Pages

Labels

Ceritalah (295) Me (192) diari ibu (165) Amar (77) Pesanan (74) Resipi (74) kucing (73) Kebun Biasa2 (55) Rumah Biasa2 (46) Yg Tersirat/Tersurat (38) cerita lama (21) Jalan-jalan (20) Jodoh (18) Cucu (15) 3R (14) Puasa (11) Hawa TDS (10) Lawak sikit (9) PETUA (7) Kawan (6) Musing (6) Raya (5) Rumah WM (5) Lukislah anakku (4) Nature (4) ipoh (4) Haji (3) Migraine and I (3)

26 June 2013

Siapa W. Muhammad Amar?

Tiap kali Mama pergi fetch Amar dari sekolahnya, akan ada cerita2 perihal hari2nya disekolah tanpa diminta  .... macam2 ... seronok dengar cerita2 dia dan Mama sentiasa terhibur mendengarnya. Ternanti2 pun ya ... kadang2 kiut n lucu pula bagi Mama. Ini salah satu darinya, cerita dia  ...
" Suatu hari semasa cikgu2 ada mesyuarat dan tak masuk kelas, ada 2 org pengawas lelaki dari Darjah 6 datang jaga kelas Adik. Kemudian seorang pengawas tu tanya siapa nama Wan Muhammad Amar. Adik terkejut, takut pun ada Mama. Adik angkat tangan  ... pastu dia datang dekat Adik! Pandang Adik dan cakap,
"Hmmm! Hensem juga. Muka pun nampak baik! Periksa dapat nombor berapa?"
Kawan2 cakap, "Amar dapat no. 1 la  ..."
Pengawas tu senyum dan anggukkan kepala gini (sambil demo kat Mama). Pastu dia tanya Adik kenal tak adik dia dari kelas 4 Etika (kelas pandai skali, yg nama girl tu Mama lupa ...). Adik geleng kepala, cakap tak kenal. Pengawas tu cakap dia abang budak tu! Adik dia selalu cakap dia suka budak 4 Bestari nama Amar.  Dia kirim salam kat Adik ... dia harap Adik dapat no 1 sokmo ... tahun depan, Djh 5 boleh naik kelas sama dgn dia! Pastu pengawas tu pegang dagu Adik dan tepuk bahu Adik sebelum keluar dari kelas Adik .... "
Gelak sakan Mama. Kecik2 dah pandai kirim2 salam, rancang2 ... hoho. Dan yg si abang pula, siap merisik bakal adik ipar lagaknya ... Hahaha!
Tapi ia tidak lucu bagi Amar,  buat dia risau ....
"Adik tak nak lah dapat no 1! Tak nak sekelas dgn budak pompuan tu  ... mana boleh gilfren boyfren lagi kan Mama? Adik nak belajar pandai2, nak jadi askar!!"
Laa! Masaalah juga ya ....


1 comment:

mokja said...

haha...tergelak baca kisah sijejaka dirisik oleh abang sidara...Cerita sekolah mmg macam macam adaaa.Rindu suasana itu.