Yg 'best'nya ... ia jawatan tetap & tak perlu pencen2, hingga ke akhir hayat.
Tapi ... yg tak 'best'nya, ia tiada gaji!!!! Mungkin ada elaun atau imbuhan, tapi gaji tetap ... Maaf, tidak pernah diujudkan oleh siapa2!!
Dan yg menjawat jawatan ini pun, tak pernah meminta ...
Dan, menambah 'hairan bin pelik' ... jawatan inilah yg paling banyak yg menjawatnya ...
Seantero dunia ... utara selatan, timur dan barat. Kutub utara & kutub selatan pun ada!
Tak betul ke mereka2 ini?? Dahlah kerja percuma, tak dibayar gaji ... tak minta upah lagi!!
Hmmm ... mungkin mereka2 ini orang2 yg teramat mulia & baik hati, atau pun dah teramat kaya ... atau ..... (tak sanggup nak menyebutnya). Tak baik kata orang .....
Sebenarnya ... jawatan inilah yg paling MULIA!!
Di iktiraf di dunia, lebih2 lagi di akhirat ... dan hanya boleh dijawat oleh kaum WANITA sahaja!!
Allah SNW meletakkan mereka2 ini di carta no. 3 yg perlu dihormati, selepas Allah SNW & Rasullullah SAW ...
Hebat bukan ... Raja & Menteri pun kalah. Raja & Menteri pun kena hormat padanya.
Dah boleh teka ya??? (^_^) atau masih 'blur'???
OK lah ... jawatan yg saya maksudkan ialah .... I B U!! Dan ianya khusus untuk kaum wanita sahaja. Tidak perlu saya huraikan tugas2 se orang ibu & bagaimana dia melaksanakannya. Semua penilaian ke atas prestasi perkhidmatannya selama bertugas, boleh dibuat sendiri oleh anak2nya (anda, saya). 'Final Assessment' serta balasan, sudah tentu oleh Allah SNW (Yg Maha Mengetahui).
Tapi, nak uar-uarkan di sini, buat pengetahuan para penilai (anak2 lah tu) ... ketahuilah bahawa ganjaran/hadiah yg paling ibu mahu ialah perhatian & kasih sayang anak2 (+ menantu + cucu2). Bagaimana?
~ selalu2 lah pulang ke desa menjenguknya (dgn kapal terbang ke, MPV/SUV yg lawa2 tu, nak ibu merasa menaikinya),
~ selalulah angkat smartphones anak2 yg canggih manggih tu, hubungi ibu bertanya khabar ...(p.s. belilah utk ibu satu, boleh 3G dgn cucu2).
Senangnya untuk membahagiakan hati seorang ibu.
(p.s. kalau nak beri apa2 ganjaran lain padanya, terpulang ... mesti ibu suka kan!!! Uhukkk Uhukk ... maaf tebatuk pulak pagi2 ni).
(p.ss. tiba2 dtg ilham ini, mencurah2 seperti hujan diluar sana ...)
No comments:
Post a Comment