Semalam menyaksikan Amar & Muaz di kerah 'Kak Ros' (gelaran buat kakak mereka, sebab garang mcm Kak Ros dlm Upin & Ipin) basuh bilik mandi. Mula2 mereka memprotes sakan,"Kalau Kak Ros balik mesti kena buat kerja!!" tapi selepas itu senyap semacm budak dua orang tu dalam bilik air. Apabila bau wangi menerjah seluruh rumah, bertempik 'Kak Ros' bila lihat pencuci lantai hanya tinggal 1/2 botol. Sambil bercekak pinggang, 'Kak Ros' menyelia & mengarah 'Upin & Ipin' (ha ha) menyental & mengosok lantai & tandas bilik air tu. Si adik seronok sakan jadi tukang pancut air ... Amar siap cakap, "Best main air ...".
Tidak lama kemudian jeritan, "Mama!!! Air tak der ..." oleh kakak mereka, masa mahu mandi, mengesahkan habis air setangki dikerjakan budak dua orang tu !!! (Mujur kami sentiasa simpan air 'spare' ~ tekanan rendah dikaw. perumahan saya menyaksikan air lambat naik ke tangki bila terlebih guna, mcm dlm kes ini).
Keseronokan pertama kali mencuci bilik air ini telah meninggalkan kesan pada Amar rupanya. Sebab semasa dalam perjalanan balik dari menghadiri jamuan kenduri kahwin anak kawan suami di KB, Amar tiba2 berkata,
"Bestlah cuci tandas. Nanti besar, Adik nak jadi pencuci tandas ...!!"
Spontan pecah berderai ketawa kami, dengan Amar yg kehairanan mengapa kami ketawa! Sebenarnya ketawa + risau (ibubapa mana tak kalut kalau anak bercita2 nak jadi pencuci tandas je! Maaf bukan menghina kerjaya tu, tapi ...). Jenuh saya, suami & kakaknya membetulkan persepsi Amar tentang kerjaya cuci tandas ... dan hanya Muaz yg faham maksud sebenar/tersirat adiknya.
"Kenapa Adik nak jadi pencuci tandas?"
"Sebab dapat main air!!"
(=_=')
(Padan muka kami, kalut tak tentu pasal dgn cita2 budak 8 tahun!!)
1 comment:
Amar.... Amar.... :)
Post a Comment