Yg sempat saya dengar & ingat2 lupa, tapi lebih kurang beginilah;
Nabi Muhammad s.a.w.,
Tak pernah kenyang 2 hari berturut2 semenjak Baginda berhijrah ke Madinah.
Kita?
Siap beritahu setiap orang yg kita jumpa, "Tok jupo nasi sebutir pun lagi hari ni!"
Padahal dah pekena sebentar tadi roti telur & roti kosong + teh-beng segelas besar.
(Orang Kelate, kalau tak makan nasi macam tak lengkap, 'tok soh' gitu!)
Nabi Muhammad s.a.w. ~ makan untuk hidup ...
Kita? ~ hidup untuk makan!!!
Sebab itu malas nak hadiri majlis ilmu, baca Qur'an, bangun solat malam.
'Berat tuboh' kata orang Kelate.
Sebab tu zaman loni orang kena banyak penyakit. Sebab perut 'lebih muatan'.
Macam lori, akan timbul banyak masaalah & bahaya bila 'lebih muatan'.
Jauhnya kita dari gaya hidup Rasulullah s.a.w.bab cara makan.
Boleh kata 24 jam makan ... cuba bilang berapa kali kita makan, mulai jam 6.00 pagi hingga 12.00 mlm?
Kalau gi jalan2 pun ... bila2 masa boleh singgah makan. Gerai merata2, yg 24 jam pun ada.
Peti ais kat rumah?
'Penuh sokmo, serbo mokniko'. (Sentiasa penuh, macam2 ada)
Itu antaranya ...
Haa ... yg di bawah ni, saya nak tambah pula:
Peti ais kita?
Cakap nak apa ~ sosej, 'french-fries', ikan, daging, ayam, roti canai/karipap segera pun ada.
Minuman? Susu (macam2 perisa), air bergas (macam2 ada), aiskrim, dadeh, pilih aje.
Tu belum kira lg kari/sup/tomyam semalam yg boleh dipanaskan bila2 masa.
Kadang2 ada kek, puding, agar2, coklat juga ...
Buah2an? Nak apa ~ epal, anggur, buah mata kucing, mangga!
Dah macam 'mini-supermarket' peti ais kita!
'Doh lagu mano?' (camner)
Tu belum lagi tengok atas meja ...
Roti ~ macam2 saiz, warna, rasa & rupa!
Biskut ~ pelbagai perisa, dari yg tawar, manis, masin &
Jem, kaya, madu, 'nutella' - pilih saja.
Memang tak habis kalau nak cerita ...
STOP! LOOK! GO!
Sempena kedatangan Maulidur Rasul ni ... elok kita renung kembali gaya hidup kita.
(Terutama yg umur dah senja ... cam saya)
Mana yg boleh, amalkan sunnah Baginda, tanda kaseh kita pada nya.
'Reflect' & 'Refresh' ... belum terlambat rasanya.
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda,
"Perut adalah kolam tubuh. Pembuluh darah berpunca darinya.
Apabila perut baik, maka pembuluh darah yg keluar pun baik.
Apabila perut buruk, maka pembuluh darah yg keluar pun buruk."
- HR Bukhari & Muslim.
No comments:
Post a Comment