn putus hadiahkan mereka berdua ayat2 suci Al_qur'an & doa. Bertuah ibubapa Han dapat anak yg solehah.