Pages

Labels

Ceritalah (295) Me (192) diari ibu (165) Amar (77) Pesanan (74) Resipi (74) kucing (73) Kebun Biasa2 (55) Rumah Biasa2 (46) Yg Tersirat/Tersurat (38) cerita lama (21) Jalan-jalan (20) Jodoh (18) Cucu (15) 3R (14) Puasa (11) Hawa TDS (10) Lawak sikit (9) PETUA (7) Kawan (6) Musing (6) Raya (5) Rumah WM (5) Lukislah anakku (4) Nature (4) ipoh (4) Haji (3) Migraine and I (3)

13 June 2011

Bila Cuti Sekolah ... Jun


Cuti sekolah kali ini anak ke 3 (satu2nya anak perempuan kami) yg bekerja di Dungun pulang. Pada hari dia hennak hendak pulang ke Dungun, kami buat keputusan untuk hantar dia ke sana. Dari situ, kami akan ke Kuantan, destinasi percutian kali ini. Dari P.Puteh, kami ikut jalan pantai : Jerteh ~ Penarik ~ K.Terengganu ~ Dungun. Lebih santai dan tak banyak kenderaan. Kami bermalam di rumahnya, dan keesokan paginya, kami sarapan pagi di Paka. 

Nasi dagang dan nasi minyak Terengganu adalah satu kemestian. 
Sedappp ...


Kami singgah sekejap menikmati suasana pagi di Pantai Kemasik. 
MasyaAllah ... sungguh indah ciptaan Mu!! 


Memasuki daerah Kuantan, lapar pulak. Singgah beli satar di Cherating.


Di Kuantan, anak sulung & menantu dari KL sudah menanti.
Penginapan kami di Kuantan ~ Tembeling Resort, Taman Teruntum.
Nyamannya angin Laut Cina Selatan ...


Sebelah malamnya, BBQ di rumah adik, Taman Indera Mahkota.


Besoknya kami keTanjung Lumpur untuk sarapan pagi sebelum meneruskan perjalan ke Gambang. Sebenarnya, inilah destinasi utama Bukit Gambang Waterpark (menunaikan janji dgn anak2). Bukan main seronok lagi mereka walaupun penuh sesak dgn pengunjung2 sempena cuti sekolah!! Hendak beli tiket saja kena beratur hampir 45 minit ....!!!


Petang yg sama, kami bertolak pulang sekitar jam 6.00 ptg. Anak menantu dari KL juga ikut bersama, konvoi dan sekali lagi bermalam di rumah anak, Dungun. Keesokan pagi kami bertolak pulang ke Kelantan, juga melalui jalan pantai. Kami singgah rehat di Penarik dan selamat sampai jam 7.00 malam. Alhamdulillah ...

Pantai  di Penarik
(salah satu drpd pantai2 yg indah di Terengganu)


Jika ada sumur diladang,
Boleh kami menumpang mandi,
Jika ada umur yg panjang,
Insyaallah, boleh kita kembara lagi!!

No comments: