Pages

Labels

Ceritalah (295) Me (192) diari ibu (165) Amar (77) Pesanan (74) Resipi (74) kucing (73) Kebun Biasa2 (55) Rumah Biasa2 (46) Yg Tersirat/Tersurat (38) cerita lama (21) Jalan-jalan (20) Jodoh (18) Cucu (15) 3R (14) Puasa (11) Hawa TDS (10) Lawak sikit (9) PETUA (7) Kawan (6) Musing (6) Raya (5) Rumah WM (5) Lukislah anakku (4) Nature (4) ipoh (4) Haji (3) Migraine and I (3)

23 February 2012

Menu ... Nasi Beriani Gham dan Aiskrim Goreng

Hari ni saya tiba2 teramat rajin memasak pulak!
(p.s. padahal nak 'show-off' dgn Mak .. hehe)
Saya masak Nasi Beriani Gham, Dalca Sayur dan sambal tomato. 
Ini lah dia ... tak sempat nak hias2 pun (^_^)


Alhamdulillah dapat 'thumbs-up' dari semua!!
Tak sangka sungguh senang nak buatnya. Saya hanya gunakan pes ini 


 Dalam periuk letrik, campur pes Nasi Beriani Gham Adami, 
ayam/daging (potong ikut suka), beras (cuci dulu ye) & air secukupnya.
Tambah 3 sudu makan minyak masak & kacau agar pes sebati.
Pastu tekan  je suis periuk letrik anda, masak macam biasa. 
Jika perlu, kacau sekali sekali. Itu je ...
Dalca tu ... macam buat kari, tapi guna perencah Dalca.
Sayur2 saya guna terung, karot, kacang panjang, putik jagung, cili hijau & kentang.
Saya guna daging, sbb nasi dah guna ayam.

Untuk pencuci mulut pula ~ Aiskrim Goreng!!
(Tinggal satu ni je ... mujur sempat amik gambar)


 Saya dapat resepi ni dari http://dzanariah.blogspot.com/. Cara buatnya pun senang juga.
Cuma perlukan aiskrim (perasa ikut suka) dan kepingan roti (digelek dulu utk padatkannya).
Letak sekeping roti, 1 skop aiskrim atasnya, dan sekeping roti lg atasnya.
Ambil acuan (saya guna cawan plastik) dan tekan mcm buat biskut.
Simpan roti2 aiskrim yg siap ke dalam plastik, ikat & simpan dlm 'freezer' semalaman.


Bila nak makan, goreng jer dlm minyak yg betul2 panas hingga warna keemasan.
Angkat, sejat & sedia utk dimakan. Sedap!!


Juga dapat 'thumbs-up'. 
Oh ... hari yg sungguh gembira!

p.s. Ini pula lebihan roti selepas projek 'Aiskrim Goreng'



Tak nak bazirkannya, saya pilih utk potong & keringkannya. 
Boleh juga buat puding roti bakar atau agar2 roti. 
Atau, keringkan & buat 'breadcrumbs' pun tak per.
Itu antaranya ... kegunaan lebihan roti.

No comments: