Things that happened in your life, sometimes you want to remember, share and learn from it. This is my way of saying " I've been here ..."
Pages
Labels
Ceritalah
(295)
Me
(192)
diari ibu
(165)
Amar
(77)
Pesanan
(74)
Resipi
(74)
kucing
(73)
Kebun Biasa2
(55)
Rumah Biasa2
(46)
Yg Tersirat/Tersurat
(38)
cerita lama
(21)
Jalan-jalan
(20)
Jodoh
(18)
Cucu
(15)
3R
(14)
Puasa
(11)
Hawa TDS
(10)
Lawak sikit
(9)
PETUA
(7)
Kawan
(6)
Musing
(6)
Raya
(5)
Rumah WM
(5)
Lukislah anakku
(4)
Nature
(4)
ipoh
(4)
Haji
(3)
Migraine and I
(3)
21 June 2013
Bila hari minggu ...
Ini pemandangan di Pantai Bisikan Bayu ... yg kami kunjungi Jumaat lepas! Menikmati keindahan dan kedamaian suasana pagi alam ciptaan Ilahi ini ... tak puas! Nyaman dan segar sungguh udara pagi! MasyaAllah!!
Next! Kami singgah Pasar Minggu Kuala Besut pula ...
Yg dituju ... gerai2 'bundles' pelbagai pilihannya ...
Kasut, baju, cadar, langsir, beg ... pelbagai jenis, warna dan jenama ... dan pilihan Amar ... cap dgn gambar 'anime' kegemaran dia!
Lalu, hari ini, pagi tadi ... kami mulakan sklali lg rutin yg sama ...
Singgah sarapan di Cerang Ruku, nostalgia pula .. Arwah Abah (Al-Fatihah) pernah mengajar disini, suatu ketika!
Hirup udara segar di pantai yg sama ... kemudian ke pasar minggu pula ... depa borong 5 pasang kasut 'bundles', RM90 rega semuanya;
"Buat berkebun!" kata Ayahnya
"Main badminton!" Si Amar pula ...
"Bersukan ....!!!" Muaz punya agenda ...
Iye ke? Suka hatilah ... asal bahagia.
Dan alang2 dah masuk sempadan Kuala Besut ... ke Pantai Bukit Keluang kami teruskan ... jalan2 pagi hujung minggu bersama keluarga hari ini.
Dah lama x kesini, antara pantai kesukaan ...
Apa lagi, Muaz dan Amar mandi sakan ... cam itik jumpa air ... sampai 2X 15 minit masa tambahan ... xnak naik daratan!! Haha ... (Mama pun geram nak join skali ... hihi).
Otw balik, krohh! krohh! ... dua beradik yg keletihan!!!
p.s. teringat Mama dulu pun gitu juga ... setaip kali otw pergi berkelah, gembira sakan dlm perjalanan, nyanyi, main teka2 plet dan warna keta, macam2!! Otw balik ... senyap sunyi cam dilanggar garuda!! Semua tidur! Keletihan mandi laut ... begitulah!!
Labels:
Ceritalah,
Jalan-jalan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment