Senario 1
Seawal pukul 4.00 pagi, suami dah bertolak ke Dungun. Bukan 'outstation' ... tapi hantar kereta. Hantar kereta?? Kalau anda tertanya2 apakah kereta itu kereta mewah 'limited edition' yg hanya ada pakar di Dungun? Salah tekaan tu ... Suami hantar kereta kepada anak perempuannya yg bekerja di Dungun. Kereta biasa2 ... kereta saya (uwaaa ....!!!). Agaknya dah sampai pun. Nanti dia balik dengan bas ...
Itulah kasih ayah!!!
Senario 2
Masa saya masih kerja kat Pahang dulu, saya dikenali dgn singkatan jawatan saya 'EO'. Kalau orang sebut nama saya, ramai yg tak kenal .... tapi bila sebut EO, semua orang kenal!
Pejabat telah anjurkan satu kursus selama 2 hari di Lanjut Beach Resort, Rompin. Saya berkongsi satu chalet dengan salah seorang kakitangan saya. Waktu lapang yg terluang selepas makan malam, memberi saya peluang untuk mengenal hati budi 'staff' saya ini dgn lebih dekat (saya ada hampir 100 orang kakitangan). Suatu malam dia bertanya,
"EO masih ada kedua2 ibubapa?"
Saya jawab ya, dan ajukan soalan sama buat dia. Dengan perlahan dia menjawab,
"Ibu dah lama meninggal dunia, semasa melahirkan adik bongsu, anak ke 10. Ayah masih ada".
Belum sempat saya bertanya lagi, dia menyambung tanpa diminta,
"Mesti EO ingat Ayah saya kahwin lagi selepas tu kan?".
Telahan yg tepat. Lalu dia menceritakan bagaimana Ayahnya menolak saranan saudaramara/rakan agar berkahwin lagi. Ayah kasihankan kami yg masih kecil terutama adik bongsunya yg masih bayi. Dia masih ingat bagaimana Ayahnya bangun seawal pagi untuk siapkan sarapan & keperluan sekolah kami. Kemudian dia akan hantar kami menaiki bas sekolah. Kemudian dia akan uruskan adik bongsu dan hantar kepada jiran sebelah rumah sebelum bergegas ke tempat kerjanya. Sebaik balik dari sekolah, makanan tengahari telah tersedia (Ayah balik hantar) dan abang2 akan pastikan agihan kerja yg telah Ayah tugaskan dilaksana. Malam, Ayah masak sendiri dan duduk disisi kami semasa kami siapkan kerja sekolah. Menjadi anak2 yg tiada ibu menyebabkan kami cepat dewasa, berdikari & patuh (kerana kasihankan Ayah).
Sambungnya lagi, "Bila kami meningkat dewasa, Ayah masih begitu juga. Menolak pelawaan untuk kahwin lagi ... Kalau dulu alasan Ayah, dia tidak mahu anak2 kehilangan kasih Ayah pula, anak2 rasa sedih & terabai, kini dia sudah selesa dan sudah terbiasa dgn kehidupanya sekarang. Lagipun anak2 dah besar, tidaklah sesusah dulu lagi".
Bila adik bongsunya selamat diijabkabulkan , Ayah yg dah pencen tinggal seorang diri dirumah. Hanya hujung minggu menyaksikan rumah riuhrendah dengan anakcucu yg sentiasa menziarahinya. Hari2 yg selebihnya, Ayahnya isi dgn ke surau berdekatan, berkebun, pelihara ayam itik dan kambing. Puas dipujuk dia agar kahwin lagi, sekurang2nya ada peneman hidup dan menjaga makan pakainya. Tapi begitulah Ayah, hanya senyum tanpa apa2 respon.

Sebak saya mendengar pengorbanan seorang ayah. Diakhir cerita, Mathom (nama 'staff' saya ni) beritahu dua bulan lepas, akhirnya Ayah bersetuju untuk dijodohkan dengan seorang saudara yg juga telah lama kematian suami (anak2 wanita mulia ini juga setuju). "Alhamdulillah, saya gembira kerana melihat Ayah bahagia kini!".
Saya pun!! Moga Allah memberkati & membalas pengorbanan Ayah semulia ini ... Aminn
Saya pun!! Moga Allah memberkati & membalas pengorbanan Ayah semulia ini ... Aminn
No comments:
Post a Comment