Bila semakin berusia, Allah s.n.w. akan tarik balik nikmat yg diberikan sedikit demi sedikit ...
Melepasi angka 50 ... banyak dah yg DIA tarik. Fizikal dan mental. Yg paling ketara ...deria rasa, pendengaran dan penglihatan.
Otak pun semakin menurun fungsi memorinya. Kadang2 baru dok 'plan' apa nak tulis dlm blog. Cukup dgn sedikit 'distraction' atau buat benda lain dulu, opps! dah lupa apa yg dirancang tu. Puas memikirnya ... 90% hari yg sama, tak dapat 'recall'. Dan yg lucunya, kadang2 2 -3 hari lepas tu tiba2 ingat pula!! Cam memori komputer pula ... 'reboot' semula. Haha ...
Tapi ... yg herannya 'most of the time' saya boleh 'recalls' kisah2/cerita2/kenangan2 lama.
Sekarang nak 'testing' memori tentang sekolah2 lama saya ....
Hmmm ... let see
Darjah 1 : SK Perempuan P.Puteh, Kelantan (sempat 2 - bulan), SK Nibong Tebal, Seb. Perai, P.Pinang (sebab ayah kena kursus Maktab Perguruan Lembah Pantai 6 bulan, jd mak pilih tinggal di rumah ayahnya ~ mak orang P.Pinang) & SK Gaal, P.Puteh, Kelantan (setelah ayah habis kursus).
Darjah 2 : SK Gaal, P.Puteh, Kelantan ( ada sorang budak yg selalu menyakat saya!! Benci sangat dulu ... tapi sekarang dah jadi suami kita!! (^_^) ~ tak sangka!!)
Darjah 3 - 4 : SK Machang, Kelantan (kawan baik Maznah Hussein & W.Shahiran W.Mahyiddin ~ entah di mana mereka sekarang)
Darjah 5 -6 : SK Sungai Bagan, Labok, Kelantan (sekolah dlm estet getah. Kawan2 sekelas yg saya ingat ~ Siti Aklima, Azizah (sbb budak2 lelaki selalu usik nyanyi lagu P.Ramlee, Oh Azizah), Khalid Zakaria, Zulkifli - ketua darjah, Choo Siew Yan, Chu Geok Swan ~ itu antaranya)
Ting. Peralihan : SM Hamzah Machang (sekejap, kemudian dapat tawaran Kelas Peralihan Khas. Yg saya ingat cuma Zairon Mustaffa & sorang budak lelaki Cina, tak ingat nama. Sebabnya, saya anggap mereka seteru belajar saya, yg saya harus lawan & cuba atasi mereka setiap masa** tapi kami kawan baik.)
Peralihan Khas - Ting. 5 : SM Zainab, Kota Bharu, Kelantan (ramai yg dapat jumpa/hubungi semula melalui FB).
Kemudian saya ke Maktab Sultan Ismail, Kota Bharu sekejap (Ting. 6 Sains) sebelum ditawarkan ke ITM, Dungun (sekarang UiTM) hinggalah tamat pengajian di sana juga.
Wah!! Masih OK lagi memori lama saya ... nampaknya memori semasa aje yg selalu 'trouble'nye ...
Tanda2 tipikal ... saya sudah tua!!!
** p.s. teknik saya motivasikan diri sendiri untuk dapat yg terbaik. Dlm hati saya saya akan 'target' mereka2 yg cemerlang. Dan saya buat azam mereka2 inilah lyg saya akan cuba atasi. Itulah cara saya belajar ... ia berkesan. Contohnya, setiap semester saya azam untuk 'beat' R.H.I.M. Mereka 4 orang ini yg ada subjek pakar masing2 yg saya nak 'beat'. Alhamdulillah ... akhirnya, pada semester 6 saya berjaya 'beat' mereka semua dan hehe .. hingga hari ini mereka tidak tahu mengenai strategi saya tu!! SSHHH ....
Things that happened in your life, sometimes you want to remember, share and learn from it. This is my way of saying " I've been here ..."
Pages
Labels
Ceritalah
(295)
Me
(192)
diari ibu
(165)
Amar
(77)
Pesanan
(74)
Resipi
(74)
kucing
(73)
Kebun Biasa2
(55)
Rumah Biasa2
(46)
Yg Tersirat/Tersurat
(38)
cerita lama
(21)
Jalan-jalan
(20)
Jodoh
(18)
Cucu
(15)
3R
(14)
Puasa
(11)
Hawa TDS
(10)
Lawak sikit
(9)
PETUA
(7)
Kawan
(6)
Musing
(6)
Raya
(5)
Rumah WM
(5)
Lukislah anakku
(4)
Nature
(4)
ipoh
(4)
Haji
(3)
Migraine and I
(3)
No comments:
Post a Comment