Pages

Labels

Ceritalah (295) Me (192) diari ibu (165) Amar (77) Pesanan (74) Resipi (74) kucing (73) Kebun Biasa2 (55) Rumah Biasa2 (46) Yg Tersirat/Tersurat (38) cerita lama (21) Jalan-jalan (20) Jodoh (18) Cucu (15) 3R (14) Puasa (11) Hawa TDS (10) Lawak sikit (9) PETUA (7) Kawan (6) Musing (6) Raya (5) Rumah WM (5) Lukislah anakku (4) Nature (4) ipoh (4) Haji (3) Migraine and I (3)

31 July 2013

Roti Daging Berkeju ala Lasagna


Tengahari semalam adik bongsu Mama, Ecu berkias2 betapa sedapnya roti daging cheese yg dia lihat kat satu blog masakan (yg dia lupa namanya ... huhu). Kakak yg baik ni (hihi!) faham sangatlah peel adik yg sorang ni  ... nak suruh buatlah tu!!
Bila lihat bahan2 dlm resipi yg Mama google, perfect! Lebihan telur putih masa buat biskut semperit dahlia paginya, dan roti yg dibeli entah bila, tak bersentuh ... dari membazir, why not cuba resipi tu.
Ada 2 resipi yg Mama berkenan, dr 2 blogger masakan yg femes dan marbeles. Pun ... maap la KNor Secubit Garam dan En Mat Gebu ... terpaksa derhaka sikit ... terpaksa olah ikut citarasa dan apa yg ada dlm fridge hamba (^_^')


 Tu dia eh! Roti Daging Berkeju ala Lasagna  .... 
Resipi asal, jenguklah blog tuan empunya ... yg ni, resipi selepas olahan Mama +/- ikut bahan yg ada. Muaz kata cam lasagna, tapi versi roti!!

Inti:
400 gm daging cincang (Mama guna jenama Saudi)
3 ulas bawang putih - cincang halus
1 labu bawang besar - mayang halus
1 1/2 sudu makan serbuk kari daging
(+ sesikit air, jadikan pes)
2 sudu makan sos tomato
1 biji tomato - potong dadu
lada benggala merah, hijau, kuning secukupnya - potong dadu
garam, gula secukup rasa
minyak utk menumis
2 senduk air - utk empukkan daging

5 - 8 kpg roti sandwich
1 biji telur + 2 biji putih telur
150 ml susu full cream

2 - 3 btg sosej (Mama guna yg perisa lada hitam) - potong nipis2
4 keping keju cheddar
parutan keju mozarella secukupnya
sedikit daun oregano kering

1. Tumis bwg putih, bwg besar hingga wangi dan masukkan pes kari, tumis sekejap.
2. Masukkan daging cincang dan sedikit air. Kemudian masukkan bahan2 lain dan masak hingga agak kering. Angkat dan sejukkan.
3. Panaskan oven 190 C, alas dulang dgn kertas aluminium dan lengserkan sedikit marjerin (agar mudah nak keluarkan nanti)
4. Pukul telur dan susu hingga sebati.
5. Celup roti kedlm susu dan susun dlm dulang. 
6. Tuang inti dan ratakan. Letakkan 2 kepingan keju cheddar yg dicarik2kan sedikit.
7. Ulang proses 5 dan 6, hingga inti habis.
8. Susun roti dilapisan akhir, letak kepingan sosej dan tuang lebihan susu + telur (jika berbaki). Tabur keju mozarella dan daun oregano.
9. Bakar selama 30 - 45 minit. Angkat dan hidang dgn sos kegemaran atau just makan gitu jer ... 



30 July 2013

Back to school ...

The current dry and hot weather here during the fasting month finally took its toll on Amar!
Breaking fast with iced cool beverages (who wouldn't? huhu  ...) almost everyday  .... landed my dear Amar with 1st, a slight fever, then real fever, runny nose (at this point, Mama starts to worry ... ) and true enough, the dreaded coughs!!
Day 1 not going to school became 2, then 3 and finally ... Amar was absent from school the  whole week!! (rending Mama to SMSes his teacher twice ... informing her of his predicament & at the same time praying that its just a cough related to cold and not asthma).
Alhamdulillah  ... its not asthma!! A huge relief indeed! No iced cold beverages for him till the end of fasting month!!
On Sunday, Amar was fit enough to go to school .... and came back at the end of the day with bad news and worried looks!!!
"Mama! Monday till Wednesday ... EXAM!!!"
Boy! He really was worrried and went straight to 'ulangkaji' after iftar and prayer. Study non-stop for tomorrow's papers ... which were .... Maths, BM and Sivik.
Guess what!
Its back to school for Mama too  ....
On helping Amar with his 'latih tubi' @ revision ... most of the time, Mama had to refer to the textbooks and took a while for some of the facts and formulas to sink ... before old and rusty Mama can help him when he doesn't understand something.
1 dekad, 1 abad ... Mama always confuse the two! 10 years and 100 years ... yg mana satu??? ... huhu
Today Maths (Paper 2), KH, Agama  ... last nite and early this morning ... we drilled them as much as possible esp some topics that Amar misses during his 1 week absent!
Never seen him so serious about his exam before! Biasa ... so-and-so aja!?
Well, getting 1st the test before ... Mama thinks Amar feel presurred to do well and maintain his numero-uno!!
Wah! If that is so .... my Amar has grown-up! Fuyoo ....
Errmm! Let see ... Tomorrow will be Science and English!
OK! Got to go  ... got some serious Year 4 revisions to do ...
Am thinking  ...
Its back to school for Mama too .... (-_-')

28 July 2013

Ubat Pengasih ...

Hehe! Tajuk N3 yg gempak kan? Lama xbersiaran, Mama pergi berguru dgn bomoh gamaknya ... ye laa ... tiba2 kluar N3 begini!!!
No! No! No! Okay! Mana boleh bomoh2kan orang (esp suami! agar kasih n nampak kita sorang jer ... huhu) Dosa weh!
Sebenarnya Mama nak perturunkan sedikit petua, cara nak kemaskan lagi hubungan kasih sayang antara suami isteri, dgn anak2 ... agar sentiasa dlm suasana Mawaddah (kasih sayang), berlembut hati, mendengar nasihat (esp anak2)!
Wah! Expert nampak! Bukan! .... ni nak share ilmu yg Mama dapat masa zaman kerja dulu2, dari ustaz2, ustazah2 yg pejabat kami jemput seminggu sekali ... tazkira migguan ofis kami.
Ini yg Mama amal setelah sekian lama, n Insya Allah, sampai bila2 (Hah! Pecah rahsia ... hehe). Ekceli banyak lg sebenarnya ... ni bagi yg senang amal disamping dapat pahala ... Insya Allah ganjaran spt yg diniatkan juga ... yg penting ikhlas, kerana sayangkan mereka ... mahu bersama2 dunia dan akhirat ... syurga matlamatnya. Aminn ...
Rahsianya tiada lain .... Zikrullah!!

1) Mengamalkan setiap masa, 5 kalimat yg manafaatnya tidak akan putus selama2nya. Kalimat2 dlm Al-Qur'an yg diberi nama "Al-Baqiyaatus Shalihaat " yg Rasulullah SAW sebut dlm hadis sebagai kalimat2 yg masing2 amat ringan menyebutnya, tapi amat berat timbangannya diakhirat nanti ... ia itu Alhamdulillah, Allahu Akbar, Subhanallah, La Ilaha Illallah, La haula wa la quwwata Illa billah
... semua itu kalimat2 zikir mengingati Allah SNW ... perbuatan yg teragung dibumi Allah SNW ini, yg terhebat sbgmana Firman Allah SNW dlm surah Al- Ankabut, ayat 45, yg bermaksud:
"Sungguh-sungguh mengingati Allah adalah perbuatan teragung, terhebat dan tertinggi."

2) Mengamalkan Zikrullah Nama2 Allah  ... sebutlah namaNYA, pujilah DIA, fahamilah maksud dan pengertian nama2 Allah yg disebut itu, mohon dan doalah kepadaNYA atas sifat2NYA itu dgn penuh kesedaran, pengertian, kefahaman dan keyakinan. Sesungguhnya DIA Maha Mendengar, lagi Mengetahui! Ketahuilah bahawa menyebut nama Allah itu mempunyai pengaruh dan manafaat yg hebat dan besar sekali dlm pekerjaan yg kita lakukan, dan pula terhadap orang yg telah melakukan kerja itu. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW yg bermaksud:
"Allah mempunyai nama-nama yg baik yg kita disuruh berdoa dengannya. Siapa yg menghafalkannya masuk syurga. "
- hadis riwayat Imam Bukhori, Muslim dan Tirmidzi dari Abu Hurairah r.a.

Zikir Pengasih  ...
"Ya Hayyu Ya Qayyum, Ya Rahman Ya Latiff, Ya Rahim Ya Karim, Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir"
(Yang Hidup Yang Berdiri Sendiri, Yang Pengasih Yang Halus, Yang Penyayang Yang Pemurah, Yang Mulia Yang Perkasa Yang Megah)
Amalkan dlm setiap kerja harian kita menguruskan keluarga spt semasa gosok baju, memasak, membancuh air  ... ketika bersama anak2, suami menonton tv, ulangkaji dsbnya (baca dlm hati dan tiup perlahan2 ke arah mereka tanpa mereka sedari p.s. jgn pula puh kanan puh kiri cam dlm citer P.Ramlee tu  ... hihi). Masa mereka tidur ... bacalah sebanyak mungkin, hembus perlahan ke ubun2 mereka atau hembus pada telapak tgn kita dan letak tangan kita perlahan2 di dada/hati suami/anak2  ... dlm semua perlakuan kita itu, dlm hati doalah, mohonlah pada Allah SNW agar dilembutkan hati mereka, agar mudah menerima nasihat dan menjauhi perkara2 yg mungkar/tidak baik!

p.s. mudahkan?! suami pun boleh amalkan juga ... buatlah yg sama pd isteri dan anak2 ... dgn niat mencari redha Ilahi, agar keluarga penuh Mawaddah dan diberkatiNYA ... agar Rumahku Syurgaku ... kalau dua2 buat, kan lg powernya!
Yg penting, faham dlm beramal dan ikhlas melaksanakannya kerana Allah SNW jua ...

JOM KITA PECUT 10 MALAM TERAKHIR NI  ... (^_^)

22 July 2013

Air tangan Bonda ...

Bila anak2 yg dok jauh, nun di ibukota ... pulang nak berbuka puasa bersama2
Teringat dulu, Mama pun pernah begitu juga ...
Tiada lain ... melainkan rindu masakan bonda, berbuka dan bersahur bersama2
Ia bagai satu kemestian .... tak kira berapa usia kita
Selagi masih punya ibu bapa ... di desa!
Itu juga bukti bahawa ... betapa magiknya air tangan bonda
Walaupun masaknya hanya sekadar telur dadar, ikan singgang, sambal ikannya ...
Memang berbeza rasanya, dari yg dibeli, dimasak sendiri ... tak pernah bosan, sentiasa rindukan ...
Setiap anak pasti kata  .... masakan bonda mereka 'paling sedap di dunia!'
Dan betapa dipihak bonda pula ... gembira tak terkata
Bila anak2 beritahu nak balik kg. berbuka bersama2  ...
Kerah Ayahnya ... siap siaga segala bahan mentah dan kering,
.... ready nak marathon masaknya
Kalau boleh  ... semua permintaan anak2nya nak dipenuhinya ...
... masak hingga penuh meja ... gitulah perasaannya
Mahu anak2 berbuka, bersupper dan bersahur ... sempurna
Sebab Mama dpt rasa, mereka berbuka dan bersahur .... ikut apa yg ada, yg sempat belinya (kalau masih bersisa), otw balik kerja ...
Makanlah sepuas hati anak2, orderlah apa saja ... pasti Mama akan masaknya ... gembira lihat anak2 berselera!
Air tangan bonda, itulah perencahnya ... lazatnya makanan yg disedia dan masak ... sepenuh rasa curahan kasih sayangnya!
Lalu ... tak usah hairan, tak usah risaukan,
Kelak ... tak kiralah di mana, berapa usia anak2 nanti ... 
Mereka pasti rindukan masakan bonda ... saat berjauhan ... itulah magisnya!!!
Belajarlah memasak wahai kaum Hawa, bakal isteri, bakal bonda ...
Kelak ... air tanganmu akan jadi pengikat kasih rindu ... suami dan anak2 ... di mana jua mereka berada. 
Percayalah!!!

p.s.
- Terima kasih Mok dtg masak dan berbuka bersama kami semalam. Ikan cencaru sumbat dan ketupat sotong Mok ... memang tiada tandingnya ... the best! Forever ...
-  Anum! The ketupat sotong I 'kirim' thro' K.Cik was Mok's ok! Enjoy ...
- setiap anak pasti akan ada signature dish Mama mereka yg paling mereka rindu ... bersedialah utk masak macam2 permintaan mereka yg berbeza (^__^)

21 July 2013

Shopping raya .... tak serik2nya

Ianya ulang tayang cerita sama  ...
Tak serik2 gi shopping raya time bulan pose  ...
Tahun lepas ... cakap tahun ni kena shopping awalnya
Tahun sudah2  ... pun gitu juga
Tapi tiap2 tahun sama ... same cerita!
Pastu ... sendiri pening kepala
Dgn jemnya, susah nak parkingnye, ramai orangnya, bersesak, berebut, tarik baju yg sama ... haha
Aircond pun dah xrasa ...
Gitulah bahagian kanak2 ... cam pesta
Macam2 gelagat mak, ayah dgn anak2 nya ...
Mama yg 2 org dah besar2 pun tak tentu arahnya ...
Tak taulah mereka2 dgn anak2 yg masih kecik2 .... kesiannya
Time nak bayar, satu hal juga ...
Dah tahu sure ramai orang shopping baju raya  ... 2 kaunter je buka!
Dah tu, Q pun berjela ... cam ular kena palu pun ye
1/2 jam  Q tu ... itu time Mama, sbb kira datang awal, sebaik supermarket buka!
(tapi xdr lah sampai tunggu depan pintunya ... ya!)
Yg datang kedian2 tu ... xtau la
Mama dah siap, belah le  ...
Eeee!! Tahun depan kita kena shopping awal wei Ayahnya!!

p.s. Spt biasa, Ayahnya beri duit, dan tunggu kat bawah, baca paper ... yg 2 orang tu, jamu mata kat bahagian mainan le .... sebaik sudah pilih pakaian mereka. Mama juga yg kena Q, beratur lama nak bayarnya ... sekejap senget kiri, sekejap senget kanan ... lengoh weh! Al-maklumlah dah senja. Geng Q lain kebanyakkannya muda2 belaka, pastu siap tukar shiftnya, kejap bini, kejap suaminya ... anak pun ye. Bila tanya mana mama? Dia jawab, mama gi cari baju lagi ... oooo!! Rupanya ramai yg buat gitu ... sorang pilih baju, sorang lg booking Q ... smart gitu!!!

19 July 2013

Salad, Kerabu, Salsa Ayam ... whatever

2 keping dada ayam golek, yg Ayahnya beli di bazaar Ramadhan, sebagaimana namanya, tergolek dlm pinggan hidang ... tak siapa nak makan. Bahagian2 lain ... tinggal tulang jer. Itulah nasib dada ayam kat rumah ni ... tak kiralah bagaimana masaknya. Tak digemari ...
Lalu, Mama improvise lagi ... recycle isi ayam golek yg tak habis tu ... Nak buat kerabu, biasanya daging ayam yg dipotong kecik2 (bite size) , direbus terlebih dahulu bersama halia dan bwg putih tumbuk, biarkan sedikit berkuah. Tapi, daging ayam golek ni kering  ... tu yg Mama putuskan utk tambah minyak zaitun (cam buat salad atau salsa), agar ada kelembapan. Kalu kering sangat, tak menyengat bagi Mama. (dlm masa yg sama, doa agar xjadi mudarat ... campur itu dan ini, ikut suka hati ... resipi ala salad, salsa tapi add pula serai cam kerabu!  haru biru .... huhu)
Pun, Alhamdulillah ... licin semangkuk, tak bersisa. Resipi 'leftover', 'recycle' ... camca marba, east meet west ini .... hihi. Tak tau lah nak beri nama apa resipi ini ... kombinasi resipi salad, kerabu dan salsa ... sabusa? Haha! Dari dok merapu, jom kita lihat bahan2nya ... Salad @ Kerabu @ Salsa Leftover Ayam Golek Mama ... punyalah panjang gelarannya ... ada berani nak cuba??  ^____^

Daging ayam golek (ikut suka banyak mana) - siat2 halus, ketepikan

Bahan  A 
1 labu bawang besar - mayang halus
2 ulas bawang putih - ketuk & chopped halus
2 - 3 biji cili padi - hiris kecik2 (tambah jika suka xtra pedas)
2 ruas serai - racik halus
2 biji tomato - potong halus
1 btg timun - potong panjang spt buat acar tu
daun salad, ikut suka - mayang halus
2 tangkai daun ketumbar - racik halus
1 btg seleri -potong kecik2 (tak bubuh sbb xder ... kalau ada mesti best! huhu)

Bahan B - gaul bersama hingga mesra/sebati, ketepikan
1 biji limau nipis - perah jusnya
1 sudu makan minyak zaitun
garam, gula - secukup rasa

Caranya -senang aje, campak jer (hehe ..) semua bahan ke dalam mangkuk salad, gaul mesra hingga rata ... siap! Cam acar, lagi sedap selepas beberapa ketika ... bila semua bahan berpalut mesra. 





18 July 2013

Keychain buat Amar ....

Dua hari lepas Amar terima keychain ini dari gurl yg Mama pernah cerita dlm N3  ni
... agaknya berita salah seorang guru yg mengajar cakap Amar antara calun dari kelas skrg bakal naik ke kelas Elit tahun depan sudah sampai pada sidia?
... agaknya kirim cenderahati melalui rakan sekelas Amar tanda gembira?
Chewahchewah! ... bila Muaz perli Amar, Mama rewind cerita dia ... sama juga. Tak ingat ke?  ... mug teddy bear, keychain bola, pemadam, pensil ... kan dah pecah rahsia!!! Hahaha  ... lucu pulak ingatkannya.
Hah! Yg si abang2 toksah doh sengih, ketawakan mereka berdua ya ... serupa, 2 X 5 ... masing2 ada cerita, ada peminatnya!
... yg satu tu, si girl asyik dok call, xkira masa (masa zaman henpon satu kemewahan ... luxury item, kita hanya mampu telepon rumah, sykt telekom punya jer) ... siang mlm xkira masa, sampai Ayahnya terpaksa interfere, sbg last straw, jawb call ... advise si gadis sweet 14 masa tu, concentrate study dulu, dah habis U dah kerja, Pakcik no hal nya ... kihkih! memang lepas tu tak der dah dia call!
... yg sorang lagi tu ... mak oii! petang2 hari, dekat maghrib, sampailah sidia ... cari Abang!!, nak pinjam buku le, nak tanya pasal homeworks le, nak tanya esok ada latihan rumah ke? ... yg Mama dok jirus pokok2 bunga, Ayahnya dok basuh kete ... dia makedonor jer ... by-pass kita, dok panggil "Abang! Abang!"  Eh! Mama dan Ayahnya tak marah ke kat dia? Nak marah, kesian ... budak tgh remaja, baru 'bau orang' kata Ayahnya  ... nasihat elok-elok ajelah! anggap cam anak sendiri ... lama2 dia sedarlah, tak elok gadis sunti dtg sorang diri, rumah lelaki ... kena ada maruah dan harga diri, malu itu pakaian muslimah sejati!
Itu antara kisahnya .... anak2 teruna Mama, suatu ketika ... dgn peminat2 mereka (jgn nak perasan, koya femes, hensem yer ...)  Pun Alhamdulillah, ianya hanya 'phase' sementara ... tidak sekali2 kami galakkan dan tak juga biarkan. Nasihatlah, punya perasaan pd lain jantina adalah fitrah, anugerah Allah SNW ... cuma kita ada agama, batas pergaulan, tata susilanya  ... beritahulah pd mereka, syaitan lah makhuk yg ke 3 ... yg sentiasa cari mencari ruang dan peluang, agar kita silap langkah, join mereka ... dineraka. Nauzubillah .....


17 July 2013

Hello ... why the grass always greener on the other side?


Assalamualaikum Mem! We heard u gaveaway hearty leftovers .. =^.^=


Err! I think u'd might need some helps with the grass Mem ... 
I can call backups ... Mooo?


Wow! The air and scenery on ur side is way much better Mem!
I'll make tasty banana shakes, fritters, bread ... u name it! Hihi ...

16 July 2013

Ilmu Kebal ...

Ini kisah anak remaja Mama yg beriya2 nak belajar silat dan ilmu kebal  ... suatu ketika dulu, selepas berlakunya peristiwa 9/11 ... katanya perlu siapkan diri utk pertahankan diri, keluarga dan negara Mama! Itu hujahnya ... (rasanya takut lebih dr segala ...)
Musykil Mama kerana silat yg dia nak belajar tu ... lain macam namanya, xpernah dengar pun! Berdaftar ke? Risau juga takut terlibat ajaran sesat pula.
Tapi anak dh nekad, dgn kawan baiknya J dan anak jiran belakang rumah ... mereka nak belajar juga. Kalau Amerika serang, siapa nak lawan mereka? Hujah seterusnya dia ...
Syarat nak ilmu kebal, xleh tinggal solat 5 waktu Mama, kan bagus tu. Hujah seterusnya ...
Tapi Mama masih xpercaya ... call sendiri sifu dia bila satu hujung minggu dia tak balik rumah semalamam, di mana dia mengiyakan ada program intensif 2 mlm. Jiran belakang pun sibuk bertanya hal yg serupa ... pergi tanpa beritahu ibubapa ... berbohong pula ... silat apa ka menda ni!!! Mama dan Ayahnya dah mula curiga ...
Pagi esoknya, anak call ... suruh ambil dia kat kg yg jauh dr tempat dia kata pergi belajarnya. Masa kami sampai, dia cam dlm keadaan terpinga2, terkejut dan lemah sekali. Tanpa tanya apa2, kami bawa balik, suruh dia mandi, makan dan rehat! Lepas zohor baru dia bersuara, cerita segala2 ... dah serik dan tak mau join silat ni lg. Lalu kami risik dari sedara mara ... memang kg ni femes tempat belajar ilmu kebal yg banyak menyimpangnya dari ajaran agama, salah guna ayat2 suci Al-Quran pun ya.
Hari tu anak2 remaja Mama belajar (yg lain pun kena tempias ceramah kami .. hihi);
1. Belajar ilmu kebal, yg kata syaratnya adalah solat 5 waktu xleh tinggal ... hingga tembak tak tembus, tikam tak lut, tetak tak luka, tak terbakar dek api ... maknanya solat bukan kerana Allah, tapi kerana syarat nak kebal! Allah terima ka kalau niat tu bukan kerana Dia? Orang kafir yg tak solat pun boleh kebal ... jalan atas bara api, tusuk badan dgn besi tajam, makan kaca dsbnya ... ???
2. Ajal maut ditangan Allah. Yg dicari ... kebal iman, bukan kulit yg xlut senjata kafir, tp iman yg xgoyah oleh segala godaan. Nabi Muhammad SAW pernah luka dimedan pertempuran, 10 sahabat pilihan Rasulullah SAW, Umar Ibn Khattab, Uthman, Ali, Talhah bin 'Ubaidullah ... antaranya, mereka semua mati kena tikam. Apalah guna kebal kulit kalau tidak kebal iman, kebal takwa. Pilihlah nak mati kebal kulit ke kebal takwa!
3. Seksa kebal kulit ni ... pernah satu ketika seorang guru silat dibawa ke hospital kerana serangan darah tinggi. Puas misi cuba nak cucuk lengannya, nak masuk ubat ... tak dapat. Cucuk merata tempat, tak lut! Nyawanya dlm bahaya ... mujurlah doktor sedar dia guru silat, lalu berkata, "Tok ada ilmu kebal ka? Tolong benarkan kami cucuk kulit Tok kalau sayangkan nyawa." Dlm sedar tak sedar, kumat kamitlah Tok baca ayat entahapa ... lepas tu, dapatlahlah misi dan doktor jalankan tugas meraka. Tok tu pun selamat dimasukkan ubatnya, dok dlm wad 2 - 3 mlm juga, dgn wayar berselirat dibadanya. Dibuatnya dia tak sedar masa tu ... guano gamaklah jadinya ... huhu
p.s. ... sebelum terlibat/amal sesuatu yg baru tu ... yg ganjarannya hebat sgt, cam boleh kurus dlm 2 hari, boleh sasa dlm sehari ... hoho, ada udang sebalik batu tu ... berhati2 ya anakku!

14 July 2013

Sabarlah Sahabatku ... Sabarlah

Allahhuakbar! Itulah yg hanya mampu diucapkan bila baca N3 kawan Mama pagi ini, menitis air mata. Berat sungguh dugaanmu sahabatku Ramadhan kali ini  ... hanya Dia Yang Maha Mengetahui ...yg tersurat dan yg tersirat disebalik ujian ini.
Setiap hari Mama pasti buka blog ini, blog sahabat Mama, Aku kah itu? Ternanti2 perkembangan terkini anaknya,Saidatul Hafeeza ... dlm hati berdoa agar ada perkembangan positif dari semalamnya.
Alhamdulillah Pija sudah berada dekat dgn mereka yg sayangi dia ... moga suasana penuh mawaddah di rumah biru, pinggiran kota ... moga kedatangan Ramadhan yg suci, bulan yg penuh keberkatan, rahmat dan keampunan ini ... membawa hikmah dari Yang Esa  ... hikmah yg tersembunyi sekian lama  ... kabulkan doa kami Ya Allah.

Sabda Rasulullah SAW;

"Tidaklah seorang mukmin itu ditimpa kepenatan, kesakitan, perkara yg tidak disukainya, kesedihan, bahaya (yg disebabkan oleh orang lain), dan kerisauan. Hatta duri yg mencucuknya, kecuali Allah akan mengampunkan dosa-dosanya."
 - HR al-Bukhari dan Muslim

12 July 2013

Pengasuh yg rajin .... D

Semalam basuh, hari ni basuh ... boleh kata setiap hari ada agenda basuh ni. Memang jarang miss lah dlm jadual kerja harian Mama  ... (orang dok rumah pun ada jadual kerja jugak, jgn ingat kami dok relax, makan tidur, tengok drama jer ... bela diri sendiri, huhu).
Sebenarnya Mama dok musykil + heran bin ajaib, kenapalah pakaian dlm bakul 'pakaian kotor'  tak pernah surutnya! Walhalkan setiap kali basuh, minima 2 trip ... Pastu, kami la ni kat rumah, cuma ber 4 aje ... ????
Bila begini, teringat Mama zaman kerja dulu, waktu anak2 1,2,3 & 4 kecik2 ... zaman tu silih berganti pengasuhnya. Macam2 kepakaran, peel dan ragam mereka  ... dan masing2 pasti ada 1 trait yg over dan agak merimaskan kami. Bukan benda xelok ya .. tp kerajinan yg melampau gitu ...
So, bila cakap perihal membasuh pakaian ni, teringatlah Mama pada pengasuh kami bernama D, usia 18 thn, keluarga susah. Selama kerja dgn kami, dptlah dia bantu baiki rumah keluarga di kg yg hampir rebah, belanja adik2 beli baju sekolah/raya ... beli tv dan set pinggan mangkuk lawa ... itu antaranya. Dan D ini teramatlah rajinnya dlm bab basuh pakaian dan menyapu sampah!
 ... pantang pakaian letak merata, tak sangkutnya ... lesap! Masuk mesin basuh ... kdg2 tudung, kain pelikat ... lupa sangkut, letak atas kerusi/katil ... hilang bila time nak pakainya ... bila tanya dia, jawapan sama ... dah basuh KN, dlm mesin tu ha ... (-_-'). Dlm sehari, paling kurang, 4X basuh pakaian! Memang time dia jadi pengasuh budak2 tu ... kos sabun debu (xder liquid lg time tu), bil air dan penyapu ... melambung2, cepat benor habis/hausnya. Perihal menyapu! Bangun tidur, sapu ... pukul 10 pg, sapu ... tghari, sapu ... ptg, masa kami balik dr kerja, sapu ... lepas makan, sapu ... sblm dia tidur, last round, sapu ... huhu!! Walaupun ditegor, diperingatkan tak perlu basuh/sapu sokmo, sampai Ayahnya komplen, suruh dia jgn basuh kalau bukan yg dlm bakul basuhan!! Tak berkesan, tak makan saman ... rajin membasuh dan menyapunya tetap diteruskan ... hihi! Itulah alkisahnya dia, pengasuh kami yg rajin ... rajin membasuh dan menyapu! D oh! D? Last Mama dengar berita, D dah kawin, dah ada anak! Mesti rumah dia tip-top bersihnya ... (^__^).

p.s. esok, eh! dah esok pun ... hehe, nak edit, tgk pakaian kotor sapa yg paling banyak! (yg kecik2 xaci kira ya ... )



11 July 2013

1st day Ramadhan ... semalam

Ramadhan tahun ni plan nak banyakkan penambahbaikkan ... bermula dari waktu sahur hingga berbuka dan malamnya  ... Itu plan Mama dan Ayahnya. Akhir Ramadhan nanti akan post mortem aktiviti sebulan bulan puasa 1434 Hijrah ni  ... kira cam penilaian prestasi jugaklah. Penilaian kami  ... penilaian Allah SNW??? Tak perlu fikir  ... just do it, seikhlas hati ... bukan nak menunjuk2, bukan kerana orang lain buat, awak pun kena buat, bukan kerana malu kalu tak buat, bukan kerana takut orang kata!!! Nawaitu yg pentingnya  ... (berkhutbah pula Mama ni ... hehe)
OK! Semalam, 1st day ... errmmm! Sahur anak2 cornflakes + susu dan burger ayam. Mama dan Ayahnya ... nasi, sup sayur dan ikan goreng. Air suam jer ...
Berbuka?
Buah kurma , kailan goreng masin, ayam golek (yg tunjuk ler),   air soya + cincau (Drinho punya, fav Mama), air mangga (Amar), air karot (Muaz) dan air suam (Ayahnya, request dia ... pastu kidnap air Amar, haha). Sederhana ka? Rasanya fail kat ayam golek tu ... RM22 sekor (tahun lepas RM18 - RM20) ... semua barang dah naik rega, same old story ... asal puasa, nak raya ... 
p.s. jadi menu sahur pula ayam golek yg tak habisnya ... bisalahkan!
Hmmm  ... hari ni Amar request puding gula hangus. Kena buatlah kan ... anak minta. Pastu tgk rakan blogger tayang puding gula hanyut (hihi) dia, lagilah semangat nak buatnya (p.s. fav semua nih!). Hari ni xmau ada yg tunjuk2  ... xmau g bazaar Ramadhan. Bukan apa  ... takut tak tahan godaan ... semua benda nak beli!! Hari ni lauk masak sendiri  ... tak fikir lagi, tengok apa selera 2 orang tu, balik sekolah nanti ...

p.s. tang amal xyah cerita la noo ... (^_^)

07 July 2013

Ya Allah, Jadikan kami orang-orang yg disapa Ramadhan ... I

Ramadhan hampir sudah. Perasaan dan semangat menyambut kedatangannya pasti berbeza2  ... tak sama, ikut individu. Pasti jugalah manafaat yg diraih darinya, juga amat2 berbeza, ikut niat dan cara kita memanafaatkanya  ... Ia bulan seribu rahsia. Kita raih apa yg kita usaha  ... pelbagai ganjarannya, baik di dunia apatah lagi di akhirat kelak. Yg berniaga, lumayanlah $$$$ yg masuknya ... yg pecut amal ibadahnya, beruntunglah mereka, yg sia2kan bulan yg mulia ini, no bonus utk mereka ... ruginya. Dan yg paling beruntung ialah mereka2 yg disapa Ramadhan kerana keikhlasan hatinya, hanya kerana Allah SNW semata2, memperlihatkan kebaikan dirinya ...
Rasulullah SAW menunjukkan rasa gembira menyambut kedatangannya,  serta menyampaikanya kepada para sahabat dan umatnya banyak nasihat dan pesanan ketika Ramadhan bakal menjelang ... menguatkan kita, memotivasikan kita, membangkitkan semangat kita  ... sebagai momentum dan permulaan yg baik menyambut bulan yg penuh berkat, rahmat dan keampunan ini ... bulan RAMADHAN.
Marilah kita hayati sebuah riwayat sahabat Salman al-Farisi RA, Rasulullah SAW berkhutbah di hadapan para sahabat baginda,

"Wahai manusia, telah datang kpd kalian bulan yg agung dan penuh berkat. Di dalamnya terdapat suatu malam yg nilainya (ibadah) lebih baik dari seribu bulan. Allah menjadikan puasa pd siang harinya sbg sebuah kewajipan dan menghidupkan malamnya sbg perbuatan sunnah. Sesiapa yg mendekatkan diri (kpd Allah) dgn satu kebaikan (pd bulan itu), seoalah-olah dia mengerjakan satu ibadah wajib pd bulan yg lain. Siapa yg mengerjakan satu perbuatan wajib, seolah-olah dia mengerjakan 70 kebaikan pd bulan yg lain. Ramadhan adalah bulan kesabaran dan kesabaran itu balasannya adalah syurga. Ia (juga) bulan tolong-menolong, di mana di dalamnya rezeki seorang mukmin bertambah. Siapa yg memberikan makanan berbuka kpd seorang yg berpuasa (pd bulan itu), maka itu menjafi maghfirah (pengampunan) atas dosa-dosanya, penyelamatnya dari api neraka dan dia memperoleh pahala seperti orang yg berpuasa itu, tanpa mengurangi pahala orang yg berpuasa sedikit pun."
HR: Baihaqi
,
Kemudian para sahabat berkata, "Wahai Rasulullah, tidak semua drpd kita memiliki makanan utk diberikan sebagai makanan berbuka bagi orang yg berpuasa."
Rasulullah SAW bersabda,

"Allah memberikan pahala tersebut kpd orang yg memberikan makanan berbuka walaupun sebiji khurma, atau seteguk air atau sedikit susu. Ramadhan adalah bulan yg permulaannya adalah rahmat, pertengahannya adalah maghfirah (pengampunan) dan akhirnya adala pembebasan drpd api neraka."
HR: Baihaqi dan al-Uqaili

Rujukan: Nasihat Ramadhan Daripada Orang-Orang Soleh, Sulthan Hadi, Kemilau Publika Sdn. Bhd.

03 July 2013

TK Kumbang ...


Terima kasih Ya Allah ...atas rezeki dari Mu.
Terima kasih kumbang and the geng!
Jobs welldone! Syukran!! (^_^)


Alhamdulillah! Membayangkan kerabu kacang botol bulan Ramadhan menjadi kenyataan  ... InsyaAllah.

How time flies ...




Oh! Dear  ... see here, see here
They are growing taller by the year ...
Cute faces  ... no more
Able to do chores not possible before  ...
My Muaz and Amar ... how they differ
Whatever ... it doesn't matter
For ... they're always my babies ... forever!!
But how time flies. Oh! Dear ........

02 July 2013

Sabarlah Sahabatku ... III

Hanya berpandukan FB dan blog dia  ... cerita teman2 yg pernah ziarahi dia dan anaknya ... itulah saja bagaimana Mama ketahui status terkini mereka!
Sahabat, teman, rakan, friend apa Mama ni  ... tidak pernah sekali, sejak lebih sebulan dugaan menimpa dia, Mama ziarahi! Telepon? Pun tidak pernah walau sekali!
Kawankah begini? Jelas! Macam kawan semasa senang sahaja kan!??  ....
(~_~')  Ya? Bukan? Berikan alasan! Mengapa sedemikian? Ayuh! Bela dirimu ...
Hani! Maafkan saya teman  ... saya boleh saja memberi seribu alasan;
- jauh!
- sibuk
- kekangan masa & keluarga
... bla bla bla ... tp memang ada kebenaran juga alasan di atas, itu sebahagiannya, ya.
Apalah Mama  ... pergilah saja. Weekend ... banyak masanya. Diakan kawan Mama, satu hostel, satu sekolah dan ibu dia pula, kawan ibu Mama (dushh!! Aduii! ... lg beratnya), she needs all the support here!!!
Ya! Mama tahu itu semua ... selalu fikirkannya. Tapi, setiap kali ingin ke sana ... fikiran jd tak keruan!! You know what dear? I chickened out! I panicked! The truth is ...
I'M SCARED!! MAMA TAKUT!
Takut  ... tak kuat hadapinya, lg susahkan dia dr beri semangatnya, takut Mama nangis, takut Mama pengsan (pernah begitu bila takut sgt!).
Apa sangatlah yg Mama takutkan ni? Sampai begini beralasan, berperi2 ...
Darlings ... when you been there, helpless and cannot do anything to help even to soothe your beloved child who is healthy n suddenly very sick n in coma ... you pray n pray n pray (with buckets of tears n heart beating like crazy), so near yet so faraway ... n to have your hopes crashed in just one single call (whlle you're on the way there) ... I'll tell you ... nothing prepares you for this! You've heard it many time before ... but when it happens to you ... everything doesn't matter anymore! time just stopped there ... void n empty ... kaku n beku ... sunyi, sepi segala ... cam dah takder makna semua!!
Ya! Itu yg Mama takutnya .... takut pd bayang2 4 tahun lalu ... takut Mama tak kuat hadapi realitinya ... yg sedang dihadapi teman Mama ini. Itu aja ...
Setakat ini, hanya daya dari jauh titipkan doa, buat mereka berdua. Moga Ramadhan yg bakal menjelma, akan membawa keajaiban dari NYA, Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Latiff.

p.s. InsyaAllah diberiNya kekuatan utk ke sana, ziarahi Hani, Pija dan Che Nah ... Insyallah!

01 July 2013

Muaz cemburu ka?

Hari Khamis minggu sudah, Muaz 'grading' lg, kali ke 2 sejak join Persatuan Teakwondo sekolah barunya. Dia 'cool' as usual, dan Mama pun xingat ... wish him luck atau tidak!!
Esoknya Jumaat, giliran Amar pula ... his 1st ever 'grading' bg Taekwondo sekolahnya pula. AND!!! All of us went to SK.Gunung, Bachok ... utk beri semangat pd si bongsu ni ... ( yg beritahu kami, dia rasa berdebar sgt ... sblm melangkah masuk ke dewan. Mama pun berdebar jg Adik weii  .... huhu).
Mama pun wasssup gambar aksi Amar hari tu pd abang2 dan kakaknya  ... Si Sulong siap komen, Abe dulu Mama xkisahnya time 'grading', sampai dpt tali pinggang hitam pun sama ... biasa jer!! (-_-')
Betulkah Mama dan Ayahnya pilih kasih? Lebihkan yg bongsu dari semua?
Tak lah! Semua sama ... kan Ayahnya? Mana ada!!!
p.s. Lebih attention adalah kot!!! 
Tak tahulah Mama dgn isteri2/ibu2 lain, tp Mama rasa kasih sayang yg dicurah semua sama, tiada beza. Siapa nakal, tak dengar kata, langgar undang2 rumah kita, of coz kena marah, kena denda! Yg dengar kata, baik, suka tolong Mama  ... surelah Mama suka! Tp ... sayang Mama pada anak2 Mama tak pernah lunturnya ....
Jgn pernah rasa dengki dgn adik2 ya .. sbb semua dah merasa xtra kasih sayang masa kecik2 dulu ... itu semua kurniaan Allah snw, jadikan ibu, bapa, abang, kakak even semua ... sayang lebih pd baby, kanak2 ... & yg paling kecik!
Perasan tak? Siapa tak suka dan sayang pada baby yg baru lahir ... the newcomer ;yg helpless, cute, innocent, bau wangi sgt kan?? Sebab tulah now semua attention beralih kat dia.
Dulu masa Mama lahirkan Abe, 100% tumpuan pd Abe ... Ayoh cam dah jd no. 2 ... hihi. Bila Mama lahirkan Angoh, Abe pon jd no.2 pula ... join kelab Ayoh ... bila K.Cik lahir, doter spt yg Mama idam2kan ... dunia Mama berkisar pd K.Cik pula ... Angoh join Abe n Ayoh now!
Then Anas ... K.Cik pula turn xjadi bongsu dah ... itulaa. 7 tahun Anas jd baby of the house ... bongsu. Manja Mama ...  so tak heranlah bila Muaz lahir, Anas suruh Mama beri je Muaz pd orang!!! Haha ... jeles yg amat coz now Mama dah dok tumpu kat Muaz pula ... Anas kena marah, sebab Muaz. Kena diam semua, sbb Muaz tidur! Anas dah xleh duduk depan dgn Mama lg bila naik kereta ... skrg, Muaz's turn pula! Jadi bongsu Mama ...
So, bila Mama lahirkan Amar ... 6 thn kemudian, pd usia yg dah patut bersara ... org timang cucu, Mama  timang anak, huhu ... of coz its a bonus utk keluarga kita. Sebab abang2 dan kakak dah remaja belia ... kecuali Muaz, baru nak masuk sekolah ... don't deny that u olls pun suka ... dpt adik lagi!! Itu yg Mama suspect la ... semua orang suka Amar! Yg akan pegang tittle 'baby of the house' ... foerever. 
Konklusinya ... semua dah merasa jadi bongsu, dpt xtra attention dr Mama ... dan semua jg merasa terpinggir, bila Mama lebihkan si bongsu ... esp Ayahya  .. yg entah brapa kali daa!! ... hihi. Jgn marah ya semua anak2 Mama ... my loving hubby pun juga ... Mama bukan sengaja ... mungkin naluri keibuan pemberian Yg. Esa ... extra utk ibu saja!
... xmau baby lagi dah ... TAPI ... 
p.s. Nak cucu pula .... (^__^)