Pages

Labels

Ceritalah (295) Me (192) diari ibu (165) Amar (77) Pesanan (74) Resipi (74) kucing (73) Kebun Biasa2 (55) Rumah Biasa2 (46) Yg Tersirat/Tersurat (38) cerita lama (21) Jalan-jalan (20) Jodoh (18) Cucu (15) 3R (14) Puasa (11) Hawa TDS (10) Lawak sikit (9) PETUA (7) Kawan (6) Musing (6) Raya (5) Rumah WM (5) Lukislah anakku (4) Nature (4) ipoh (4) Haji (3) Migraine and I (3)

19 June 2013

Roti Pisang ... lagi

Petang semalam lenyek pisang, konon nak buat jemput pisang  ...
Gi mari gi mari  .... itu dan ini  .... + dah tua!! Lupa terus pisang lenyek elok bertudung dgn piring atas meja!
Sedang kemas dapur sblm masuk beradu, tup tup ... jumpa ia, setia tunggu Mama (-_-'). Tak logik pula nak goreng jemput pisang tgh2 malam time semua 3 berank dah lena!!
Sambil menguap2, paksa rela .... dek sayang nak buang n xmau membazir .... buatlah juga!
Pagi tadi ... inilah breakfast Ayahnya  ...  (p.s. tea juga ... hihi), roti pisang terang bulan (hahaha  ... kasi glem sikit namanya, sbb kluar oven kul 12 lebih, tgh mlm buta ...)
Biasa Mama guna minyak jagung, tp kali ni guna mentega. Jom kita lihat resipinya  .... incase berlaku kes yg serupa!!! (ingat org lain tu serupo dio ... hmm!)

ROTI PISANG

Bahan2nya:
200 gm tepung gandum
1 sudu teh baking soda
1/4 sudu teh garam
- ayak bersama semua bahan di atas dan gaul rata dgn,
1 sudu makan susu debu
1/4 sudu teh serbuk kayu manis (opt)
- ketepikan.
100 gm mentega - suhu bilik
100 gm gula perang/gula kaster
2 biji telur (Mama guna saiz A) - pukul sedikit
2 1/2 cawan (400 gm) pisang yg dilenyek

1. Panaskan oven 175C dan gris loyang 9" X 5" (Mama alas kertas kek jg agar senang nak kluarkan nanti).
2. Pukul mentega dan gula hingga kembang.
3. Masukkan telur dan pisang lenyek sambil dikacau sebati.
4. Masukkan gandum + b.soda + garam + susu debu tadi, sedikit demi sedikit sambil gaul sekata.
5. Tuang ke dlm loyang dan bakar +/-  45 - 60 minit atau masak (uji dgn cucukkan lidi tgh roti, kalau keluar licin, dah masak). Mama suka atas roti garing sedikit!
6. Angkat dan biarkan +/- 10 minit dlm acuan sblm dikeluarkan dan sejukkan atas redai kek.

Nota: Boleh hias dgn cream-cheese topping jika suka. Boleh juga masukkan karot parut, buah2an kering, kekacang spt walnut bersekali dgn pisang lenyek (anggran 1/2 cawan, kurangkan sukatan pisang lenyek 1/2  cawan). Utk buah2an kering, rendam dulu dgn air panas mendidih +/- 15 minit, toskan .... supaya lembut n beri kelembapan pd roti/kek. 


No comments: